Apa Kelebihan Kopi Hijau, Sampai Ia Boleh Menurunkan Berat Badan Secara Drastik?

Share

Macam-macam produk yang dijual di pasaran dikatakan membantu untuk menurunkan berat badan. Selain mengambil makanan yang sihat, terdapat banyak suplemen lain yang boleh membakar berat badan and dan salah satunya adalah kopi hijau. Mungkin ada yang sudah mencuba. Tak kurang juga yang langsung tak pernah mendengar tentang kewujudan kopi ini.

Kopi hijau adalah biji kopi asli yang belum dipanggang dan masih mempunyai zat-zat dan kelebihan yang terkandung dalamnya. Kopi ini bertindak untuk membakar lemak dan dapat mengawal anda daripada makan dengan banyak.

Antara kelebihan kopi hijau yang boleh membantu anda untuk menurun berat dengan cepat adalah, ia kaya dengan anti-oksidan yang berguna untuk mengurangi efek kerosakan sel akibat daripada radikal bebas dalam tubuh.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan metabolisme dalam tubuh sehingga mampu meminimalkan pelepasan glukosa berlebihan dari hati ke dalam darah. Kandungan ini juga mampu untuk membakar lemak dengan lebih cepat.

Bukan saja itu, ia juga boleh membuatkan anda tahan lapar dan mengawal nafsu makan anda.

Menurut rootofscience.com, terdapat banyak kajian yang menunjukkan kopi hijau boleh menurunkan berat badan. Tetapi yang menjadi masalah kepada kajian tersebut adalah ia menggunakan jumlah sampel yang kecil, cara membuat kajian yang salah, masa kajian yang pendek dan beberapa kelemahan lagi.

Ini membuatkan saranan untuk mengurangkan berat badan dengan pengambilan ekstrak kopi hijau masih lagi dalam dilema.

Kajian yang lebih mampan menggunakan cara yang betul dan masa yang lebih lama masih lagi diperlukan. Buat sementara waktu ini, kepercayaan bahawa kopi hijau boleh menurunkan berat badan adalah masih tidak berasas.

Lagi-lagi jika mereka menjual green coffee sahaja. Sebab kajian yang dibuat hanya pada ‘ekstrak’ green coffee. Bukan kopi hijau sahaja.

Tapi kami sarankan supaya anda mencuba sendiri. Mana tahu dengan alternatif ini anda dapat menurunkan dan maintainkan berat badan anda.

Sumber: rootofscience.com & greencoffee.my

IKLAN