Orang ramai tahu harga seutas jam tangan G-Shock tidak murah, namun kerana kualiti dan rekaannya yang menarik membuatkan orang sanggup untuk berbelanja tinggi untuk memilikinya.
Baru-baru ini, jenama perisian komputer terkenal dunia Asus dan Casio telah bekerjasama untuk mengeluarkan koleksi G-Shock edisi terhad. Ia cukup istimewa dan jumlah pembuatannya tidak banyak.
Model yang digunakan adalah G-Shock GA-100 yang mana ia telah dikemaskini dengan rekaan bertemakan ROG (Republic of Gamers). Ia mampu menahan hentakan serta kalis air sehingga 200 meter.
Selain itu, ia turut dilenagkapi dengan tetapan penggera, pemasa dan dilengkapi dengan kalendar sehingga tahun 2099.
Bagi lelaki yang mempunyai tubuh badan kurus, pemilihan pakaian yang tepat boleh memberikan ilusi tubuh yang lebih tegap dan macho.
Selain memilih rekaan dan warna yang sesuai, beberapa trik dalam menggayakan pakaian boleh membantu lelaki kurus tampil lebih yakin dan menarik perhatian.
Berikut adalah 10 tips fesyen untuk kelihatan lebih maskulin dan macho.
Ramai lelaki kurus tertarik kepada potongan skinny, tetapi hakikatnya potongan ini boleh membuatkan anda kelihatan lebih kecil. Pilih potongan slim fit yang lebih seimbang, memberikan ilusi tubuh yang padat dan tegap tanpa terlalu ketat.
Layering atau melapisi pakaian adalah teknik fesyen yang sangat membantu untuk lelaki kurus. Anda boleh memakai t-shirt asas, diikuti dengan kemeja atau jaket. Teknik ini bukan sahaja menambah dimensi pada penampilan anda, tetapi juga memberikan gaya yang lebih sofistikated.
Memiliki bahu yang lebih lebar adalah satu ciri macho. Jaket atau blazer dengan padding di bahu atau potongan yang lebih luas di bahagian bahu boleh membantu mengimbangkan bentuk badan dan memberikan ilusi tubuh lebih tegap.
Baju yang terlalu panjang boleh membuatkan anda kelihatan lebih kurus dan tinggi secara tidak seimbang. Pilih kemeja atau jaket yang jatuh tepat di pinggul untuk proporsi yang lebih seimbang.
Warna seperti hitam, navy, dan kelabu gelap memberikan efek padat dan tegap. Walaupun warna gelap biasanya dikaitkan dengan ilusi lebih kurus, ia juga boleh memberikan kesan yang macho jika dipakai dengan tepat. Kombinasikan warna ini dengan aksesori atau kasut yang lebih terang untuk gaya yang menarik.
Corak ini boleh memberikan ilusi lebih lebar pada tubuh badan. T-shirt atau sweater dengan garis melintang di bahagian dada adalah pilihan terbaik untuk lelaki kurus kerana ia dapat menonjolkan bentuk dada dengan lebih baik.
Pilih kain bertekstur seperti corduroy, tweed, atau denim yang lebih tebal untuk memberi dimensi tambahan. Pakaian yang bertekstur boleh membuatkan tubuh kelihatan lebih berisi, selain memberikan sentuhan fesyen yang unik.
Aksesori seperti jam tangan besar atau rantai boleh menambah gaya macho anda. Pastikan aksesori tidak terlalu kecil atau terlalu banyak. Fokus pada satu atau dua aksesori sahaja untuk mengekalkan gaya yang maskulin tanpa kelihatan berlebihan.
Seluar dengan potongan yang sedikit lebar di bahagian bawah boleh memberi keseimbangan pada bentuk tubuh yang kurus. Elakkan seluar skinny yang terlalu ketat. Seluar chinos atau seluar cargo adalah pilihan yang baik untuk gaya lebih maskulin.
Paduan hoodie dan jaket bukan sahaja selesa, tetapi juga memberikan kesan tubuh yang lebih tegap. Gayakan hoodie bersama jaket denim atau jaket kulit untuk penampilan yang macho dan berani.
Dengan mengikuti tips-tips ini, lelaki bertubuh kurus boleh tampil dengan lebih yakin dan macho.
Setiap individu memiliki gaya unik tersendiri, jadi jangan takut untuk bereksperimen dan mencuba pelbagai kombinasi. Yang penting, pilih pakaian yang membuatkan anda rasa selesa dan tampil yakin.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang suka pakai minyak wangi. Selain boleh menyerlahkan penampilan, memakai minyak wangi juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
Tentu anda stres bila minyak wangi yang disembur pada waktu pagi semakin hilang menjelangnya tengah hari. Sebenarnya ada cara nak pastikan bau minyak wangi kekal lama.
Semburan di bahagian ini membuatkan bau minyak wangi kekal lama kerana kawasan ini tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Malah perpeluhan di kawasan ini juga akan meningkatkan lagi bau minyak wangi yang anda pakai.
Kajian menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak berbanding kulit kering. Jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan losen atau pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum anda menyembur minyak wangi.
Tip berkesan agar bau minyak wangi bertahan lama ialah dengan menyapu sedikit Vaseline terlebih dahulu pada nadi sebelum anda memakai minyak wangi.
Haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan molekul pada minyak wangi dan mengurangkan kualiti baunya. Langkah sebaiknya anda simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap.
Elak menggosok minyak wangi dengan tangan kerana perbuatan ini boleh merosakkan molekul wangian tersebut dan menyebabkan baunya jadi berbeza. Cara yang baik, semburkan minyak wangi pada jarak 4-6 inci dari kawasan sasaran. Elak sembur pada sesuatu kawasan itu dengan semburan yang lama atau panjang. Cukup hanya semburan ringan kerana ia akan menyebarkan bau yang sama rata pada tubuh anda.
Jangan sembur minyak wangi pada rambut kerana kandungan alkoholnya boleh membuatkan rambut jadi kering. Sebaiknya, semburkan minyak wangi pada sikat dahulu sebelum anda menyikat rambut.
Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau minyak wangi. Jadi pakailah minyak wangi selepas mandi dan sebelum anda memakai pakaian. Cara ini juga akan menghalang bau minyak wangi dari mengotori pakaian atau aksesori anda.
Minyak wangi berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Selain di bahagian dada, anda juga boleh menyembur minyak wangi di belakang telinga, nadi pada sendi tangan, siku, celah paha, belakang lutut dan pergelangan kaki untuk mengekalkan bau minyak wangi.
Langkah berjimat, anda boleh campurkan titisan akhir minyak wangi ke dalam losen badan anda. Ini akan membuatkan losen anda sentiasa wangi.
Jenama fesyen dari Portugal, Sacoor Brothers mengetengahkan gabungan gaya tidak lapuk dek zaman dan santai kontemporari melalui koleksi Musim Luruh/Sejuk 2023 nya.
Berasaskan falsafah ‘reset & care’, koleksi ini direka dengan ketelitian Portugal, meraikan kreativiti, keterangkuman dan boleh dipakai setiap hari.
Koleksi kali ini turut meraikan rona pastel bersempena suasana kotej luar bandar yang lembut. Kelembutan merah samar, lavender yang tenang dan warna pudina yang halus bergabung untuk menghasilkan palet yang harmoni, sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan di dalam almari pakaian mereka.
Warna-warna lembut ini sesuai untuk peralihan antara musim dan menjemput anda untuk mendekati aktiviti luar. Direka dengan garisan yang kemas, setiap pakaian itu mencipta gaya sporty chic mudah.
Selain itu, koleksi baharu ini turut menampilkan corak bunga romantis serta baju sejuk dan pakaian berkait yang memberikan keselesaan. Gaun yang dihiasi dengan sentuhan pesona motif bunga, membawakan sedikit suasana luar bandar kepada gaya hidup bandar anda.
Koleksi baharu ini turut menampilkan pakaian versatil yang mudah dibawa dari siang ke malam. Sama ada anda menuju ke pejabat, berjalan-jalan di bandar, atau bersiap untuk keluar malam, koleksi terbaharu ini boleh disuaipadankan untuk pelbagai majlis.
Ia menawarkan rangkaian pakaian dengan warna terang berani dan pilihan serba hitam klasik, menjadikannya tambahan penting pada almari pakaian anda.
Daripada sut anggun kepada pakaian luar yang elegan, pilihan ini menggabungkan kepakaran hasil tangan yang indah dengan sentuhan moden, memastikan anda tampil dan merasai yang terbaik tanpa mengira acara.
Dari baju satin, seluar statement yang bergaya, kardigan elegan dan seluar jeans yang bergaya, Sacoor Brothers menyediakan pelbagai pilihan yang komprehensif merangkumi kepelbagaian. Koleksi ini merangkumi intipati budaya yang menghargai hubungan dan keterangkuman, memenuhi pelbagai pilihan gaya dan keperluan.
Salah satu segmen yang menonjol dalam koleksi kali ini ialah Indigo Soul yang mentafsir semula penggunaan denim dan kapas, mencipta koleksi unik yang menarik minat individu yang gemar memakai warna yang lebih gelap.
Rangkaian pakaian ini menggabungkan ketahanan dan fesyen kontemporari dengan sempurna, memastikan ia kekal sebagai ruji di dalam almari pakaian sepanjang tahun.
Dalam koleksi Indigo Soul, anda akan menemui pelbagai pilihan reka bentuk terperinci dan
moden yang direka rapi dalam rona gelap musim sejuk.
Daripada jaket dengan perincian lembut hingga blazer yang dipotong kemas, pakaian ini melambangkan dedikasi jenama untuk menghasilkan pakaian yang bukan sahaja tahan ujian masa tetapi memancarkan aura
keanggunan yang tidak dapat disangkal.
Indigo Soul menawarkan pakaian yang ideal untuk meningkatkan gaya anda melalui gabungan sempurna antara praktikalnya dan estetiknya fesyen masa kini.
Ketibaan terkini Sacoor Brothers turut menampilkan koleksi kapsul baharu bertajuk “Everlasting Capsule”. Rangkaian serba versatil ini terdiri daripada koleksi asas yang direka untuk keselesaan ke pejabat.
Dicipta dengan fabrik yang lembut dan lut udara, pakaian ini menjangkaui musim dan
trend.
Tersedia dalam warna neutral, Everlasting Capsule menawarkan gandingan dan padanan
yang tiada noktahnya, memastikan anda dapat memadankan pakaian anda dengan mudah.
Sama ada gaun yang bergaya atau jaket potongan badan, kini tidak sukar lagi untuk anda tampil berpakaian kemas.
Koleksi terbaru ini boleh didapati di semua cawangan Sacoor Brothers di Malaysia, termasuk Suria KLCC, Pavilion KL, The Gardens Mall, Bangsar Village 2, IOI City Mall Putrajaya, LaLaport BBCC dan Gurney Plaza Pulau Pinang.
Untuk berita terkini mengenai ketibaan baru ikuti Sacoor Brothers di Instagram dan Facebook.
Ketahui lebih lanjut tentang Sacoor Brothers di laman web rasmi di sini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.