Gaya Hidup

Amalkan Makanan Prebiotic & Tinggi Antioksida, Ini Antara Cara Semulajadi Detoks Yang Ramai Terlepas Pandang!

Share

Betul ke minum jus detoks boleh kurus? Boleh cuci usus?

Itulah yang sering bermain difikiran kita, ramai beranggapan kita perlu detoks untuk menurunkan berat badan melalui produk dan ‘detoks diet’.

Hakikatnya, badan kita sudah secara automatic dan semulajadi melakukan detoks atau menyahtoksin melalui hati buah pinggang, sistem penghadaman, paru-paru dan kulit.

Jika kita sihat, segala organ dalaman kita akan berfungsi dan detoks dengan sendirinya.

Tak apa, ini dia cara-cara detok secara semulajadi yang kita boleh amalkan ….

#1: Kurangkan pengambilan gila dan makanan proses

Gula dan makan proses berlebihan akan menyebabkan penyakit kronik yang menganggu fungsi hati dan buah pinggang. Ingat, hati merupakan organ penting dalam menyahtoksin dan mempunyai fungsi sebagai ‘penapis semulajadi’ dalam tubuh badan kita.

#2: Minum Air Secukupnya

Air dapat membatun mengeluarkan toksin melalui peluh, pernafasan dan air kencing. Ambil dan amalkan minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

#3: Amalkan mengambil makanan tinggi antioksida

Ambil makanan seperti buah beri, tomati, sayuran, kekacang untuk melawan radikal bebas dalam badan yang menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

#4: Kurangkan pengambilan bergaram

Pengambilan garam yang berlebihan tanpa pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan proses detoks terganggu kerana kurang membuang air kecil dan akan menyebabkan ‘water retention’.

#5: Amalkan makanan prebiotic

Untuk memastikan proses detoks dan sistem imun yang baik, anda perlu amalkan makanan sayuran dan buah-buahan. Malah perut anda juga akan merasa nyaman kerana sistem penghadaman anda sentiasa sihat dan dalam keadaan baik.

#6: Dapatkan waktu tidur yang secukupnya

 

Walaupun nampak seperti tidak masuk akal, tetapi tahukah anda waktu tidur sangat memainkan peranan dalam pembuangan toksin? Ya, ini memang benar. Tidur yang berkualiti dapat membatun tubuh badan membuang toskin yang terkumpul sepanjang hari.

#7: Keluarkan peluh

Bersenam dengan kerap sekuarang-kurangnya 3 kali seminggu dapat mengurangkan keradangan dalam badan dan membenarkan badan menyahtoksin sebaiknya.

Sumber: Syaza Nutritionist

IKLAN