Mata kering boleh disebabkan oleh berbagai-bagai faktor termasuk :
1. Perubahan hormon menyebabkan ketidakstabilan komposisi pada air mata
2. Peningkatan usia – pengeluaran airmata dan pengurangan minyak akan menurun boleh menyebabkan air mata cepat tersejat.
3. Keadaan kelopak mata yang disebut penyakit kelenjar Meibomian.
4. Penggunaan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mata kering,
5. Membaca terlalu lama menyebabkan tekanan pada mata dan mata kurang berkedip
6. Merokok juga boleh mengganggu kelembapan lensa mata/kornea
7. Menonton televisyen dan penggunaan komputer dalam tempoh yang lama akan mengganggu dan mengurangkan jumlah kedipan pada mata
Ads
8. Terdedah terlalu lama dalam persekitaran berhawa dingin (penyaman udara)
9. Kerap memakai kanta lekap/sentuh akan menyerap air mata dan menutup kornea
10. Kurang makanan berzat terutama untuk nutrisi mata seperti vitamin A dan minyak ikan yang mencukupi.
Ads
Tanda mata kering
Rasa gatal
Mata merah
Silau terutama di waktu malam
Mata cepat penat.
Mata bertahi
Terasa seperti berpasir
Penglihatan kabur
Mata berair
Cara Mengatasi Mata Kering
#1. Cukup tidur – Mata juga memerlukan rehat yang cukup. Pastikan kita tidur cukup untuk jaga kesihatan mata. Kekurangan tidur juga boleh mengundang masalah mata letih, kering dan merah.
#2. Kawal penggunaan kanta lekap, pakai kacamata – Waspada dengan tarikh luput kanta lekap kita kerana ia boleh mengganggu kelembapan semulajadi mata dan boleh menyebabkan mata kering dan merah. Tahap kebersihan juga perlu diutamakan terutama tangan yang memegang kanta lekap, pastikan ia betul-betul bersih untuk elak jangkitan kuman pada mata.
#3. Elakkan tabiat menggaru mata – Seringkali mata kering boleh menimbulkan rasa gatal dan tidak selesa, elakkan daripada menggaru mata kerana boleh menyebabkan tisu mata kita rosak dan mata menjadi lebih perit.
#4. Hadkan penggunaan penyaman udara – Jika kita bekerja di persekitaran yang ada penyaman udara setiap hari, risiko untuk mendapat mata kering sangat tinggi. Ini kerana kualiti udara daripada penyaman udara yang berlebihan akan menyebabkan mata kering dengan cepat.
Ads
#5. Elak menghadap komputer terlalu lama – Rehatkan mata menggunakan formula 20-20-20 iaitu setiap 20 minit rehatkan mata dan pandang jarak yang jauh seeloknya pokok yang menghijau selama 20 minit.
#6. Mengambil vitamin A yang cukup – Vitamin ini sangat penting untuk bantu kesihatan mata dan mengelakkan mata kita daripada rabun dan kering. Amalkan jus buah-buahan yang tinggi vitamin A
#7. Tingkatkan pengambilan Omega 3 yang cukup. Penting untuk kesihatan mata – Tiga unsur air mata normal iaitu air, lendir dan minyak. Kekurangan 3 unsur ini akan menyebabkan kualiti air mata terganggu. Pengambilan minyak ikan dan Omega 3 (EPA dan DHA) yang cukup boleh mengurangkan risiko mata kering. Mata kering paling banyak terjadi disebabkan kekurangan kandungan minyak di dalam air mata akibat proses penyejatan dan penguapan.
#8. Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari – Air yang cukup sangat penting untuk badan kita bekerja dengan baik. Kekurangan air dalam badan antara sebab mata mudah menjadi kering dan merah.
#9. Berhenti merokok – Merokok boleh menyebabkan mata menjadi kering dan tidak selesa. Risiko mendapat katarak juga tinggi. Kesan yang lebih buruk boleh menyebabkan kebutaan secara tiba-tiba kerana membahayakan pembuluh darah retina.
SUMBER : DIARINUTRISI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hidup ini adalah pilihan kita sendiri untuk merubah masa depan kita. Jika kita tersalah pilih jalan maka rosak lah masa depan kita. Apa yang berlaku di hadapan adalah pada kita hari ini. Setiap orang di beri pilihan dalam hidup tetapi kita sendiri harus menilai sama ada pilihan itu yang terbaik untuk kita masa hadapan.
Dalam penomena alam ini, terlalu banyak bnda yang dapat kita pelajari untuk mengajar kita tentang kehidupan seharian. Sebagai contoh seekor katak.
Letakkan katak hidup di dalam air mendidih adakah ia akan lari? Tidak. Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.
Apa yang membunuh katak? Air mendidihkah atau katak itu sendiri.
Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi “Boiling Frog syndrome”. Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.
Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dgn sikap yg lama di kala keadaan menuntut anda berubah.
Sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Minuman air bergas, air soda atau air berkarbonat tidak mengira pasti jadi kegemaran ramai orang, dan sudah tentunya golongan remaja dan dewasa tidak terkecuali.
Banyak kesan buruk jika mengambil minuman ini , kalau sekali sekala tak kisah tapi kalau terlalu obses dahagakan minuman bergas ini memang bahaya? Maskulin kongsikan 10 alasan kenapa perlu hentikan pengambilan air ini.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Harvard, penyakit obesiti lazimnya disebabkan pengambilan air berkarbonat yang tidak terkawal. Hasil kajian mendapati, kanak-kanak 12 tahun yang gemar minum air gas lebih berisiko untuk terkena obesiti atau kencing manis. Bahkan, setiap kali anda mengambil minuman bergula itu, risiko terkena kencing manis akan meningkat sebanyak 1.6 kali.
