Selain menjadi buah kegemaran Nabi Muhammad SAW, buah kurma juga menjadi makanan sunnah yang dimakan ketika berbuka puasa. Ternyata buah kurma mempunyai khasiat yang sangat besar terhadap kesihatan jika dimakan dalam keadaan perut kosong.
Sambil menjamah kurma, kenapa tidak kita panjangkan amalan ini kepada amalan minum air nabeez? Air nabeez merupakan minuman beralkali yang terdiri daripada air rendaman kurma atau kismis yang tinggi khasiatnya di mana ia bertindak untuk membuang asid dalam perut yang boleh menyebabkan gastrik dan kembung perut.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim)
Malah menurut pakar nutrisi Dr Anju Sood menerusi laman web Food NDTV, air nabeez ini merupakan cara terbaik yang boleh dijadikan amalan berbanding anda menjamah buah kurma begitu sahaja.
Ads
Sekiranya anda nak buat air nabeez, boleh ikuti perkongsian Habibah Badar Bajrai di laman Facebooknya serta ketahui khasiat lain apabila anda mengamalkan air nabeez ini.
Pernah dengar tentang air nabeez? Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat. Ia adalah minuman berakali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Dalam erti kata lain ~ sebagai detox! (Tak payah nak popularkan lemon. Guna kurma lagi bagus. Ikut sunnah)
Ads
Bagus untuk lelaki
Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sistem limpa, hati, tekak melapangkan dada dan bagus utk prostate. Sebab itu kaum lelaki amat digalakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit gout.
Cara nak buat
Cara penyediaan air nabeez ni, mudah yang amat. Selepas Isya’, rendam kira-kira 100gm kurma/ 100gm kismis di dalam 1 liter air. Kurma Ajwa adalah yang terbaik, tapi boleh jugak gunakan kurma-kurma yang lain. Kalau kismis, Manaqqa (warna kuning) lebih baik dari yang hitam. Saya guna 3 biji kurma @ segenggam kismis untuk segelas air. Kalau kurma, lebih baik angka ganjil. Tutup gelas tersebut dan biar semalaman @ kira-kira 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas ya. Lagi satu, jangan dicampur kurma & kismis. Gunakan salah satu sahaja. Nabi larang campur kurma & kismis bersama.
Elak campur kurma & kismis
Menurut kajian, gabungan gas yang dikeluarkan oleh kurma & kismis boleh memudaratkan badan. Esok pagi, keluarkan kurma tu, kacau & minum. Kurma tu boleh dimakan begitu jek atau dikisar dengan air nabeez tadi dan minum. Kalau nak minum malam, boleh rendam pada waktu pagi.
Ads
Cara nak minum
Minum sebaik-baiknya SELEPAS MAKAN, bukan time perut kosong. Lebih baik 2 jam setelah makan terutamanya selepas makan daging sebab air nabeez membantu untuk digest heavy food (mencerna makanan). Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum. Untuk lebih selamat, simpan dalam peti sejuk agar nabeez tidak mudah rosak.
Abdullah r.a berkata; “Aku mendengar Sufyan bertanya tentang nabeez,” Nabi menjawab; “Buatlah di malam hari dan minum ketika pagi”. Hadis sahih dari Sunan an Nasa’ai vol 6, buku 51, Hadith 5745.
Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; “Jangan menyediakan nabeez dengan mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yang telah masak bersama-sama, dan jangan mencampurkan anggur (kismis) dan kurma bersama tetapi hendaklah dilakukan secara berasingan.” Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904.
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yang disediakan untuk Nabi SAW akan diminum oleh Baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada petang hari ketiga, Baginda akan minum dan memberi kepada sahabatnya. Baki air tersebut akan dibuang. Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda merokok, anda sudah tahu anda patut berhenti. Merokok buruk bagi jantung anda, paru-paru, otak, dan malah kehidupan seks anda.
Merokok perlu dihindari. Hal ini kerana perbuatan merokok menyebabkan ketidaksuburan kepada lelaki dan menyebabkan pasangan sukar untuk hamil. Ini merupakan 8 kesan merokok kepada kesuburan lelaki.
