Gaya Hidup

Air Rendaman Kurma Atau Air Nabeez Bagus Untuk Pulihkan Tenaga Yang Hilang & Buat Detox

Share

Di bulan puasa ini macam-macam petua yang kita dengar untuk Kembali bertenaga seperti biasa bukan? Termasuklah Air Nabeez.

Apa itu Air Nabeez? Air nabeez adalah air yang direndam dengan kurma merupakan tonik alkali yang dapat menghilangkan keasidan daripada tubuh badan.

Malah air ini juga baik untuk meningkatkan penghadaman yang baik serta sunnah yang mempunyai banyak khasiat.

Cara-caranya pembuatannya senang sahaja. Anda perlu makan 7 biji kurma setiap hari, bijinya jangan dibuang. Rendamkan 7 biji kurma selama 6 jam di dalam secawan air. Lalu minumnya.

Atau anda juga boleh gunakan 3, 5 atau 7 biji kurma (termasuk isi dan bijinya sekali) dan rendamkan semalam lalu minum air tersebut.

Khasiatnya sama seperti anda mengunyah kurma dan ia bagus untuk pulihkan tenaga yang hilang selepas seharian anda berpuasa atau melakukan aktiviti-aktiviti yang memenatkan.

Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai detox dan menyingkirkan toksin dari badan serta membantu membuang asid dari perut.

IKLAN