Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan wakil dari Negeri Sembilan menyandang gelaran Johan Qari, sekaligus melayakkan negeri itu menjadi Johan Keseluruhan pertandingan itu.
Mengalunkan bacaan surah al-An’am dengan irama tarannum Rast dan Nahawand, Mohamad Husaini Mahmur berjaya meraih markah sebanyak 89 peratus bagi kategori Tilawah.
Memetik laporan Alhijrah Online, kemenangan itu melayakkan Husaini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil.
Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Husaini juga layak untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Wakil dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab Halim juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyandang gelaran Naib Johan dengan beza markah hanya 0.33 peratus.
Ads
Tempat ketiga pula disandang oleh wakil dari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dengan markah sebanyak 86.67 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online dalam sebuah artikel berasingan.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Terdahulu, Negeri Sembilan juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi MTHQK Tahun 1444H/2023M yang diadakan di Pulau Pinang.
Ayat ini mungkin boleh membuatkan isteri anda murung kerana bentuk badannya yang sudah berubah.
Seakan menyalahkan isteri semata-mata.
Jika soalan anda begitu, pasti rancangan untuk keluar bersama akan terbatal kerana rajuk sang isteri.
Kena ingat isteri anda bukannya malas, tapi kerana perubahan dalam badan mereka, isteri jadi cepat penat.
Jangan diperlekehkan keluhan-keluahan wanita yang sedang sarat mengandung kerana itu boleh membuatkan mereka sedih dan keadaan ini dikhuatiri akan memberi kesan pada kesihatan bayi dalam kandungan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila sampai bil elektrik saja anda terus bingung dan tertanya-tanya. Kenapa bil selalu tinggi? Sebelum anda tergesa-gesa melakukan panggilan telefon untuk membuat komplen atau aduan, sila periksa apa yang berlaku dalam rumah dahulu.
Kita mungkin tidak sedar bil elektrik boleh menjadi tinggi kerana penggunaannya yang tidak disedari. Cuba pikir, ada tak anda biarkan peralatan eletrik dengan palam masih bersambung dengan soket?
Untuk pengetahuan anda, arus elektrik masih berjalan walaupun perlatan tersebut tidak digunakan. Kali ini MASKULIN ingin kongsi LIMA jenis peralatan eletrik yang masih ‘menelan’ tenaga walaupun tidak duguna selagi mana plag masih bersambung dengan soket.
Mungkin lepas ini anda perlulah lebih kerap untuk mencabut palam peralatan tersebut jika tidak digunakan tambah-tambah jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu. Jadi selepas ini tidaklah anda risau akan bil elektrik melambung tinggi.
108 W sehari. Mungkin tidak setiap rumah mempunyai peralatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah. Itu jika hanya ada satu peralatan elektrik dengan fungsi pemasa, bayangkan jika hampir kesemua peralatan elektrik anda ada fungsi pemasa terutamanya peralatan di dapur, dan jika anda membiarkan ia tidak ditutup walau tidak digunakan, jumlah yang dibazirkan anda bayangkanlah sendri.
Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Terutamanya PC, kami sangat yakin bahawa memang plugnya tidak pernah diusik daripada soket eletrik. Tak percaya? Pegilah tengok PC masing-masing jika anda memilkinya.
Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Banyaknya. Memang membazir sangat-sangat. Malah, ia jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer anda dalam keadaan Mod Sedia. Jadi lepas ni, kalau dah tak guna PC atau laptop masing-masing, ringan-ringankanlah tangan tu untuk tanggalkan plug dari soket, ok.
Kalau di atas tadi adalah dekorder, yang ini adalah tv itu sendiri sebab kalau anda ada dekorder dah tentulah anda juga ada tv. Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug tv daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekorder tadi. Dan renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug kedua-dua peralatan tersebut.
Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekorder tv. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama untuk manusia berhibur sama ada untuk menonton drama mahupun sekadar menonton berita. Jadi, sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekorder, nanti senang nak buka tv hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.
