Air Force 1 Crater, Satu Lagi Kasut ‘Sampah’ Diperkenalkan Nike

Share

Hari demi hari semakin banyak jenama fesyen dan sukan terkenal dunia mula menyedari akan kesan industri ini terhadap alam sekitar. Nike sebagai jenama global yang terkemuka memperkenalkan inovasi kitar semula dengan Air Force 1 Crater.

Ini bukanlah kali pertama Nike memperkenalkan koleksi kasut yang membawa ideologi sama. Sebelum ini mereka menampilkan koleksi Space Hippie. Koleksi di mana bahan yang digunakan untuk menghasilkan kasut tersebut diambil daripada bahan lebihan industri atau digelar ‘space junk’.

Untuk Air Force 1 Crater pula ia menampilkan midosle Nike Crater Foam yang merupakan gabungan foam Nike standard dan juga Nike Grind Rubber. Iterasi terkini model legenda ini mengetengahkan estetika gabungan klasik dengan sentuhan inovasi moden yang lebih mesra alam.

KITAR SEMULA

Lebih menarik lagi ia turut dihasilkan menggunakan 20 peratus bahan kitar semula TPU. Manakala untuk bahagian upper atau atas kasutnya pula menggunakan 24 peratus PU kitar semula dengan kulit sintetik.

Manakala di bahagian tapak pula ia menggabungkan getah standard model biasa bersama 15 peratus bahan kitar semula Nike Grind.

Pengenalan koleksi terkini Nike Air Force 1 Crater ini juga secara tidak langsung turut mendukung usaha ‘Move To Zero’, kempen yang telah dianjurkan Nike sejak tahun lalu.

Nike Air Force 1 Crater boleh didapati di laman sesawang rasmi mereka dengan pilihan untuk lelaki dan wanita. Dan ia juga dilaporkan akan berada di outlet terpilih bermula 7 November 2020.

Buat anda yang ingin mencari produk pencuci kasut pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini.

IKLAN