
Pernahkah anda mendengar tentang “batu karang”? Mungkin anda pernah merasai sendiri kesakitan yang luar biasa akibat kondisi ini, atau mengenali seseorang yang pernah mengalaminya.
Baru-baru ini selebriti popular, Hafiz Suip dalam satu perkongsiannya di laman media sosial berkongsi bagaimana dia berdepan masalah ini.
Batu karang atau nama saintifiknya kidney stones atau renal calculi merupakan masalah kesihatan yang agak umum dan boleh mendatangkan ketidakselesaan serta komplikasi serius jika tidak diuruskan dengan betul.
Bayangkan buah pinggang anda sebagai penapis utama dalam badan yang bertanggungjawab membuang sisa toksin dan cecair berlebihan melalui air kencing.
Kadangkala, bahan-bahan sisa seperti mineral (contohnya kalsium) dan garam boleh termendap dan terkumpul dalam buah pinggang.
Apabila mendapan ini berkepekatan tinggi dan tidak dilarutkan oleh cecair yang cukup, ia boleh membentuk hablur.
Dari masa ke masa, hablur-hablur ini boleh membesar dan mengeras menjadi struktur seperti “batu”. Saiz batu ini boleh sekecil butiran pasir hinggalah sebesar sebiji guli, malah ada yang lebih besar.
Batu karang boleh terbentuk di dalam salah satu atau kedua-dua belah buah pinggang. Masalah mula timbul apabila batu ini mula bergerak dari buah pinggang, melalui saluran air kencing yang sempit (ureter) ke pundi kencing dan akhirnya keluar dari badan. Perjalanan inilah yang selalunya menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, tetapi punca paling umum dan penting untuk kita fahami ialah:
Simptom utama batu karang ialah sakit. Dan bukan sakit biasa!
Jika anda mengalami simptom-simptom ini, adalah sangat penting untuk segera mendapatkan rawatan perubatan.
Sebagai pakar kecergasan, nasihat pertama dan paling penting yang boleh saya berikan untuk mengelakkan batu karang ialah: MINUM AIR SECUKUPNYA!
Hidrasi yang mencukupi membantu mencairkan kepekatan mineral dan garam dalam air kencing, menjadikannya lebih sukar untuk membentuk hablur.
Sasarkan untuk minum air yang cukup sehingga air kencing anda berwarna jernih atau kuning muda.
Keperluan air setiap individu berbeza bergantung pada tahap aktiviti, iklim, dan kondisi kesihatan.
Apabila anda bersenam atau aktif di bawah cuaca panas, anda kehilangan lebih banyak air melalui peluh, jadi keperluan hidrasi anda meningkat dengan ketara. Sentiasa bawa botol air dan minum secara konsisten sepanjang hari.
Selain hidrasi:
BACA: Cara Menonjol Dengan Gaya Sneakers Untuk Lelaki
Batu karang boleh menjadi pengalaman yang sangat menyakitkan. Tetapi dengan memahami puncanya dan mengambil langkah pencegahan anda boleh mengurangkan risiko menghadapinya.
Jaga buah pinggang anda, ia adalah aset penting untuk kesihatan jangka panjang anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.