Ads

Apps E-Dagang Fesyen Mewah BlinQ Perkasakan Penggunaan Realiti Perantara

Di negara-negara Barat, industri jualan langsung atau retail kini semakin merudum. Laporan tentang ‘kematian’ gedung membeli-belah di Amerika Syarikat juga sering kita baca menerusi berita global.

Trend pengguna membeli-belah pada masa kini jauh sudah berubah. Ramai yang lebih selesa untuk tidak keluar dan membeli-belah menggunakan aplikasi di telefon pintar mereka.

Malah industri e-dagang kini betrkembang sangat pesat dan menyaksikan pelbagai platform disediakan untuk pengguna. Salah satu aplikasi dan servis terbaru yang diperkenalkan ialah BlinQ.

Apps E-Dagang Fesyen Mewah BlinQ Perkasakan Penggunaan Realiti Perantara Apps E-Dagang Fesyen Mewah BlinQ Perkasakan Penggunaan Realiti Perantara

Ads

Ia merupakan platform e-dagang yang memberi tumpuan kepada jualan terhadap jenama mewah dari peringkat antarabangsa, serantau dan juga tempatan.

Apa yang menarik menerusi aplikasinya BlinQ menawarkan perkhidmatan realiti perantara atau lebih popular dengan panggilan AR. Pengguna secara virtual boleh melihat sendiri produk yang ditawarkan dengan menggunakan teknologi ini.

Ads

Platform yang berpangkalan Singapura ini diasaskan oleh Bob Chua. Menerusi platform ini beliau mahu memberikan fokus kepada tiga ciri utamanya iaitu AR, dagangan mobil dan kemampuan logistik dan gudang.

BACA: Variasi Aplikasi Latihan Peribadi Yang Terbaik Untuk Tingkatkan Senaman

Ads
Apps E-Dagang Fesyen Mewah BlinQ Perkasakan Penggunaan Realiti Perantara
Pengasan dan CEO BLinQ, Bob Chua

Teknologi realiti perantara yang ditawarkan membolehkan pengguna menggunakan kamera telefon pintar mereka untuk mengukur saiz badan dan pakaian, lalu memberikan pengalaman membeli belah lebih baik.

Berbeza dengan platform e-dagang yang lain, BlinQ juga menawarkan kepada pengguna untuk membeli produk baru, terpakai atau pakej khas yang boleh dipilih berdasarkan model langganan pada masa akan datang.

Barangan import yang dibeli menerusi BlinQ terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat juga melalui proses penghantaran lebih singkat dan kos lebih rendah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.