
Selepas mengharungi musim yang mencabar, Mo Salah bersama pasukannya, Liverpool dan akhirnya dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris 2024/2025.
Suasana kejayaan penuh keterujaan kini menyelubungi kem Liverpool. Bagi kebanyakan, mencapai puncak adalah matlamat akhir.
Namun, bagi mereka yang bermentaliti juara sejati seperti Mohamed Salah atau dikenali dengan Mo Salah, ia hanyalah satu lagi penanda aras dalam perjalanan yang tiada henti.
Sejak beberapa musim Mo Salah menjadi tonggak utama dan seringkali menjadi nadi serangan pasukan digelar The Reds. Mo Salah bukan sekadar dikenali kerana kehebatannya di atas padang, tetapi juga kerana disiplin dan dedikasinya yang luar biasa.

Beliau merupakan lambang konsistensi dalam dunia bola sepak moden. Selepas merayakan kejuaraan liga yang mendebarkan ini, tumpuan beralih kepada apa yang berlaku seterusnya.
Adakah rehat atau persediaan untuk cabaran yang mendatang?
MENTALITI JUARA
Dalam satu kenyataan terbaharu melalui akaun media sosialnya, Mo Salah memberikan jawapan yang jelas, bukan sekadar kepada peminat Liverpool, tetapi kepada dunia bola sepak amnya.
Dan kenyataanini mungkin juga satu pengajaran tentang mentaliti kejayaan yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan.
This is what we wanted to deliver to our fans more than anything. This is a club that should always compete for everything and be right at the top. No excuses. All teams win games but in the end there’s only one champion. That’s what history remembers and this applies to next… pic.twitter.com/pT9QZAc4Z9
— Mohamed Salah (@MoSalah) April 29, 2025
Mo Salah bakal menamatkan musim ini besar kemungkinan sebagai penjaring gol terbanyak dan pembuat assist terbanyak, tidak membiarkan kejayaan semasa mengaburi pandangan ke hadapan.
Dengan penuh tekad, beliau menegaskan, “Musim depan juga”. Frasa ringkas ini membawa maksud yang mendalam iaitu tiada istilah berpuas hati.
Kejayaan hari ini adalah motivasi untuk mengejar kejayaan yang lebih besar esok. Ini adalah prinsip penting bagi individu yang bercita-cita tinggi; momentum kejayaan perlu dikekalkan, dan sasaran baharu perlu segera ditetapkan.

Beliau kemudian mengukuhkan lagi pendirian ini dengan kenyataan yang menggambarkan standard tinggi yang dipegangnya untuk dirinya dan pasukannya. Jelas Mo Salah berkata, “Kelab ini sepatutnya sentiasa bersaing untuk segalanya dan berada di puncak. Tiada alasan.”
Ini adalah deklarasi jelas tentang ekspektasi. Berada di puncak bukan pilihan, tetapi satu kewajipan. Ungkapan “Tiada alasan” pula adalah pengingat tentang akauntabiliti diri.
Dalam apa jua usaha kerjaya, perniagaan atau matlamat peribadi seringkali alasan menjadi penghalang utama.
Seorang juara sebenar memahami bahawa tanggungjawab terletak di bahu sendiri, dan tiada ruang untuk mengelak dari cabaran.

Mentaliti yang dipamerkan Mo Salah ini melangkaui padang bola sepak. Ia adalah etos yang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan kejayaan dalam mana-mana bidang.
Ia memerlukan disiplin diri yang tinggi, kemahuan yang kuat untuk terus belajar dan berkembang, serta keberanian untuk menetapkan standard yang sangat tinggi, sambil menolak sebarang bentuk alasan yang boleh menghalang kemajuan.
BACA: Panduan Lengkap Membeli Basikal Pertama: Jangan Tersilap Langkah!
Sebagai inspirasi untuk lelaki moden, Mo Salah menunjukkan bahawa kejayaan sebenar bukanlah hanya tentang meraih pencapaian, tetapi tentang proses berterusan untuk menjadi lebih baik.
Bahkan sentiasa lapar untuk cabaran seterusnya, dan memegang teguh prinsip akauntabiliti.
Mesejnya jelas; selepas menakluki satu puncak, siap sedia untuk mendaki dan menggalas yang cabaran seterusnya. Itulah mentaliti juara sejati.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI