Gaya Hidup

Almarhum Sultan Ismail Petra Selamat Dimakamkan 7.20 Malam Ini

Share

Jenazah ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra selamat dimakamkan di Makan Diraja Langgar pada 7.20 malam ini dan solat jenazah diimamkan oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad.

Menurut laporan Astro Awani, berita kemangkatan Almarhum disahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Almarhum merupakan ayahanda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Sebaik sahaja selesai istiadat penghormatan terakhir dan solat jenazah, jenazah almarhum diarak dengan pedati khas dan turut diiringi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dibawa ke Makam Diraja Langgar yang mana ia terletak sejauh 3.4 Kilometer dari Istana Balai Besar.

Selain itu, menurut Sinar Harian

Jenazah Sultan Ismail Petra dimakamkan bersebelahan pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Yahya Petra.

Sumber: Astro Awani & Sinar Harian

Kredit Gambar: Sinar Harian

IKLAN