8 KESAN MEROKOK KEPADA KESUBURAN LELAKI
Jumlah air mani dan bilangan sperma berkurang sebanyak 20 peratus.
Mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang ke arah ovum wanita sebanyak 10 peratus.
Kelajuan dan keaktifan sperma berkurang lalu menyebabkan sperma menjadi lembab.
Mengurangkan jumlah sperma yang berbentuk normal!
Kecacatan sperma bertambah. Hal ini termasuk insiden coiled sperm (ekor sperma tersimpul antara satu sama lain) di samping bermacam kecacatan lain.
Kerosakan DNA pada sperma sehingga menghalang proses persenyawaan.
Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.
Bahan kimia dalam rokok mengurangkan nutrien penting dalam air mani termasuk ascorbic acid, zink, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain.
Kesan Buruk Yang Lain
Selaput bawah mata dan katarak mata
Menurut kajian John Hopkins perokok 4 kali lebih besar kemungkinan tidak boleh berehat dibandingkan yang tidak merokok. Semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan mata terkena katarak. Hati-hati, kawan, katarak boleh menyebabkan buta.
Kulit Menjadi Tidak Cantik Dan Bersisik
Menurut sebuah kajian tahun 2007, jika anda mengisap satu bungkus rokok sehari selama 10 tahun atau kurang, risiko kulit bersisik meningkat 20%, 11-20 tahun risiko anda adalah 60% lebih tinggi, dan bagi mereka yang merokok lebih dari 20 tahun resiko meningkat 50 %,(malah kesan merokok semasa hamil atau masa kanak-kanak dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi.)
Gigi kuning dan Kotor
Apakah anda tidak suka gigi yang putih? Kalau anda merokok sila ucapkan selamat tinggal buat gigi putih.
Penuaan awal dan berkedut
Pakar sepakat bahawa merokok mempercepat proses penuaan, sehingga perokok kelihatan 1,4 tahun lebih tua daripada kebanyakan bukan perokok. Mengapa wajah berkedut? Merokok menghimpit kumpulan darah yang menjadikan jaringan kulit kelihatan kenyal.
Jari Kuning
Nikotin dalam asap rokok tidak hanya dapat membuat gigi anda (dan dinding rumah anda) coklat, tetapi juga membuat jari dan kuku anda kuning.
Rambut tipis
Perokok memiliki rambut nipis yang cenderung gugur dan lebih cepat botak dari yang bukan perokok. Menurut kajian di Taiwan tahun 2007 , lelaki perokok dua kali lebih cepat botak dari bukan perokok, disamping faktor genetik.
Hilangnya aura semulajadi
Pernah perhatikan bagaimana kulit perokok ‘kadang-kadang nampak seakan-akan mati? Asap rokok mengandung karbon monoksida, yang menggantikan oksigen pada kulit anda, dan nikotin, yang mengurangi aliran darah, meninggalkan kulit kering dan berubah warna. Merokok juga menghabiskan banyak nutrion, termasuk vitamin C, yang membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan kulit.
Penyembuhan luka lama
Pakar menemui kesimpulan bahawa perokok memerlukan masa lebih lama untuk sembuh selepas pembedahan atau rawatan seperti face-lift, ekstraksi gigi, dan prosedur periodontal.haxims
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketika melakukan plank, mungkin tanpa sedar anda telah melakukan kesalahan yang boleh mengundang kecederaan pada tubuh badan.
Jangan biarkan senaman anda menjadi sia-sia. Jadi, pastikan anda buat senaman plank ini dengan postur yang betul untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
Tidak dinafikan plank adalah antara senaman efektif dalam melatih bahagian core badan terutamanya di bahagian perut, lengan atas, punggung dan kaki.
Agar anda tidak mengulanginya, ikuti 7 kesalahan ketika melakukan plank ini sebagaimana yang dikongsikan dalam Youtube Kevin Zahri.
Jika anda menahan nafas, anda akan menyekat oksigen ke dalam badan dan ini tidak akan memberi apa-apa manfaat. Jadi, jangan tahan nafas dan bernafaslah seperti biasa.
2. Jangan pandang ke depan
Foto: Youtube Kevin Zahri
Posisi mendongakkan kepala akan memberikan stres dan sakit pada bahagian leher. Jadi, pandang ke bawah biar leher anda berada pada posisi atau kedudukan yang neutral dan relaks.
