Gaya Hidup

Amalkan Konsep Lapar Berjadual Semasa Tempoh “Duduk Di Rumah” Kalau Tak Nak Kalori Terlebih!

Share

Sepanjang 14 hari menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ternyata memang sukar untuk kita menahan godaan daripada mengambil makanan secara berlebihan.

Dan disebabkan itulah penting untuk kita menjalani konsep lapar berjadual agar kita dapat mengehadkan kekerapan mengambil makanan yang tidak sepatutnya.

Selain ingin memastikan berat badan tidak bertambah secara berlebihan, konsep lapar berjadual ini juga penting agar kita dapat mengelak daripada diserang penyakit-penyakit berbahaya.

Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi tip penting tentang konsep lapar berjadual yang seharusnya anda beri perhatian sepanjang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Selain menjaga kebersihan, pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat dengan gaya hidup yang sihat ketika duduk di rumah.

COVID-19 LAPAR BERJADUAL SEMASA TEMPOH “ DUDUK DI RUMAH”

Selalu rasa nak makan atau mengunyah semasa tempoh ‘Duduk Di Rumah’⁉️

Jangan biarkan ia berlarutan kerana anda akan MENYESAL dengan kesannya nanti 😲😂

Kawal rasa lapar ini dengan alihkan perhatian dengan sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di rumah. Cipta dan rancang aktiviti menarik dan berfaedah bersama ahli keluarga ketika tempoh ‘Kawalan Pergerakan’ ini.

Sekiranya rasa lapar cuba…

✅ Minum AIR KOSONG dahulu jika lapar lagi
Ambil snek ringan seperti segelas susu🥛, buah-buahan, kekacang, roti, biskut bijirin penuh atau yogurt

Sekiranya anda masih tidak dapat kawal makan dengan kerap cuba…

KAWAL KUANTITI setiap makanan yang diambil

Kalau tak berjaya jugak, apa kata anda…

✅ Berpuasa sunat (bagi yang beragama Islam) juga dapat membantu mengawal makan tidak tidak tentu masa

Tahukah?

Jika anda tidak mengawal rasa lapar ini, secara tidak dirancang, anda mungkin akan makan makanan yang tidak sepatutnya dan secara berlebihan. Malah, makanan tersebut mungkin akan menyumbang kepada pengambilan nilai kalori yang jauh lebih tinggi ⚠️

1. TETAPKAN WAKTU MAKAN untuk ahli keluarga anda dan pastikan juga mereka tidak melangkau waktu makan yang sepatutnya.

2. Perlu diingat, bagi yang suka makan malam, pastikan ambil hidangan yang berkhasiat dan tinggi serat untuk memberi rasa kenyang yang mencukupi.

3. Elak tidur lewat agar anda tidak mula mencari sesuatu untuk dikudap dan menyebabkan kuota kalori harian anda terlebih 😅.

4. Jangan ikutkan SELERA & NAFSU.

Fikir-fikirkan kesannya jika situasi ini sering terjadi kepada anda. Kita bukan hanya mahu mengelak dari COVID-19 tetapi juga kegemukan dan penyakit-penyakit yang sepatutnya boleh dicegah melalui amalan gaya hidup yang baik!

Bijaklah dalam merancang pengambilan makanan anda❗️

IKLAN