Gaya Hidup

Atlet MMA, Khabib Nurmagomedov Sambut Kemenangan Dengan Cara Paling ‘Rare’

Share

Baru-baru ini atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov menyambut kemenangan ke 28 tanpa kalah. Dia kekal undisputed buat kali kedua mempertahankan tali pinggang kejuaraan Ultimate Fight Championship (UFC).

BACA: Selepas Hina Isteri Khabib Adalah ‘Kambing’, Conor McGregor Umum ‘U-Turn’ Dari Bersara

Dalam perlawanan tersebut, Khabib berjaya menumpaskan lawannya dengan cara Rear-Naked Choke membuatkan pesaingnya iaitu Dustin Poirier terpaksa Tap Out.

Lebih menarik lagi, itu adalah cara sama yang digunakan oleh Khabib ketika menewaskan fighter yang terkenal dengan kontroversi iaitu Conor Mcgregor.

Perlawanan yang berlangsung di Abu Dhabi itu menjadi semakin menarik apabila sebaik sahaja Khabib diumumkan sebagai pemenang, kedua-dua petarung dilihat saling menukar T-Shirt yang tertera nama masing-masing.

Ketika ditanya oleh hos perlawanan, Khabib mengumumkan untuk menjual T-Shirt yang dipakai olehnya dan hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal yang diusahakan oleh Dustin iaitu The Good Fight Foundation.

Apabila ditanya mengapa dia berkata sedemikian adalah kerana sebagai tanda dia menghormati lawannya dan pada masa yang sama ingin melupakan tragedi gelap yang dia pernah buat ketika bertarung menentang Conor dahulu.

Tahniah Khabib atas kemenangan yang dicapai, semoga kejayaan anda berterusan!!

IKLAN