Buat mereka yang aktif melakukan aktiviti larian pasti tahu berapa sukarnya untuk melakukan larian jarak jauh maraton sejauh kira-kira 42 kilometer. Bukan calang-calang orang yang mampu melakukannya kerana jarak larian yang sangat jauh seperti itu.

Selain berdepan cabaran kecergasan dan stamina kecederaan seperti kaki, celah paha dan bahagian dada melecet boleh menjadi cabaran utama.

Luar Biasa! Lelaki Jepun Ini Habiskan Larian Maraton Dengan Sandal Kayu

Menghabiskan larian maraton itu satu perkara sangat sukar tapi bayangkan bagaimana seorang lelaki berusia 47 tahun dari Jepun ini menamatkan larian tersebut dengan memakai sandal kayu tradisional Jepun yang dikenali sebagai geta sandals!

Lebih menakjubkan lelaki dikenali dengan nama Takanobu Minoshima yang berasal dari Sapporo ini mencatatkan masa yang sangat baik iaitu 3 jam 28 minit.

IKLAN

Larian tersebut dilakukan oloeh Takanobu ketika menyertai 2023 Osaka Marathon baru-baru ini.

Luar Biasa! Lelaki Jepun Ini Habiskan Larian Maraton Dengan Sandal Kayu

Pada larian tersebut dia juga mencatatkan pace 4:45/km pada larian sejauh 42.195 kilometer. Untuk pengetahuan anda sandal Geta kasut tradisional Jepun yang menyerupai selipar.

IKLAN

Ia sejenis sandal dan menariknya ia mempunyai tapak kayu rata yang ditinggikan. Ada yang terdapat dengan satu, dua atau tiga ‘gigi’ pada bahagian tapak.

Luar Biasa! Lelaki Jepun Ini Habiskan Larian Maraton Dengan Sandal Kayu

Cabaran lebih sukar buat Takanobu kerana dia menggunakan Geta bergigi satu untuk larian tersebut. Sambil memakai kasut kayu tersebut dia turut menggunakan bib maraton dengan perkataan tertera bermaksud ‘Geta’.

IKLAN

Masa penamat terakhirnya ialah 3:28:11 untuk tempat ke-2,896 (daripada 10,000+ pelari), iaitu hanya lapan minit ketinggalan daripada masa kelayakan Boston Marathon 2023 iaitu 3:20:00 untuk kumpulan umur M45 hingga 49.

Ini bukan kali pertama dia menyertai larian memakai geta. Pada 2019, dia menyertai larian ultra 100K dalam 13 jam dan 45 minit di Kuil Kamalai 100 di Taiwan. Dia mempunyai maraton terbaik 2:59:20 dari Marathon Hokkaido pada 2014, apabila dia memakai kasut larian biasa.

Hebat betul! Semoga kisah ini mampu dijadikan inspirasi buat kita semua.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI