Dalam dunia jam tangan mewah, kerjasama antara jenama dan personaliti bukan sekadar strategi pemasaran. Ia merupakan satu langkah dan titik pertemuan antara gaya hidup dan nilai yang dikongsi bersama. Terkini, jenama jam tangan ikonik Jepun, King Seiko, secara rasmi melantik pelakon berkarisma Ryohei Suzuki sebagai duta global mereka yang baharu.
Pelantikan ini bukan sekadar simbolik. Dikenali sebagai pelakon yang penuh dedikasi dengan portfolio merentas pentas Jepun dan antarabangsa, Ryohei Suzuki membawa aura yang mencerminkan falsafah King Seiko.
Ryohei Suzuki
Jam mewah yang tampil dengan ketelitian, keaslian dan semangat penerokaan. Menurut Seiko, semangat eksplorasi dan falsafah beliau terhadap seni lakonan amat selari dengan nilai-nilai jenama King Seiko.
Memetik kenyataan media Seiko, “Semangat eksplorasi dan falsafah Ryohei Suzuki terhadap seni lakonan amat selari dengan nilai-nilai jenama King Seiko.”
Jam, Gaya dan Legasi
Bagi meraikan pelantikan ini, Seiko melancarkan video promosi khas bersama satu sesi temu bual eksklusif bersama Suzuki.
Menerusi video tersebut, Ryohei Suzuki menggayakan King Seiko VANAC SLA083, jam tangan yang menjadi simbol utama dalam kempen ini.
Ads
Rekaan asal King Seiko VANAC diperkenalkan pada tahun 1972, terkenal dengan warna-warna berani dan rekaan kotak yang tajam serta bersegi.
Kini, lebih 50 tahun kemudian, ia kembali semula dengan nafas moden. Namun masih kekal setia dengan semangat pioneer yang menjadi asasnya.
Bagi peminat filem dan gaya, Ryohei Suzuki bukan nama asing. Bintang Jepun ini dilhairkan pada 29 Mac 1983 di Nishinomiya City, Hyogo.
Terbru, Ryohei Suzuki tampil membintangi filem Netflix ‘City Hunter’ yang ditayangkan di seluruh dunia.
Ads
Namanya turut diiktiraf di pentas antarabangsa dengan pelbagai anugerah hebat. Di antaranya Anugerah Pelakon Terbaik dalam Peranan Komedi dan Pelakon Lelaki Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024, Excellence in Asian Cinema Award di Asian Film Awards ke-17, serta Rising Star Asia Award di New York Asian Film Festival 2023.
Pelantikan ini sekali gus mengangkat King Seiko bukan sahaja sebagai jenama jam tangan, tetapi sebagai penanda aras gaya hidup yang menghargai warisan, inovasi dan ketulenan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara selebriti Hollywood yang dikenali ramai sebagai peminat setia Siri Anime Jepun Popular, Naruto adalah Micheal B Jordan. Baru-baru ini dia telah berpadu tenaga bersama jenama pakaian terkenal Coach untuk melancarkan beberapa jenis pakaian yang bertemakan siri anime tersebut.
Koleksi yang telah dilancarkan adalah Pakaian Siap-Untuk-Dipakai kedua-dua jantina, kasut dan pelbagai pilihan koleksi bag. Antara yang menarik perhatian adalah beberapa pilihan Parka, Jaket denim, pullovers, backpacks, sneaker hybrid dan macam-macam lagi.
Koleksi Coach X Micheal B. Jordan kini sudah boleh didapati secara atas talian dan juga akan mula memasuki pasaran global Pop-Ups di Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Selain itu, bintang filem Black Panther ini juga turut ditampilkan dalam video pendek memaparkan beberapa koleksi edisi khas di laman instagram mereka.
Stail rambut mana yang belum pernah anda buat lagi setakat ini? Kalau buntu dan tidak tahu nak pilih stail rambut mana yang sesuai, apa kata rujuk contoh ini.
Jangan bimbang, 10 stail rambut lelaki ini pasti buat anda nampak stailo setiap masa. Walaupun gayanya ringkas tapi kalau awek lalu pasti cair. Tak percaya, try dulu!
Buat peminat fesyen taoloring premium di Lembah Klang terutamanya, nama WARDROBE pastinya sudah tidak asing lagi di bibir anda. Saban tahun jenama ini tidak ketinggalan memperkenalkan koleksi yang cukup dinantikan terutamanya peminat fesyen tempatan.
Permulaan Tahun Baharu 2022 memberikan signifikasi tersendiri bunat WARDROBE apabila melancarkan Musim Bunga ’22 yang direka khas sebagai kelahiran trend dan interpretasi semula definisi ‘formal’ baharu bagi penggaya dan penggemar fesyen universal.
Selepas mengecap kejayaan besar menerusi koleksi ‘Hidden Depths’sebelumnya, mereka mengorak langkah luas dalam mewadahkan sisi muda jenama mereka dan dalam masa yang sama mengekalkan keunggulan hasil buatannya bagi setiap pakaian dalam koleksi ini.
Maka lahirlah ‘Sub-Surface’ – aspek muda dan modish dari WARDROBE direka teliti dengan rentetan koleksi pakaian essential yang terdiri daripada day suit, sut urusan, weskot, dan kot kasual.
Koleksi bijoux sembilan pasang istimewa ini menggalakkan aspirasi keyakinan, keselesaan, dan ranggi serta menyerlahkan tona lembut pada fabrik tenunan polos minimalistik.
Dengan mengekalkan esens berkualiti tinggi, kebanyakan pakaian dijahit dengan fabrik wul tulen yang esklusif dan fabrik 100% kapas dari kilang fabrik jenama terkemuka dunia. Meletakkan keutamaan sama jenama WARDROBE sesuai gaya sartorial dengan keselesaan dan ketahanan premium.
Pada tiga padanan utama, adaptasi pakaian monokromatik top-to-toe tanpa stereotaip bersama ton pastel yang lembut untuk menonjolkan permulaan semula di tahun baharu, dipenuhi dengan idea dan mentaliti baharu. Sut sepasang 2-piece dan 3-piece dijahit dalam warna jambu krep, hijau pistasio dan kuning laguna dengan kemeja warna sepadan.
Ia diketahui secara universal yang psike warna secara khususnya memberi kesan kepada mood dan dengan tidak langsungnya membina keyakinan terutamanya dengan pakaian yang kita pakai, lantaran pilihan teliti dikurasi terdiri daripada ton berwarna lembut dan fresh yang ditunjukkan dalam koleksi ini. Pakaian ini juga menampilkan seluar kelipat (turn up) tinggi dan bertirus bagi memberikan impresi ketinggian dan langkah panjang.
WARDROBE sekali lagi mengeksperimenkan penerokaan siluet neo untuk menjawab respons trend sut konvensional. Potongan sut dijahit dengan fit yang lebih relaks santai memberikan ruangan lebih untuk pembentukkan ukuran badan dan pergerakkan yang lebih selesa.
Sut sepasang jalur Bengal kelabu dijahit tanpa lapel memberikan ketampakan jejaka moden yang flamboyant. Sut sepasang lain digandingkan dengan lorek biru gelap dan cerah dan satu set lain datang dengan kot kasual warna biru cerah berkontras dengan celana ton biru sedikit malap memberikan perbezaan di antara personaliti dan pilihan individualis.
Untuk ansuran ketiga koleksi ini, WARDROBE memberikan nafas baru pada 3 pilihan klasik mereka. Sut asalnya potongan tradisional ini diberi peluang kedua dengan “facelift” penuh mengikut kesesuaian koleksi Sub-Surface dan akuran trend semasa.
Padanan pakaian ‘one-size-fits-most’ dengan sengaja diberi potongan sedikit boxy dan moderately oversized berbanding potongan sut klasik ala Inggeris. Gabungan pastel gelap pada sut sepasang berkotak Gingham juga menjadi pilihan yang lebih menonjol dan berkarekter.
Ditanyakan tentang koleksi baharu, CEO WARDROBE, Lim Fang Heng menyatakan, “Koleksi ini direka dengan mempertimbangkan trend belia dalam minda. Tenaga, pemikiran dan kesungguhan menghadapi dunia yang kian berubah di mana tiada halangan nampak terlalu besar ataupun kompleks. Keteguhan melawan sebarang cabaran harian, untuk melakukan dengan lebih baik dan semangat untuk mencabar kefahaman konvensional.”
Berhubung dengan koleksi joie de vivre ini, WARDROBE bekerjasama dengan pemenang yang dinobatkan dan finalis Hero Remaja 2021 baru-baru ini; Mierul Aiman, Fazziq Muqris dan Alif Haiqal. Kempen ‘Boys of Wardrobe’ yang ditampilkan seiring koleksi Sub-Surface yang menangkap naratif yang bekesesuaian dengan sempurna.
“Tenaga riang, personaliti dan keindividuan setiap mereka memang amat sesuai digabungkan dengan koleksi muda dan gah seperti ini. Sebagai salah satu jenama yang telah menjadi supporter Hero Remaja sejak tahun-tahun sebelumnya, kami selalu senang bekerja dan berkolaborasi dengan individu yang mempunyai karekter tersendiri, berani, dan sering berfikiran ke hadapan.”, Andre Nasution, Ketua Pemasaran WARDROBE.
Dengan 9 penampilan bergaya yang sesuai dengan keperluan harian, koleksi Musim Bunga 2022 terbaharu dari WARDROBE sememangnya gah dan berstail untuk jejaka yang ingin tampak chic dan bersahaja sesuai trend, untuk kelihatan lebih ceria dan yakin dalam sebarang acara pada bila-bila masa.
Pakaian ini boleh dijahit secara khas mengikut warna dan fabrik kesukaan pelanggan, mengikut kepakaran WARDROBE dalam seni jahitan premium bersama rekod prestasi yang mengagumkan lebih daripada 20 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, diiktiraf oleh Apolitical dalam senarai “Government AI 100” atas kepimpinannya memperkukuh agenda AI dan transformasi digital Malaysia menuju status Negara AI menjelang 2030.