3. Suka tonggekkan punggung ke atas
Foto: Youtube Kevin Zahri
Kesalahan ini sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan senaman plank. Walaupun cara ini lebih mudah untuk buat plank tapi ia tidak berkualiti. Jadi, pastikan punggung anda tidak dinaikkan dan berada paras yang lurus dan sama dengan badan.
4. Jangan turunkan punggung ke bawah
Foto: Youtube Kevin Zahri
Walaupun posisi menurunkan atau melengkungkan punggung ini akan memudahkan plank, namun posisi ini adalah salah.
5. Jangan baringkan badan ke depan
Foto: Youtube Kevin Zahri
Posisi membaringkan badan ke depan juga perlu anda elakkan ketika melakukan plank.
6. Pastikan posisi bahu tidak melebihi siku
Foto: Youtube Kevin Zahri
Posisi bahu hendaklah berada di atas siku agar kedua-dua bahagian ini dapat merasai ketegangan yang sama. Tiada masalah jika anda ingin merapatkan tangan kerana ia akan memudahkan terutamanya buat mereka yang baharu memulakan plank.
7. Jangan rehatkan dahi di atas tangan
Foto: Youtube Kevin Zahri
Jangan baringkan badan dan letakkan dahi di atas tangan untuk berehat. Lakukan plank mengikut tahap kemampuan diri anda. Lebar kaki boleh diubahsuai. Kalau cara yang biasa lebar kaki adalah pada paras bahu. Anda boleh melebarkan atau merapatkan kaki untuk mempelbagaikan cara mengikut keselesaan.
Foto: Youtube Kevin Zahri
Anda juga boleh pelbagaikan plank tersebut misalnya dengan mengangkat tangan sebelah, angkat kaki sebelah, mungkin angkat tangan atau kaki yang berlawanan, boleh buat plank rotation. Carilah senaman plank yang pelbagai yang mana ia boleh mencabar bahagian core diri anda. Dan paling penting, pastikan buat senaman ini dengan berkualiti.
Untuk lebih jelas, anda boleh tonton perkongsian dari Youtube Kevin Zahri ini.
Tahun baru pasti ramai berlumba-lumba mahu turunkan berat badan, al-maklumlah azam baru. Tapi hati-hati ya, jangan sampai terlebih bersenam.
Sesi bersenam untuk orang dewasa sebenarnya adalah 30 minit sahaja sehari dan sebaiknya bersenamlah dengan intensi sederhana.
Ini dia kemudaratan dan kesan-kesan jika anda terlebih bersenam.
1. Prestasi Menurun
Mengurangkan ketangkasan, kekuatan dan daya tahan seperti masa reaksi yang lebih perlahan dan mengurangkan kelajuan berjalan adalah semua tanda-tanda umum yang terlebih latihan.
2. Hilang Selera Makan
Ketidakseimbangan hormon juga boleh membuatkan anda rasa lapar. Tetapi dengan keletihan fisiologi OTS boleh menyebabkan anda hilang selera makan.
3. Kecederaan Kronik atau Bengkak
Penggunaan otot dan sendi yang terlalu banyak boleh menyebabkan sakit berterusan atau sakit sendi. Sakit yang tidak surut dalam tempoh dua minggu atau lebih, harus dianggap sebagai kecederaan yang ketara.
4. Mudah Letih
Perbelanjaan tenaga kronik dan negatif membawa kepada sesuatu yang dipanggil “ketersediaan tenaga yang rendah” yang membawa maksud bahawa tubuh secara konsisten menarik daripada bekalan tenaga sendiri (karbohidrat, protein dan lemak). Jadi, ia boleh menyebabkan anda mudah merasa letih yang berlebihan.
5. Kemurungan
Ya memang benar, dengan mengamalkan teknik senaman yang betul dapat menurunkan kadar kemurungan. Tetapi jika ia dibuat secara berlebihan, ia akan bertukar menjadi faktor dan penyebab untuk kemurungan.
Ini kerana, ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan perubahan mood, kerengsaan yang luar biasa dan ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.