Ads

Pengurusan Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat

zarif

Dalam tempoh terdekat, nama pelakon Zarif Ghazzi menjadi perhatian selepas dikaitkan dengan dakwaan salah laku yang sedang diperkatakan di media sosial, sekali gus mendorong pihak pengurusannya tampil memberikan penjelasan rasmi.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial pada Rabu, pihak pengurusan memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum dan memandang serius dakwaan yang sedang diperkatakan ketika ini.

Dalam masa sama, Zarif menerusi pihak pengurusannya menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau berkemungkinan merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

“Pertama sekali, pihak pengurusan Zarif Ghazzi mengambil maklum dan memandang serius isu serta dakwaan yang sedang diperkatakan melibatkan artis di bawah pengurusan kami.

“Untuk makluman, Zarif Ghazzi dengan tegas menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau yang mungkin ditafsirkan sebagai merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung, tidak langsung mahupun melalui sebarang bentuk innuendo,” katanya menerusi satu kenyataan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Faiz Aizat (@faiizaizat)

Ads

Tegas Pegang Prinsip Profesionalisme Dan Integriti

Pihak pengurusan turut mempertahankan reputasi Zarif dengan menegaskan pelakon berkenaan sentiasa mengutamakan profesionalisme, integriti serta rasa hormat dalam setiap urusan sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.

“Zarif Ghazzi sentiasa berpegang kepada konsep profesionalisme, integriti dan sentiasa hormat dalam setiap urusan beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni hiburan,” jelas kenyataan itu lagi.

Pengurusan Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat

Susulan isu berkenaan, pihak pengurusan turut memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat.

Ads

Pada masa sama, wakil peguam turut dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam telah dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian.

“Kami menyeru semua pihak, termasuk pihak media dan masyarakat, agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi, maruah dan hak mana-mana individu yang terlibat.

“Buat masa ini, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan saluran perundangan yang sewajarnya,” katanya.

Ads

BACA: Mierul Aiman & Zarif Ghazi, Dua Lelaki Dua Ideologi Dalam Pertembungan Astro tampilkan Kudrat 1968 High Council

Pihak pengurusan Zarif turut memaklumkan mereka tidak akan mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut mengenai isu berkenaan buat masa ini kerana perkara tersebut masih dalam penelitian.

Buat masa ini, perkembangan lanjut berhubung perkara itu akan bergantung kepada proses siasatan serta saluran perundangan yang sedang berjalan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads