
ASICS Malaysia memperkenalkan kasut tenis terbaharu mereka, ASICS Solution Speed FF4, menerusi satu pengalaman tenis imersif yang berlangsung pada 24 Januari 2026 di Mouratoglou Tennis Courts, EPSOM College, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.
Acara ini menandakan pelancaran rasmi kasut berprestasi tinggi tersebut di pasaran Malaysia. Pelancaran ini bukan sekadar sesi media atau product showcase biasa bahkan lebih dari itu.
ASICS berjaya membina suasana latihan prestasi tinggi dengan aktiviti atas gelanggang, seiring dengan strategi global tenis mereka yang menekankan pergerakan sebagai kunci kepada kesihatan fizikal dan mental.
Acara ini menghimpunkan peminat tenis, atlet ASICS, pempegaruh atau key opinion leaders
, wakil media serta pelajar EPSOM College.Para peserta menjalani format permainan berbentuk litar, di mana mereka bergerak dari satu stesen ke stesen lain dengan cabaran tenis berbeza di setiap sudut.
Semua sesi dikendalikan oleh jurulatih EPSOM College, dengan fokus kepada peranan coaching elit dalam membentuk kemahiran dan perkembangan atlet.
Untuk menambah elemen santai, ASICS turut mengadakan sesi kuiz berkaitan pengalaman acara sepanjang hari, menjadikan pelancaran ASICS Solution Speed FF4 lebih interaktif dan menyeronokkan.
Aktivasi ini disokong oleh kerjasama global ASICS bersama Mouratoglou Academy — akademi tenis terkenal yang diasaskan oleh jurulatih dunia, Patrick Mouratoglou.
Menerusi kolaborasi ini, lebih 100 jurulatih Mouratoglou di seluruh dunia turut dilengkapi dengan kasut prestasi ASICS Solution Speed FF4, mengukuhkan lagi peranan jurulatih dalam membina juara masa depan.
Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soon Nik, menjelaskan bahawa pelancaran ini selari dengan kempen global ASICS “Move Your Body, Move Your Mind” yang menekankan hubungan antara pergerakan dan kesihatan mental.
“Pelancaran ASICS Solution Speed FF4 menandakan satu detik penting dalam kempen global ini, yang menekankan kuasa pergerakan untuk mengubah tubuh dan minda.
“Tenis bukan sekadar sukan — ia pemangkin untuk prestasi lebih tajam dan minda yang positif. Ini mencerminkan komitmen ASICS selama 75 tahun terhadap prinsip asas kami, iaitu ‘Minda Sihat, Badan Sihat’,” tambahnya lagi.
BACA: Kasut Larian Carbon Plate, Siapa Sebenarnya Yang Betul-Betul Perlukan?
ASICS Solution Speed FF4 direka khas untuk pemain yang gemarkan permainan pantas dan agresif, dengan penekanan kepada kelajuan, kestabilan, dan ketangkasan pergerakan kaki. Antara ciri utama kasut ini termasuk:
Secara keseluruhannya, kasut ini dibina untuk pemain yang suka melakukan cut and change direction dengan pantas tanpa rasa terganggu oleh kasut.
ASICS Solution Speed FF4 dijual pada harga bermula RM599 dan telah tersedia sejak 15 Januari 2026 di kedai ASICS seluruh negara serta secara dalam talian di ASICS.com.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.