
Cuaca Malaysia yang sukar dijangka memang selalu jadi cabaran buat mereka yang aktif di luar. Pagi boleh panas terik, tengah hari mendung dan petang pula hujan lebat.
Atas realiti itu, Under Armour memperkenalkan koleksi UA Storm, rangkaian yang direka untuk pengguna aktif yang mahu terus bergerak dalam keadaan cuaca berubah-ubah tanpa terlalu berkompromi dari segi keselesaan, prestasi dan gaya.
Untuk koleksi kali ini, dua model utama diketengahkan iaitu UA Velociti Distance Storm dan UA Echo Storm.

Walaupun kedua-duanya menggunakan teknologi UA Storm, karakter dan kegunaan masing-masing agak berbeza. Satu lebih jelas ditujukan kepada pelari, manakala satu lagi lebih fleksibel untuk gaya hidup aktif dan penggunaan harian.
UA Velociti Distance Storm Untuk Pelari Yang Mahu Kekal Konsisten
Model paling dekat dengan dunia larian ialah UA Velociti Distance Storm. Kasut ini direka khusus untuk mereka yang mahu terus menjalani latihan walaupun keadaan jalan masih basah selepas hujan.
Antara ciri utamanya ialah teknologi UA Storm, yang dibangunkan untuk membantu menolak air tanpa terlalu menjejaskan breathability.

Bahagian upper menggunakan fabrik ripstop yang telah dirawat supaya lebih tahan terhadap percikan air dan permukaan lembap.
Dari segi rekaan, model ini menggunakan binaan kolar dan lidah tradisional untuk memberikan rasa fit yang lebih familiar kepada pelari.
Namun bahagian yang lebih penting terletak di bawah tapak. UA Velociti Distance Storm dilengkapi deep lug traction dengan Exogrip rubber, yang dibangunkan untuk memberikan cengkaman lebih meyakinkan pada permukaan basah atau kering.

Untuk cushioning, Under Armour menggunakan UA HOVR+ foam sepanjang tapak.
Foam ini direka untuk memberikan rasa yang lebih ringan dan lembut, sesuai untuk pelari yang mahu menggunakan kasut ini bagi sesi latihan jarak sederhana atau lebih jauh.
Secara keseluruhan, Velociti Distance Storm cuba menggabungkan tiga perkara utama dalam satu kasut iaitu perlindungan daripada air, cengkaman dan cushioning.
Empat Pilihan Warna
Dari sudut visual, UA Velociti Distance Storm ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Outrageous Orange, Black Castlerock, Team Royal dan White.
Daripada kesemua pilihan itu, Outrageous Orange mungkin paling mudah menarik perhatian kerana kemasan warna terang yang lebih dekat dengan estetika kasut perlumbaan moden.
Bagi yang mahukan rupa lebih mudah dipadankan dengan pakaian latihan harian, Black Castlerock dan White pula tampil lebih sederhana. Harga rasmi bagi UA Velociti Distance Storm ialah RM699.
UA Echo Storm Untuk Kegunaan Lebih Fleksibel
Jika Velociti Distance Storm lebih fokus kepada running, UA Echo Storm pula membawa pendekatan berbeza.
Model ini berada di tengah-tengah antara kasut aktif, outdoor dan kasut harian.
Under Armour menggambarkannya sebagai model yang sesuai untuk perjalanan harian, urusan singkat, berjalan kaki dalam tempoh panjang atau sekadar bergerak di sekitar bandar ketika permukaan masih basah.

Dari sudut rekaan, Echo Storm membawa rupa lebih rugged berbanding kasut larian konvensional.
Ia menggunakan translucent film overlays serta kolar neoprene yang dibentuk bagi memberikan gabungan fit dan gaya lebih moden.
Satu lagi ciri yang cukup menonjol ialah asymmetrical zip shroud pada bahagian atas kasut. Rekaan ini bukan sahaja menjadi elemen visual, malah membantu memberikan perlindungan tambahan daripada elemen luar.

Seperti Velociti Distance Storm, Echo Storm turut menggunakan Exogrip rubber dengan deep lug traction bagi memberikan cengkaman pada permukaan basah atau kering.
HOVR Untuk Keselesaan Sepanjang Hari
Walaupun bukan kasut larian khusus, Echo Storm tetap menggunakan teknologi cushioning Under Armour.
Model ini dilengkapi UA HOVR cushioning, yang direka untuk memberikan energy return serta keselesaan kepada mereka yang banyak berjalan atau bergerak sepanjang hari.
Pendekatan ini menjadikan Echo Storm lebih sesuai untuk pengguna yang mahu satu kasut yang boleh digunakan merentasi beberapa situasi.
Pagi untuk perjalanan ke tempat kerja. Petang untuk urusan di luar. Malam pula mungkin digunakan untuk berjalan santai atau aktiviti ringan.
Jadi berbanding Velociti Distance Storm yang lebih spesifik kepada pelari, Echo Storm cuba menawarkan kegunaan yang lebih luas.
Empat Warna Untuk Echo Storm
UA Echo Storm juga ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Clay Green, Black, Black with Summit White dan White.
Pilihan warna ini lebih neutral berbanding Velociti Distance Storm, selari dengan karakter Echo Storm sebagai kasut yang lebih mudah digunakan dalam gaya harian.
Harga bagi UA Echo Storm turut ditetapkan pada RM699. Walaupun koleksi ini menggunakan nama Storm, kedua-dua model sebenarnya tidak semestinya hanya relevan ketika hujan.
BACA: Batpod Batman Dari The Dark Knight Dilelong, Harga Dijangka Cecah RM4.91 Juta
Teknologi water-repellent, tapak dengan cengkaman lebih agresif dan cushioning yang selesa juga boleh memberikan kelebihan ketika keadaan lembap, selepas hujan atau ketika bergerak di permukaan yang tidak menentu.
Namun perlu juga difahami bahawa teknologi UA Storm lebih tepat dilihat sebagai water-repellent, bukan lesen untuk meredah hujan ekstrem atau kawasan bertakung dalam tempoh panjang.
Dalam konteks penggunaan sebenar, ia lebih kepada membantu mengurangkan gangguan apabila cuaca berubah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

je senang
