Gaya Hidup

Awas, Individu Jenis Darah A Lebih Mudah Dijankiti Covid-19 Berbanding Darah O!

Share

Di China, Bejing ada sekumpulan penyelidik perubatan dari Hospital Zhongnan, Universiti Wuhan, China mendakwa individu berdarah A mempunyai potensi lebih tinggi mudah dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19) berbanding kumpulan darah lain.

Penyelidik berkenaan membuat ujian mengambil sampel sebanyak 2,000 pesakit positif virus dengan berdasarkan kumpulan darh yang berbeza di Wuhan, Shenzhen dan membandingkan dengan penduduk di Kawasan yang lebih sihat dan mendapati pesakit dengan darah A menunujukan risiko kadar jangkitan tinggi dan mempunyai symptom yang lebih teruk berbanding darah O.

Menurut ketua Penyelidikan kajian terbabit, Wang Xinghuan berkata biarpun masih di peringkat awal, tetapi kerajaan harus mengambil kira factor perbezaan darah dalam merancang langkah mitigasi atau keitka merawat individu yang dijangkiti.

Katanya lagi mungkin darah A memerlukan perlindungan bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memerlukan lebih pengawasan dan rawatan yang lebih agresif.

Daripada 206 pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Wuhan, 85 pesakit adalah berdarah A, iaitu 63 peratus lebih daripada 52 pesakit dengan kumpulan darah O.

Sumber: Harian Metro

IKLAN