
Foto: kl-marathon.com
Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025 kini mengumumkan kerjasama terjalin bersama jenama sukan terkemuka, ASICS, sebagai rakan rasmi pakaian dan kasut untuk acara larian terbesar di Malaysia ini.
Lebih menarik lagi, kategori separuh maraton kini akan dikenali sebagai ASICS Half Marathon. Pengumuman ini menandakan satu lagi pencapaian penting buat ASICS.
Ini terutamanya dalam misi memberikan inspirasi pergerakan fizikal sebagai kunci kepada kesejahteraan mental, sekaligus memperkukuhkan komitmen mereka dalam menyokong dan mengembangkan komuniti larian di Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan ASICS Asia, Yogesh Gandhi, kerjasama ini membuka lembaran baharu yang menarik.
“Sebagai jenama yang berada di barisan hadapan dunia larian, bergabung tenaga dengan organisasi maraton terkemuka adalah langkah strategik yang memperdalam komitmen kami terhadap sukan ini dan memperkuat ekosistem larian kami.
“Bersama-sama, kami bukan sahaja mendorong batasan – kami mentakrifkan semula standard dan meningkatkan pengalaman larian untuk pelari dari semua peringkat,” tambahnya lagi.
Bemula saat saat pendaftaran sehingga hari perlumbaan, ASICS telah merancang pelbagai inisiatif dan manfaat eksklusif untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan para peserta.
Di antaranya termasuk:
Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik pula berkata, “Kerjasama ini lebih daripada sekadar perlumbaan. Ia adalah tentang mencetuskan satu gerakan. Kami ingin menginspirasi lebih ramai rakyat Malaysia.
BACA: Kejayaan JDT Diiktiraf Presiden PSG, Cerminan Visi & Hubungan Erat Dua Gergasi Bola Sepak
“Terutamanya golongan muda. Ayuh ikat tali kasut mereka, ambil langkah pertama dan temui potensi diri, baik dari segi fizikal mahupun mental.”
Dengan babak baharu ini, ASICS Malaysia menetapkan rentak untuk beberapa bulan yang mendatang yang pastinya penuh dengan aktiviti menarik yang dirancang untuk semua peserta.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.