Fesyen bergerak pantas bak sebuah tren peluru yang meluncur laju. Saban musim kita menyaksikan trend datang dan pergi. Jadi tidak hairanlah mengapa jenama fesyen perlu hadir denagn tema yang unik dan tersendiri.
Jenama asal Jepun, Onitsuka Tiger tampil dengan koleksi terbaru yang bersifat kotemporari dengan mengguabungkan elemen sukan, inovasi dan warisan budaya dari negara tersebut.
Tema minimalisme Jepun telah diangkat oleh Onitsuka Tiger bagi memperkenalkan kleksi Musim Bunga dan Panas 2023. Di bawah kendalian pengarah kreatifnya, Andrea Pompilio, koleksi ini menggabungkan bentuk inovatif bersama warisannya serta mengekspresikan kemuncak keindahan menerusi estetika subtratik yang mengenepikan sesuatu yang tidak perlu.
Tema ini diteruskan dengan visual kempen, yang mensublimasi minimalisme dengan mengetengahkan perbezaan pelbagai elemen antaranya siluet dan ruang, langit dan warna bangunan serta latar belakang geometri dan sfera.
Ia ditambah lagi dengan kemunculan bola gergasi seakan planet yang memberikan impak lebih artistik. Andrea menjelaskan kempen ini adalah satu usaha untuk menarik perhatian terhadap setiap perincian dalam koleksi ini.
Ads
“Setiap bentuk dan minimalisme artistiknya, dan menyerlahkan kontras dengan siluet yang elegan, penampilan peragawan dan peragawati sengaja dijauhkan daripada pandangan penuh dan latar belakangnya dibiarkan ringkas.
“Di samping itu, kontras antara langit dan bola gergasi dicipta seolah-olah ia adalah hiasan seni yang memberikan unsur artistik pada bola gergasi itu. Dengan mencipta ruang seperti galeri seni, kami turut mencipta hubungan antara seni dan peragawan serta peragawati itu,” tambahnya lagi.
Ads
Koleksi ini ditakrifkan oleh perincian yang mengubah helaian paling ringkas menjadi sebuah objek reka bentuk. Setiap helaian dihasilkan di Jepun, dengan siluet beralun, kental dalam warisannya, dan perhatian terhadap perincian, bermula dengan logo bersulam berjahitan zigzag, serta jahitan kelim menarik.
Keadaan bentuk tubuh tidak ketinggalan menjadi tumpuan terhadap pembangunan kreatif ini dan dihasilkan semula dengan rekaan yang dipinjam daripada budaya Jepun.
Sebagai contoh, tali cerut panjang mengubah kemejaT georget bersaiz besar kepada helaian dengan cetakan timbul atau skirt berukiran nilon Jepun dengan lisu yang mengingatkan kembali kepada persalinan hakama yang dipakai oleh pemanah kyūdō.
Ads
Kimono juga sesekali hadir: di antara potongan lengan panjang, lebar dan beralun-alun, dengan tampak lebih jelas pada tuala pantai berlogo yang digandingkan pada kemeja tank.
Pompilio tidak ketinggalan meletakkan tumpuan pada sisi belakang penggayaan yang mengenepikan duakedimensian bagi memperoleh kesan tiga-kedimensian yang tidak dijangka: sebagai tambahan kepada tali cerut yang mentakrifkan semula siluet, gaun-gaun yang boleh diasingkan dan jaket yang boleh dipakai dengan mantel yang dipinjam gayanya daripada kot trench.
Di samping itu mereka turut memperkenalkan gaun kecil dengan poket beg sandar yang digabungkan di bahagian belakang. Untuk palet warnanya, hitam dan putih merupakan naratif utama, namun disertakan dengan kuning dan hijau shiso, yang diilhamkan oleh rona cerah daun selasih Jepun.
