Awas, ‘Tech Neck’ Sering Serang Orang Yang Ralit Dengan Phone!

Share

Apa itu Tech Neck? Pasti anda tertanya-tanya bukan mengapa ia di panggil Tech Neck? Tech Neck adalah masalah kesakitan dan kecederaan tengkuk akibat menggunakan technologi seperti gadget.

Bayangkan sekiranya ada kampit beras dengan berat 27 kg diletakkan di atas tengkuk anda sepanjang hari. Pasti tekanan di leher dapat dirasai bukan? Itulah yang berlaku sekiranya anda tunduk melihat gadget sepanjang hari.

Dalam posisi menegak, tengkuk boleh menampung berat kepala (4.5-5.4kg). Apabila anda tunduk ke bawah, beban berat ini akan meningkat sehingga 2 kali ganda!

Semakin anda tunduk, dengan dagu rapat menyentuh ke dada, semakin tinggi beban berat yang tengkuk perlu tanggung.

Antara Gejalanya ialah sakit atau lenguh tengkuk, bahu serta akan mengakibatkan anda sakit kepala. Silap hari bulan akan mengakibatkan sesak nafas serta lenguh dan kebas tangan.

Baca: Senaman Jari & Tangan Selepas Lama Menggunakan Telefon Pintar

Sekiranya berterusan, masalah yang lebih serius menanti. Tulang tengkuk akan alami radang dan mula haus. Saraf tunjang boleh terhimpit dan saraf di tangan boleh rosak.

Antara yang boleh ada lakukan sekiranya anda ada gejala-gelaja seperti di atas adalah berhenti tengok phone seketika, berikan otot anda berehat dengan baring tegak selama beberapa minit atau buatkan senaman leher dan bahu untuk menjalankan darah.

IKLAN