Gaya Hidup

Amy Search Terkilan Tak Dapat Hadiri Majlis Pengebumian Bandmate Yazit

Share

Seluruh wrha seni terutamanya peminat muzik rock tanah air hari ini berduka dengan pemergian pemain dram legenda Search, Yazit Ahmad.

Berita kematian figura penting rock tanah air tersebut telah menjadi antara perbualan hangat warganet di laman media sosial. Pemergian Yazit diberitakan kembali ke rahmatullah pada jam 11.53 pagi hari ini.

Ucapan takziah serta tribute mengenang jasa arwah terhadap industri muzik negara juga tidak putus-putus disampaikan sama ada dari rakan artis mahupun peminat.

Antara yang paling rapat dengan arwah pastinya ahli kumpulan Serach itu sendiri. Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman turut menyampaikan belasungkawa dan salam takziah di atas pemergian Yazit.

 

Sebanyak tiga posting yang cukup menyentuh hati follower-nya telah dikongsikan Amy menerusi Instagram kendaliannya.

Menerusi satu posting Amy menyatakan perasaan terkilannya kerana tidak dapat menghadiri majlis pengebumian arwah Yazit. Ini kerana dia sekarang berada di Jakarta, Indonesia kerana tugasnya sebagai salah seorang komentator di pertandingan Golden Memories Asia.

 

“Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator bagi Golden Memories Asia yang masih akan bersiaran langsung pada malam ini.

“Sekali lagi salam takziah buat seluruh keluarga Yazit. Semoga tabah menghadapi pemergiannya”.

Memetik laporan Mstar, Yazit telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa yang lalu. Namun beliau hari ini menghembuskan nafas terkahir akibat berlakunya jangkitan otak.

 

Salam takziah buat keluarga arwah Yazit dari kami di team MASKULIN.

Al-Fatihah.

IKLAN