Buat peminat jenama ini, koleksi Onitsuka Tiger Musim Bunga & Panas Onitsuka Tiger 2023 ini boleh didapati di butik utama mereka bermula pada Mac 2023.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang beranggapan bahawa lelaki tidak memerlukan alat solek atau panduan kecantikan dalam penjagaan tubuh badan. Lelaki juga seperti wanita, kaum Adam ini harus memberi layanan istimewa kepada tubuh badan mereka kerana ia merupakan aset penting dalam kehidupan harian. Banyak produk baharu yang sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kecantikan namun tidak berkesempatan kerana faktor masa. Paling utama, lelaki harus menumpukan perhatian pada cara pencukuran. Lelaki harus pakar dalam soal ini kerana untuk tampil menarik, seorang lelaki harus bijak menggunakan pisau cukur dengan baik. Jambang, misai dan kumis mencerminkan keperibadian seorang lelaki. Ini menurut perspektif wanita. Berikut merupakan tip untuk anda mencukur dengan baik.
Bersihkan wajah
Kekangan masa menyebabkan anda kurang meneliti setiap langkah untuk mencukur. Ada antara anda terus sapu krim ke muka. Seperti wanita, permukaan muka lelaki juga harus dijaga. Jika anda terlalu malas untuk membasuh muka dengan pencuci muka, anda hanya perlu basuh muka anda dengan air suam saja. Kulit muka anda lebih bersedia untuk menerima perubahan jika anda tidak terburu-buru dalam mencukur. Dalam pada masa yang sama, pembersih muka dan air suam boleh menghindari wajah anda dari kusam dan rosak. Jadi, jangan ambil mudah dengan bahagian muka ini.
Cara mencukur
Mulakan mencukur dari bahagian rahang, leher dan pipi. Bahagian ini menjadi keutamaan atas beberapa sebab. Salah satunya ia dapat mengelakan kulit anda dari terluka. Tidak seperti wanita, mereka boleh menutup bahagian terluka selepas mencukur kerana mereka biasanya mencukur di bahagian kaki. Wajah yang penuh dengan luka dan berparut, tidak akan membolehkan wanita mendekati anda. Jadi harus diambil perhatian lebih. Kumis dan janggut perlu mendapat perhatian khusus kerana anda mungkin ingin mengikut pola dan gaya yang ada inginkan. Cukur searah dengan tumbuhnya anak rambut. Tarik pisau cukur dengan jalur searah supaya kulit anda tidak luka. Hati-hati dalam mencukur.
Pilih pisau cukur yang bagus
Pencukur elektrik mudah digunakan dan menjimatkan masa, dan memerlukan kurang penyediaan daripada pencukur tradisional, dan sedikit lebih lembut bagi kulit sensitif. Walau bagaimanapun, untuk beberapa jenis rambut, alat cukur elektrik cenderung untuk meninggalkan keputusan yang tidak rata atau sisa pada wajah. Kerana itu, pisau cukur tradisional berfungsi dengan baik pada semua jenis kulit dan untuk semua jenis rambut.
Kepada anda yang mengalami masalah berterusan apabila bercukur, boleh menggunakan pisau cukur yang direka khas, biasanya dipasarkan untuk lelaki yang mempunyai rambut kasar. Kuncinya adalah pisau cukur tidak boleh dipotong terlalu dekat, jadi rambut tidak tumbuh ke dalam kulit. Penggunaan cecair pra-dicukur atau serbuk khas, dan penjagaan selepas mencukur pada pencukur juga boleh membantu. Jika anda mempunyai jerawat dan perlu mencukur kawasan tersebut, cuba gunakan pencukur elektrik dan pisau cukur yang mempunyai peranti keselamatan yang terletak pada pinggir bilah untuk menentukan keselesaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika tahun lalu Adidas berjaya memukau peminat anime dengan rekaan Dragon Ball, nampaknya tahun ini Adidas cuba pula memikat peminat siri anime Naruto melalui pandang pertama Adidas Copa Ultraboost X Naruto Kakashi.
Terdapat pelbagai ciri-ciri menarik yang ditampilkan disini seperti bahagian Pull Tab terdapat lambang Mata Sharingan Mangekyou yang sinonim dengan Hatake Kakashi.
