
Buat komuniti larian dan mereka yang aktif di Sabah, membeli kasut yang sesuai kini tidak lagi semata-mata bergantung kepada pilihan dalam talian. ASICS Malaysia secara rasmi membuka stor pertamanya di Sabah di Imago Shopping Mall, KK Times Square, Kota Kinabalu, sekali gus membawa rangkaian produk daripada kasut performance running hingga SportStyle lebih dekat kepada pengguna di negeri itu.
Kehadiran stor fizikal ini mungkin kelihatan seperti satu lagi pembukaan retail biasa, tetapi bagi pelari, pengalaman mencuba kasut secara terus masih mempunyai nilai tersendiri.
Setiap kaki berbeza. Begitu juga dengan gaya larian, bentuk tapak kaki dan rasa cushioning yang disukai seseorang.
Sebab itu, kemampuan untuk mencuba beberapa model, membandingkan fit dan mendapatkan panduan secara bersemuka masih relevan walaupun pembelian kasut secara online semakin biasa.

Bukan Sekadar Store Biasa
Sebelum ini, sebahagian pengguna di Sabah perlu bergantung kepada pembelian dalam talian atau saluran retail lain untuk mendapatkan kasut dan pakaian ASICS.
Stor di Imago cuba mengubah pengalaman tersebut dengan menyediakan ruang khusus untuk pengguna mencuba produk serta mendapatkan bantuan daripada kakitangan ASICS dalam memilih fit yang sesuai.
Daripada visual yang dikongsikan menerusi kenyataan rasmi, antara fokus utama stor ialah Running Wall, yang menghimpunkan pilihan kasut larian dalam satu bahagian supaya pengguna lebih mudah melihat dan membandingkan model.

Bagi pelari yang pernah berdepan situasi membeli kasut hanya kerana rekaannya menarik tetapi akhirnya tidak sesuai selepas beberapa kilometer, peluang untuk membuat perbandingan secara fizikal memang memberikan pengalaman berbeza.
Stor itu turut menawarkan kasut, pakaian dan aksesori untuk lelaki serta wanita, dengan rangkaian yang merangkumi kegunaan running, fitness dan pemakaian harian.
Komuniti Sukan Sabah Jadi Fokus
Menurut Country Manager ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik, pembukaan stor tersebut juga berkait dengan komuniti sukan yang semakin aktif di Sabah.
“Sabah mempunyai komuniti pencinta sukan yang cukup bertenaga dan bersemangat, dan kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripadanya.
“Stor baharu ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan ASICS lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada, selain menyokong setiap individu untuk bergerak dengan lebih yakin dari segi minda dan tubuh. Kami berharap dapat terus berkembang bersama komuniti di Sabah,” katanya.

Sudut ini selari dengan perubahan budaya kecergasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Running tidak lagi hanya berkisar tentang atlet atau mereka yang mengejar podium. Ia sudah menjadi sebahagian daripada rutin gaya hidup, sama ada untuk menjaga kecergasan, mencari komuniti atau sekadar mencari ruang untuk melepaskan tekanan selepas bekerja.
RISE & SHINE Bawa Warna Pagi Ke Kasut Larian
Selain pembukaan stor, antara koleksi yang turut diketengahkan ialah RISE & SHINE.
Inspirasi koleksi ini datang daripada perubahan warna ketika matahari terbit serta perasaan positif yang sering dikaitkan dengan larian awal pagi.
Palet warnanya bergerak daripada tona lembut waktu fajar kepada warna lebih terang seperti suasana pagi yang semakin cerah.

Pendekatan ini digunakan pada beberapa model running utama ASICS termasuk NOVABLAST 6, GEL-NIMBUS 28 dan GEL-KAYANO 33, lengkap dengan pilihan pakaian yang dipadankan dengan tema sama.
Bagi pengguna yang melihat kasut larian bukan lagi sekadar peralatan sukan, koleksi seperti ini menunjukkan bagaimana performance dan personal style semakin bergerak seiring.
Kasut yang digunakan untuk morning run hari ini tidak semestinya terus disimpan selepas latihan. Banyak model running moden sudah menjadi sebahagian daripada pakaian kasual harian.
ASICS Turut Buka Stor Di 118 Mall
Selain Sabah, ASICS Malaysia turut memperluaskan kehadiran retailnya di Kuala Lumpur menerusi pembukaan stor di 118 Mall, yang terletak di bahagian dasar Merdeka 118.
Stor di Lot L2-27, Level 2 itu dibuka pada 1 November dan membawa rangkaian ASICS kepada pengguna di pusat bandar Kuala Lumpur.
Dengan penambahan dua lokasi ini, ASICS Malaysia kini mempunyai 16 stor di seluruh negara.
Sempena pembukaan, pelanggan di ASICS Imago Shopping Mall yang membeli mana-mana kasut boleh menerima ASICS Bandana percuma, manakala pelanggan di ASICS 118 Mall yang berbelanja melebihi RM350 pula boleh menerima ASICS Bag.
Kedua-dua tawaran tersebut tertakluk kepada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.
Lebih Dekat Dengan Gaya Hidup Aktif
Nama ASICS sendiri berasal daripada frasa Latin Anima Sana In Corpore Sano, yang membawa maksud “A Sound Mind in a Sound Body”.
Falsafah itu kekal menjadi asas kepada pendekatan jenama yang diasaskan oleh Kihachiro Onitsuka pada 1949.
Dalam konteks hari ini, konsep tersebut terasa lebih luas daripada sekadar mahu berlari lebih pantas.

Bagi ramai orang, aktiviti fizikal sudah menjadi satu cara menjaga keseimbangan hidup. Ada yang berlari untuk mengejar personal best, ada yang keluar berjoging untuk kesihatan dan ada juga yang sekadar mahu bergerak selepas seharian duduk di pejabat.
BACA: Lutut Sakit Selepas Melakukan Larian? Ini Puncanya!
Dengan pembukaan stor pertamanya di Sabah, sekurang-kurangnya satu perkara menjadi lebih mudah buat komuniti di sana.
Mereka kini boleh datang, mencuba sendiri dan mencari kasut yang benar-benar terasa sesuai sebelum membawanya keluar untuk sesi larian seterusnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

je senang
