Gaya Hidup

Akibat Tayang Rambut Blonde, Awal Ashaari Bidas Dakwaan Netizen Isu Tak Sah Solat

Share

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari baru-baru ini tampil dengan imej baru dan terkini kini tampil dengan gayanya yang memukau. Beberapa buah gambar yang dimuatnaik di Instagram, terlihat Awal memotong rambutnya sedikit lebih pendek dengan gaya dandy look dan mewarnakannya jadi blonde!

Gambar berkenaan mendapat pelbagai respon daripada netizen dan majoritinya bertanya adakah solat Awal sah. Ini respon Awal sendiri mengenai isu tersebut :-

“Ia mengambil masa dua hari, dan 7 kali pemutihan untuk mendapatkan hasil rambut sebegini. Tidak ada setitik pewarna rambut yang terlibat dalam proses itu. Oleh itu, ia sah untuk solat.”

 

Komen Netizen

Rata-rata, boleh dikatakan ramai antara pengikut Awal yang terkejut dengan gaya rambut terbaru pelakon drama Seribu Erti itu.

Sumpah buruk, bro!

Kebanyakkan pengikut Awal mengecam gaya rambut terbaru pelakon itudan merasakan rambut hitam sebelum ini jauh lebih membuatkannya kelihatan kacak.

Sah ke tak solat?

Disebabkan begitu sukar untuk mencari pewarna rambut yang mesra wuduk dan solat, terdapat segelintir pengikut yang mempersoalkan tentang solat Awal sebagai seorang muslim.

Apa-apa pun gaya terbaru Awal ni memang nampak lebih fresh dan makin mempesona, penampilan baru dari Awal ini juga mampu menjadi daya tarikan tersendiri. Apa kata anda?

 

Sumber : Instagram Awalashaari

 

IKLAN