Rekaan ini diinspirasikan daripada model kasut bola sepak yang hadir dengan material suede berwarna biru, malahan jalur trademark Adidas disuai padan dengan warna kelabu.
Buat masa ini Adidas masih lagi belum mengeluarkan tarikh rasmi produk ini akan dipasarkan di seluruh dunia. Penulis cuma berharap bagaimana nanti rupa karekter lain dalam siri animas Naruti diintepretasikan dalam bentuk kasut.
Rasanya tidak lengkap bagi seorang lelaki tidak memakai jam tangan. Lagi pun tidak banyak aksesori pelengkap gaya yang mempunyai pelbagai fungsi boleh dipakai oleh lelaki. Sebab itulah kita boleh tahu personaliti lelaki berdasarkan jam tangan.
Berbeza dengan wanita yang boleh memakai pelbagai aksesori di segenap tubuh badan mereka. Sebab itulah ramai menganggap jam tangan merupakan mahkota pelengkap pergelangan tangan lelaki.
Terdapat pelbagai jenis jam dan jenama yang terdapat di pasaran. Dan tahukah anda bahawa personaliti lelaki berdasarkan jam tangan boleh menunjukkan kepada umum tentang siapa diri anda!
LELAKI BERJAYA & BEKERJA KERAS
Apakah jenama yang sering disinonimkan dengan seseorang yang dari zero kepada hero? Jenama Rolex merupakan simbol status kejayaan dan paling mudah dikenal pasti oleh ramai orang walaupun bukan penggemar jam.
Lelaki yang memakai Rolex secara tidak langsung ingin menyatakan bahawa dia seorang yang bersedia untuk bekerja keras demi mencapai kejayaan.
Pilihan gaya anda juga seiring dengan status baru yang dikecapi. Inilah antara personaliti lelaki berdasarkan jam tangan yang paling mudah dikenal pasti.
LELAKI YANG BERKUASA & BERPENGARUH
Terdapat ramai lelaki berjaya tetapi tidak semuanya mempunyai kuasa dan pengaruh. Ia adalah perkara yang tidak boleh dijual beli semata. Disebabkan itulah tidak semua lelaki boleh menggayakan jam Patek Philippe. Ini jam yang biasa menjadi pilihan lelaki berpengaruh.
Jam pilihan anda ini bukan sahaja melambangkan kemewahan tetapi juga kekuasaan. Disebabkan itulah ia menjadi rebutan ramai lelaki yang ingin menonjolkan personaliti lelaki berdasarkan jam tangan mereka.
LELAKI PENGGEMAR AKTIVITI LASAK
Lelaki yang memakai jam tangan berjenama Breitling dan OMEGA sering kali dianggap sebagai lelaki yang gemarkan aktiviti lasak. Ini kerana kaitan jenama ini dengan juru terbang dan juga filem-filem James Bond.
Kedua-dua jenama ini menawarkan keseimbangan di antara kemewahan dan juga aktiviti lasak. Bagi lelaki yang memakai jam tangan jenis ini, dia mempunyai personaliti lasak dan sukakan cabaran luar.
SISI SOFISTIKATED
Bagi perempuan anda adalah lelaki yang penuh misteri namun mempunyai daya tarikan yang cukup seksi. Lelaki yang memilih jam tangan Cartier contohnya gemar akan rekaan yang lebih sofistikated, lain daripada yang lain serta lebih unik.
Anda kadangkala dianggap sebagai seorang yang eksentrik namun dalam pada masa yang sama menyerlah dalam keramaian.
Bagi lelaki yang gemarkan aktviti fitness jam tangan pintar pasti jadi pilihan. Antaranya ialah Apple Watch atau Samsung Galaxy Watch. Jam ini mampu melakukan pengesanan GPS untuk aktiviti larian atau berbasikal.
Ia juga boleh membaca kadar degupan jantung dan juga pelbagai kesihatan diri. Lekai kaki fitness memang pasti memilih jam tangan jenis ini.
Jika anda mencari barangan aksesori lelaki yang murah pada diaskuan hebat boleh dapatkan di sini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.