
AEON Festive Preview 2026 memperkenalkan satu evolusi baharu dalam pengalaman membeli-belah sempena musim perayaan di Malaysia.
AEON Malaysia melancarkan platform ini sebagai penjenamaan semula daripada AEON Fashion Preview, namun dengan skop yang jauh lebih luas dan menyeluruh.
Melalui inisiatif ini, AEON bukan sahaja menampilkan koleksi fesyen, tetapi turut menggabungkan kategori rumah, gaya hidup, kecantikan dan makanan dalam satu pengalaman runcit yang lebih lengkap.
Pendekatan ini menjadikan pengalaman membeli-belah bukan sekadar aktiviti membeli barangan, tetapi satu perjalanan perayaan yang lebih bermakna untuk pelanggan dan komuniti.
Evolusi Strategik AEON Festive Preview 2026
Pelancaran AEON Festive Preview 2026 mencerminkan aspirasi AEON untuk mencipta pengalaman runcit yang lebih inklusif dan berorientasikan pelanggan.
Dengan konsep baharu ini, platform tersebut tidak lagi terhad kepada pameran fesyen semata-mata, tetapi berkembang menjadi ruang yang menghubungkan komuniti, keluarga dan pengalaman perayaan secara lebih mendalam.


Ketua Pegawai Operasi (Runcit) AEON CO. (M) BHD., Audrey Lim, menjelaskan bahawa transformasi ini membawa makna yang lebih besar daripada sekadar penjenamaan semula.
“AEON Festive Preview 2026 bukan sekadar penjenamaan semula, tetapi mencerminkan evolusi strategik dalam cara kami berhubung dengan pelanggan dan komuniti.
“Dengan menukar AFP menjadi platform perayaan pelbagai kategori, kami mencipta pengalaman yang melangkaui membeli-belah, di mana keluarga boleh berinteraksi, meneroka, mengambil bahagian dan meraikan bersama.
Ini tentang membina perjalanan perayaan yang bermakna, mengukuhkan hubungan emosi dengan pelanggan serta menjadikan AEON sebahagian semula jadi dalam setiap sambutan perayaan mereka,” tambahnya lagi.
Dari Runway Fesyen ke Platform Perayaan
Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, AEON Festive Preview 2026 berkembang daripada konsep asal AEON Fashion Preview yang memberi fokus kepada pertunjukan fesyen sempena musim perayaan.
Sepanjang tempoh tersebut, platform ini mencipta pelbagai momen ikonik termasuk penganjuran pertunjukan fesyen pertama Malaysia di dalam tren MRT serta pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi penyertaan komuniti dalam acara runway.

Bagi edisi 2026, AEON membawa konsep ini ke fasa baharu dengan memperkenalkan model aktivasi pop-up di pelbagai lokasi. Pendekatan ini membolehkan acara diadakan lebih dekat dengan komuniti di seluruh negara.
Dengan format baharu ini, setiap lokasi akan menampilkan aktiviti yang disesuaikan dengan demografi setempat, menjadikan pengalaman perayaan lebih relevan kepada masyarakat setempat.
AEON Festive Preview 2026 Tawarkan Pengalaman Lebih Daripada Fesyen
Melalui AEON Festive Preview 2026, AEON memperluaskan skop kandungan dengan menggabungkan kategori seperti barangan rumah, gaya hidup, kecantikan serta makanan selain fesyen.
Langkah ini membolehkan pelanggan membuat persediaan perayaan secara lebih menyeluruh dalam satu platform.


Setiap musim perayaan akan menampilkan gabungan jenama utama pakaian, jenama pilihan bagi produk rumah dan gaya hidup, serta jenama sokongan dalam kategori kecantikan dan makanan.
Bagi tahun 2026, platform ini akan berlangsung dalam dua kitaran utama:
- AFP Raya – Februari hingga Mac 2026 di AEON Shah Alam, AEON Ipoh Station dan AEON Nilai.
- AFP Xmas & CNY – Oktober 2026 hingga Januari 2027.
Kempen Cerita Raya Jadi Sorotan
Sebagai kemuncak bagi kitaran AFP Raya, AEON Festive Preview 2026 turut memperkenalkan kempen Aidilfitri yang dinamakan Cerita Raya.
Kempen ini mengetengahkan kisah dan memori yang membentuk pengalaman Aidilfitri bagi setiap keluarga. Ia menggabungkan elemen emosi seperti pertemuan semula keluarga, suasana rumah yang dihias indah serta aroma hidangan tradisional yang sering menjadi simbol musim perayaan.
Melalui konsep ini, AEON menghubungkan pelbagai elemen persediaan raya termasuk fesyen, dekorasi rumah, makanan dan gaya hidup dalam satu pengalaman perayaan yang lebih menyeluruh.
Fokus Kepada Komuniti dan Pengalaman Interaktif
Di tengah-tengah konsep AEON Festive Preview 2026 adalah komitmen AEON untuk memperkukuh hubungan komuniti melalui pendekatan experiential retail atau pengalaman runcit yang lebih interaktif.
Format acara pop-up akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti bengkel interaktif, aktiviti mesra keluarga, pameran jenama serta zon kurasi produk.

Pendekatan ini turut disokong oleh integrasi digital melalui kod QR yang menghubungkan pengalaman dalam talian dan luar talian.
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman pelanggan, malah membantu memperkukuh penglibatan komuniti serta memperluaskan keahlian AEON Member di seluruh negara.
BACA: Koleksi COS Ramadan 2026 Elegan & Eksklusif, Minimalis Dengan Sentuhan Mewah
Gerakan Runcit Perayaan Nasional
AEON Festive Preview 2026 direka sebagai platform berskala besar yang memberi peluang kepada pasukan peringkat wilayah dan kedai untuk melaksanakan aktivasi perayaan secara lebih kreatif mengikut komuniti setempat.
Pendekatan ini meletakkan platform tersebut bukan sekadar acara runcit tahunan, tetapi sebagai sebuah gerakan runcit perayaan nasional yang menggabungkan naratif jenama, prestasi jualan, penyertaan komuniti dan kesetiaan pelanggan dalam satu ekosistem runcit yang bersepadu.
Dengan pelancaran rasmi ini, jelajah AEON Festive Preview 2026 bermula dengan kitaran AFP Raya sebelum diteruskan dengan AFP Xmas & CNY pada penghujung tahun.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