Tapi tahukah anda, dekorder yang tak ditutup walaupun tv tak dibuka mengguna tenaga sebanyak 22 W sehari. Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tak hairanlah bil elektrik anda masih ‘meroket’ walaupun anda jarang menonton televisyen.
Ini adalah antara peralatan yang paling sering digunakan oleh umat manusia kerana pada hari ini, hampir sukar mencari manusia yang boleh ‘hidup’ tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia peralatan yang paling banyak dibiarkan ‘melekat’ pada soket elektrik di rumah masing-masing.
Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Wattage (W) sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya bukan? Cuba darabkan dengan 365 hari dan darabkan dengan jumlah berapa tahun sudah anda mengguna telefon. Terkejut?
Mungkin ada yang berfikir bahawa jumlah-jumlah tersebut adalah kecil, tetapi dengan pembaziran secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil. Dan satu lagi, ia bukan kerja yang sukar untuk menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan di atas, dan pada masa yang sama ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masyarakat Barat pada masa kini sudah menolak kelainan antara lelaki dan perempuan untuk mencapai persamaan.
Oleh itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang ramai agar berjaga-jaga jika berhasrat menghantar anak-anak ke sekolah di Eropah, demikian lapor Sinar Harian.
Menurut Dr Mahathir, tiada pengasingan bilik darjah dan keperluan untuk murid menyatakan jantina mereka apabila ke sekolah.
“Sekarang di United Kingdom (UK) dan beberapa lagi negara Barat, tandas asing untuk murid lelaki dan perempuan tidak perlu disediakan dan mereka diajar menerima persamaan total yang menolak jantina.
“Ini jugalah yang diajar dan dipromosi dalam kalangan penuntut bahawa manusia semua sama,” katanya menerusi hantaran di X pada Isnin.
Tambahnya, perkembangan tersebut bukan lagi dianggap budaya baharu, namun sudah menjadi normal kerana Barat menghapuskan nilai-nilai hidup dahulu atas nama kebebasan dan kesamaan.
“Kita sudah lihat perkembangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh dunia. Negara Asia juga sudah terima perkahwinan dan keluarga sejenis.
“Konsep kahwin dan keluarga tidak lagi diakui dan dimuliakan. Ia sudah menjadi budaya biasa iaitu normal, bukan normal baharu.
“Ramai akan anggap ini khayalan penulis (kerana tua) tetapi bagi saya tidak mengapa jika saya dianggap nyanyuk. Apa yang saya dakwa ini bukan akan berlaku, ia sudah berlaku,” ujarnya.
Menurut Dr Mahathir, persamaan tersebut bermula di zaman revolusi Perancis iaitu rakyat tidak mempunyai hak dan pemerintah di Barat serta Timur berbentuk raja yang berkuasa mutlak menyebabkan berlaku kezaliman.
Beliau berkata, berikutan itu rakyat menuntut hak yang sama serta kebebasan.
“Tuntutan rakyat sangat adil dan bertimbang rasa tetapi ahli pemikir berpendapat memiliki hak persamaan tidak cukup kerana banyak lagi kelainan dan kurangnya kebebasan.
“Maka bermulalah gerakan untuk mengenal pasti perbezaan layanan dalam masyarakat manusia supaya dapat dikurangkan dan tuntutan dibuat supaya apa yang boleh dilakukan lelaki, perempuan juga boleh,” katanya lagi.
Tambah Dr Mahathir, perjuangan telah diadakan supaya perbezaan hak dihapuskan dan masyarakat menerima keadilan dalam bidang sosial, ekonomi serta politik.
“Masih juga perasaan tidak puas hati timbul di Barat, ia sudah sampai ke tahap kenapa ada perbezaan kerana ini menghalang persamaan antara mereka.
Disebabkan itu, tiada lagi keperluan membezakan dan mencatatkan jantina di kad pengenalan, ujar Dr Matahir.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.