Air kelapa muda bukan sahaja terkenal sebagai minuman penyegar semula jadi, tetapi juga dikatakan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki.
Walaupun terdapat kepercayaan bahawa air kelapa muda boleh memberi kesan positif kepada kesuburan lelaki, kajian saintifik mengenai perkara ini masih terhad.
Namun, kandungan nutrisi dalam air kelapa muda boleh memberikan manfaat tidak langsung kepada kesihatan reproduktif lelaki.
Foto : Kompasdotcom
Bagaimana Air Kelapa Muda Meningkatkan Kesuburan Lelaki?
Kaya dengan Antioksidan
Air kelapa muda mengandungi antioksidan yang dapat membantu melindungi sel sperma daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Dengan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi antioksidan seperti air kelapa, tubuh dapat melawan tekanan oksidatif yang boleh menjejaskan kesuburan lelaki.
Meningkatkan Hidrasi dan Keseimbangan Elektrolit
Kesihatan sperma juga bergantung kepada tahap hidrasi badan.
Air kelapa muda mengandungi elektrolit penting seperti kalium, magnesium dan natrium yang membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan.
Ads
Penghidratan yang baik bukan sahaja menyokong penghasilan sperma yang lebih sihat, tetapi juga meningkatkan stamina dan tenaga lelaki.
Foto : KlikDokter
Membantu Penghasilan Testosteron
Hormon testosteron memainkan peranan utama dalam kesuburan lelaki, termasuk penghasilan sperma dan libido.
Sesetengah kajian ke atas haiwan mendapati bahawa air kelapa muda boleh menyokong pengeluaran hormon testosteron.
Walaupun kajian ke atas manusia masih belum kukuh, pengambilan air kelapa sebagai sebahagian daripada diet sihat boleh menyokong keseimbangan hormon lelaki.
Meningkatkan Peredaran Darah
Peredaran darah yang baik adalah penting untuk fungsi seksual dan kesihatan reproduktif lelaki.
Ads
Air kelapa membantu melancarkan peredaran darah, termasuk ke organ pembiakan lelaki, yang boleh memberi kesan positif kepada prestasi seksual dan kualiti sperma.
Dengan aliran darah yang lebih lancar, oksigen dan nutrien dapat dihantar dengan lebih berkesan ke seluruh badan.
Walaupun air kelapa muda mengandungi pelbagai nutrien yang boleh menyokong kesihatan reproduktif lelaki, ia bukanlah satu-satunya cara untuk meningkatkan kesuburan.
Pemakanan yang seimbang, gaya hidup sihat seperti bersenam secara berkala, mengelakkan stres, serta mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai adalah lebih penting dalam usaha meningkatkan kesuburan.
Jika anda menghadapi masalah kesuburan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan untuk rawatan yang lebih spesifik dan berkesan.
Namun, tiada salahnya untuk menikmati air kelapa muda sebagai sebahagian daripada rutin kesihatan harian anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Petai bukan makanan yang asing bagi orang Malaysia, lagi-lagi orang kampung. Namun bagi golongan yang urban dan ‘bandar’ mungkin akan memandang ‘rendah’ dengan petai ni tapi tak mengapa mari kita lihat khasiatnya pasti mampu buat korang ternganga.
Petai busuk disebabkan oleh kandungan asam amino yang terkandung di dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur. Kalau dekat Amerika, makan ini merupakan antara makanan paling busuk dan buruk!
Namun, di sebalik busuk petai, terkandung pelbagai manfaat kepada manusia. Nak tahu? Mari sama-sama kita lihat:
1. Menurunkan suhu badan
Buah petai dikenali sebagai buah penyejuk badan. Dengan makan buah petai, dipercayai dapat menyejukkan tubuh badan. Boleh cuba di musim-musim panas ni!
2. Menurunkan darah tinggi
Kandungan kalium yang tinggi dalam petai, tetapi rendah garam mampu menurunkan darah tinggi dan menstabilkan dengupan jantung, serta mengurangkan gejala-gejala disebabkan darah tinggi seperti cepat marah dan senang letih.
3. Mengatasi anemia
Anemia biasanya disebabkan oleh kurang zat besi dalam badan, sehingga menyebabkan penghidapnya jadi lesu, kurang bermaya dan ras ngilu di bahagian tulang. Oleh itu, petai adalah antara penawarnya. Petai mengandungi zat besi yang tinggi untuk mengurangkan masalah kurang darah atau anemia.
4. Mengurangkan stress dan depresi
Tahukah anda, makan petai boleh hilang stress dan mengurangkan tekanan. Kandungan tryptophan yang terdapat dalam petai mampu meredakan stress dan tekanan anda. fungsi tryptophan ialah memperbaiki mood anda. Sebab itu kawan-kawan anda yang suka makan petai selalu happy je.
5. Mencegah serangan stroke
Salah satu penelitian yang dibuat oleh The New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa dengan mengamalkan pemakanan petai dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan stroke pada seseorang.
6. Melancarkan sistem pencernaan
Petai mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, serat dan fiber dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan anda dan mengelakkan terjadinya sembelit, sakit perut,diare dan perut berangin.
7. Menghilangkan rasa senak ketika kenyang
Jika anda adalah orang yang selalu senak selepas makan, petai adalah ubat yang mujarab. Petai mengandungi antiasid yang mampu mengurangkan rasa senak dan mual selepas makan.
8. Membantu untuk berhenti merokok
Anda nak berhenti merokok? Cuba amalkan makan petai mentah-mentah. Kandungan vitamin B6, vitamin B12, kalium, dan magnesium yang terkandung di dalam petai dapat membantu menghentikan tabiat atau sangap merokok. Ia juga dapat mempercepatkan kesan penghentian nikotin yang masuk ke dalam tubuh.
9. Awet muda
Orang asli mempercayai dengan makan petai dapat mengekalkan muda agak tampak lebih muda. Jadi, tak perlui ubat mahal-mahal, makan petai sahaja sudah cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak kira lelaki ataupun wanita, pasti anda akan mengalami masalah kulit berjerawat kan? Ini terjadi kerana keradangan pada wajah dan kekotoran udara sepanjang hari. Apa yang lebih menyakitkan hati apabila jerawat anda sudah hilang, namun kesannya masih di situ. Pasti anda telah habiskan duit anda ke pusat kecantikan di luar sana kan? Dan keputusannya? Masih sama. Anda mungkin menggunakan alat solek untuk menutup tompok-tompok hitam pada wajah anda (wanita), namun ia tidaklah tahan lama. Dalam masa yang sama, memakai alat solek juga boleh mengakibatkan wajah anda rosak. Kami akan berikan tips untuk anda buang kesan jerawat yang mencacatkan wajah anda tu.
Lidah buaya
Lidah buaya sememangnya baik untuk dijadikan makanan harian ataupun untuk wajah. Khasiat lidah buaya dari dulu sehingga sekarang tidak boleh disangkal oleh mana-mana saintis di dalam dunia ini. Ia boleh melambatkan penuaan, melembabkan kulit dan hapuskan parut di muka menjadikan wajah anda bersinar dan sihat. Apa yang anda perlu buat adalah campurkan lidah buaya dengan air buah lemon, sapukan dibahagian wajah anda dan biarkan selama 30 minit. Anda bakal mendapatkan kesan setelah seminggu.
Minyak Zaitun
Jika anda ingin mempercepatkan proses penyembuhan wajah anda tu, anda bolehlah cuba campurkan gula dan juga minyak zaitun. Satu sudu kecil minyak zaitun dan satu sudu besar gula dan gosokkan kepada wajah anda. Lakukan 2 kali seminggu untuk mendapatkan kulit wajah yang licin dan bebas parut. Salah satu cara lagi dengan menggunakan garam laut. Untuk yang ini anda perlu mengambil satu sudu kecil rata garam dan campurkan sukatan yang sama untuk minyak zaitun. Gosokkan pada wajah anda, dan bilas.
Baking soda
Baking soda ni bukan saja digunakan untuk masakan, membersihkan periuk. Malah ia juga berguna untuk kecantikkan wajah. Baking soda bertindak untuk membuang sel mati pada kulit dan menjadikan kulit lebih segar. Anda hanya perlu gaulkan dengan sedikit air sampai ia likat dan sapukan pada bahagian yang bertompok, lalu bilas. Ulang rutin ini 2-3 kali minggu dan lihat hasilnya. Selain itu ia juga menghalang dari pertumbuhan jarawat baru.
Buah Lemon
Banyak produk kecantikan yang berasaskan jus lemon kerana ia punya khasiat tersendiri. Anda masih boleh menggunakan buah lemon tanpa perlu membeli produk kecantikkan. Cuma perlu perah buah lemon dan sapukan pada bahagian yang bermasalah. Anda juga boleh menggunakan kaedah campuran bahan-bahan sebelumnya iaitu dengan mencampurkan 1 sudu jus lemon, 2 sudu madu, 1/2 sudu gula dan 1 sudu minyak zaitun. Sapukan dibahagian wajah anda 2 kali seminggu dan lihat hasilnya. Ingat! Jangan sapu terlalu kuat, kerana ia boleh merosakkan kulit anda lebih teruk.
Telur putih
Telur putih boleh dijadikan mask sebelum anda tidur. Ia boleh menghapuskan cela di bahagian muka dan membuatkan kulit anda lebih anjal. Lagipun, ia mempunyai protein yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan kulit anda. Anda hanya perlu pukul putih telur dan letakkan di wajah anda yang bermasalah. Lalukan 2 kali seminggu. Perlu ingat jika anda alah dengan telur, dinasihatkan supaya anda tidak menggunakan telur untuk rawatan kulit muka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman pagi merupakan antara perkara wajib yang harus anda lakukan sebelum anda pergi kerja. Ini senaman yang boleh anda lakukan setiap pagi. Sekurang-kurangnya tak ada lah anda rasa bersalah sangat apabila anda telan semua makanan yang penuh dengan kalori itu.
Push up
Kami nasihatkan anda luangkan masa 2 minit untuk lakukan senaman ini. Anda pun tahu kelebihan push up kan? Ia dapat membantu mengurangkan lemak di perut dan kuatkan otot pada lengan. Untuk beri efek yang menarik pada gambar OOTD anda pump sedikit badan anda. Baru banyak like!
High knee
Sebelum anda ke tempat kerja, ataupun melakukan apa-apa aktiviti harian, apa kata anda lakukan senaman ini sebanyak 3 set dengan 15 rap. High knee boleh mengeluarkan peluh dan membakar lemak secara berterusan walaupun anda sedang melakukan kerja menaip di pejabat.
Burpees
Senaman ini berfungsi sama seperti High Knee. Ia dapat meningkatkan metabolisme di samping membakar lemak secara berpanjangan. Jadi jika anda sedang menikmati nasi lemak atau nasi berlauk di waktu makan tengan hari pun, lemak anda masih membakar.
Squats
Senaman ini anda boleh lakukan semasa mandi. Ataupun ketika badan anda penat duduk menghadap pc di pejabat. Ambil masa sikit untuk anda bersenam. Tak banyak pun dalam 30 rap dah cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.