Kerana kandungan gula, kafien dan sodium yang tinggi dalam air gas, ia seterusnya akan bertindak mengeringkan tubuh badan manusia untuk jangka masa lama. Paling bahaya, ia boleh menyebabkan dehidrasi kronik yang kemudian memberi impak kepada fungsi buah pinggang, kerosakan hati serta otot.
Jika selalu minum soda atau minuman bergas ini, ia akan menggalakkan pertumbuhan plak yang akan merosak struktur gigi lalu menyebabkan kaviti serta sakit gusi.
Memang tak ada satu langsung pun manfaat nutrisi dalam minuman berkarbonat. Ia mengandungi sumber kandungan bukan semula jadi seterusnya membahayakan tubuh.
Untuk pengetahuan umum, soda mengandungi High Fructosa Corn Syrup (HFCS) yang diperbuat daripada jagung. Secara dasarnya, jagung-jagung yang digunakan telah diubah secara genetik. Penghasilan High Fructosa Corn Syrup sendiri merangkumi merkuri dalam pemprosesannya yang menyebabkan masalah jangka masa panjang terhadap tubuh.
Gula yang larut dalam minuman berkarbonat adalah sudah dicairkan menjadikannya jumlah yang boleh menyebabkan bukan sahaja kencing manis bahkan berat badan bertambah!
Kebanyakan minuman bergas memang mengandungi kafein yang sering dikaitkan dengan penyakit membunuh seperti kanser, degupan jantung tidak normal, tekanan darah tinggi dll.
Dalam soda diet seperti Diet Cola umpamanya mengandungi pemanis tiruan sebagai pengganti gula. Namun, pemanis tiruan inilah menjadi punca kepada ketumbuhan otak, gangguan emosi, sawan dan oelbagai lagi penyakit yang tidak dijangka. Ini berlaku kerana tindak balas tubuh terhadap kandungan metanol yang terhasil adalah tidak serasi. Bukan itu sahaja, ia juga berisiko untuk tingkatkan sindrom metabolik yang menyebabkan pengumpulan lemak di perut iaitu buncit, peningkatan kolesterol serta kandungan gula dalam badan.
Air yang digunakan untuk melarut bahan-bahan dalam air bergas tersebut adalah air paip semata-mata yang mungkin mengandungi klorin, florida serta kesan logam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan mudah membahagikan masa antara belajar, bertanding dan latihan tetapi tidak bagi atlet gimrama negara, Shak Yuki dengan membuktikan segala pengorbanannya berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Gimnas remaja negara yang berusia 18 tahun itu diserapkan dalam Program Kita Juara adalah antara tiga pelajar cemerlang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan memperoleh 7A dan 2B pada 2016.
“Keputusan cemerlang ini adalah suntikan semangat terbaik untuk saya dan rakan sepasukan yang kini membuat persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017,” jelas atlet kelahiran Kuala Lumpur itu yang memiliki hobi melancong ke negara Korea dan Jepun.
Gemar membantu ayahnya yang memiliki karier pengurusan acara, Shak Yuki yakin usaha keras yang dirancang pengurusan untuk meraih sekurang-kurangnya enam emas dalam temasya kali ini mampu membuahkan hasil.
“Kami banyak menyertai latihan dan juga kejohanan di peringkat dalam dan luar negara, begitu juga pembabitan beberapa tenaga pengajar khusus turut disediakan, bagi kami ia amat bermanfaat untuk menaikkan semangat serta memperbaiki corak persembahan.
“Tiada yang mustahil dan Kuala Lumpur 2017 akan menjadi medan terbaik menaikkan nama sukan gimrama,” ujar atlet yang gemar mendengar lagu klasik ini.
Sementara itu, rakannya, Amy Kwan yang kali pertama beraksi di pentas Sukan Sea melihat ini peluang terbaik buat dirinya untuk membuktikan sesuatu dilaman sendiri.
“Tekanan itu ada, beraksi kali pertama, namun saya perlu hadapinya dengan bijak untuk memastikan ia tidak menggangu persembahan, jurulatih banyak membantu bagi mengatasi masalah ini.
“Walaupun jurulatih tidak meletakkan acara mana yang perlu mendapatkan pingat emas namun bagi saya ia adalah cabaran buat diri sendiri untuk meraih pingat emas,” katanya yang gemar mendengar lagu beriramai santai yang boleh menghilangkan tekanan selepas berlatih.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Connaught, Cheras itu kini menyasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada temasya dwitahunan itu selepas gagal beraksi di Sukan Sea Singapura 2015 akibat kecederaan lutut.
Amy, 22, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland berkata kecergasannya kini berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk menggalas cabaran negara pada temasya dwi-tahunan yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.
Beliau yang teruja serta bersemangat untuk penampilan pertamanya di laman sendiri berkata fokusnya kini hanya tertumpu kepada segala persiapan dan latihan bagi melakar kejayaan sekali gus membantu Malaysia merealisasikan misi untuk muncul juara keseluruhan.
“Dua tahun lalu, saya tidak bersama skuad kebangsaan gara-gara masalah kecederaan lutut yang dialami sebelum temasya di Singapura, pastinya agak kecewa kerana gagal bersama rakan-rakan untuk menyumbangkan pingat buat negara.
“Tetapi untuk aksi di Malaysia, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan jurulatih serta pengurusan. Sasaran pastinya pungutan pingat emas, apa pun saya akan cuba berikan persembahan terbaik,” jelas yang baru melanjutkan pengajian ijazah tahun lepas di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Ekonomi.