MASKULIN difahamkan hampir setiap syarikat telekomunikasi menawarkan data Internet secara percuma dalam kuota tertentu buat pengguna mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Kita ada 9 hari lagi untuk mengharungi tempoh ini yang berakhir pada 31 Januari 2020. Jadi tidak hairanlah penggunaan Internet menerusi penggunaan telefon pintar dalam kehidupan seharian sekarang sangat tinggi.
Selain ingin menghabiskan masa terluang kita juga tidak ingin ketinggalan mengikuti perkembangan semasa tentang usaha kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani penularan wabak Covid-19.
Selepas beberapa hari anda pastinya berasa lenguh di bahagian tangan terutamanya di ibu jari. Skrol tanpa henti melayari laman media sosial dan pelbagai content boleh menyebabkan tangan berasa lenguh.
Jadi kali ini MASKULIN ingin membantu anda dengan berkongsi beberapa cara melakukan senaman jari dan tangan bagi mengurangkan rasa lenguh dan sakit tersebut.
Ads
1
Pertama sekali genggam tangan anda dengan memasukkan ibu jari ke dalam.Tahan selama 30 hingga 60 saat kemudia buka tangan perlahan-lahan seluas yang mungkin. Ulang beberapa kali.
2
Letakkan tapak tangan anda di atas permukaan rata. Perlahan-lahan rapatkan tapak tangan menjadi serata yang mungkin. Tahan selama 30 saat dan ulang selama dua atau tiga kali.
Ads
3
Ini senaman untuk berikan kelegaan pergerakan jari. Buka tapak tangan dan bengkokan jari ke dalam seperti melakukan cakar. Tahan selama 30 saat kemudian lepas. Ulang sebanyak dua atau tiga kali.
4
Dapatkan stress ball atau anda boleh guna sebarang objek lembut contohnya plush toy. Ini senaman unutk menguatkan otot jari dan ibu jari. Tekan dengan perlahan-lahan di antara celah jari dan tahan selama 30 ke 60 saat.
Sekali lagi rapatkan tapak tangan di atas permukaan. Kemudian perlahan-lahan angkat satu demi satu jari ke atas. Ulang sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.
6
Senaman tangan dan jari ini pula memerlukan anda seutas getah pengikat. Letakkan tangan di atas meja kemudian letak gelung getah meliliti tangan. Perlahan-lahan buka ibu jari ke luar. Lakukan sebanyak beberapa kali.
Pergi ke pasar membeli cincau,
Sedapnya air cincau!
Tular betul beberapa hari ini dengan cincau. Seperti sesetengan dan kebanyakan makanan atau minuman lain, cincau juga sangat popular di bulan Ramadan. Ia boleh dijadikan sebagai bahan pelengkap di dalam pelbagai jenis hidangan minuman seperti bersama teh ais dan susu soya.
Cincau juga boleh dijadikan minumannya sendiri sahaja dan juga pelengkap beberapa juadah dessert. Tapi ramai tak tahu sebenarnya cincau mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan.
Cincau juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai grass jelly. Ia merupakan sejenis pencuci mulut atau bahan juadah manisan yang tersohor dan banyak didapati di bahagian Timur Asia (China, Hong Kong, Macau dan juga Taiwan) dan serta juga di negara Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Cincau dihasilkan daripada sejenis tumbuhan daripada spesis Platostoma palustre.
MANFAAT HEBAT CINCAU
Dalam satu kajian yang bertujuan untuk menyiasat kesan serbuk cincau mudah meruap sebagai antioksidan dan juga antidyslipidaemia dalam tikus Wistar, kajian tersebut mendapati bahawa walaupun diet yang tinggi dengan kolesterol diberikan kepada tikus-tikus tersebut, pengambilan 3 hidangan serbuk cincau mudah meruap didapati masih berjaya untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Keupayaan ini dikaitkan dengan kandungan serat boleh larut yang tinggi dalam cincau. Serat yang boleh larut akan mengikat kepada asid hempedu dalam usus kecil, mengurangkan kemungkinan untuk ia diserap semula ke dalam badan serta mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Kolesterol yang rendah dalam darah adalah faktor pelindung daripada penyakit-penyakit berkaitan salur darah seperti penyakit jantung dan angin ahmar.
Menerusi satu kajian yang dilakukan menggunakan serbuk cincau mudah meruap, saintis melakukan ujian untuk melihat keberkesanan kesan serbuk tersebut terhadap paras gula dalam darah dan juga histologi pankreas tikus kajian.
Mereka membahagiakan dua kumpulankumpulan tikus yang dikaji. Kedua-duanya diberikan alloxan untuk mencetuskan penyakit kencing manis namun hanya satu kumpulan sahaja yang menerima dos serbuk cincau mudah meruap secara oral. Selepas empat minggu, kajian mendapati bahawa paras gula dalam darah tikus yang menerima serbuk tersebut adalah lebih rendah.
Selain itu, dapatan histologi menemui tisu islets of langerhans dalam organ pankreas tikus yang menerima serbuk cincau kurang mengalami kerosakan dan kecederaan berbanding kumpulan tikus kawalan, mencadangkan bahawa terdapat peranan perlindungan yang dimainkan oleh pengambilannya.
Antioksidan telah lama dikaji dan dikenal pasti mempunyai kaitan yang rapat dengan pengaktifan sel-sel imun yang baik dan juga lata tindak balas sel. Menerusi satu model kajian in vivo yang membabitkan kanser yang dicetuskan oleh benzo(a)pyrene, pra-rawatan menggunakan ekstrak air daripada tumbuhan cincau khususnya pada dos 1000mg untuk setiap kilogram didapati mampu untuk mengurangkan insiden kanser sebanyak 57%.
Selain itu, ia juga berupaya untuk mencetuskan peningkatan dalam sel pembunuh semula jadi, merangsang interferon γ (IFN-γ) dan juga sel T cytotoxic (CD8+), berbanding kumpulan kawalan yang dirawat menggunakan ubat antikanser cyclophosphamide. Para pengkaji merumuskan bahawa antioksidan yang terdapat dalam esktrak tersebut mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi sistem imun untuk melawan kanser dengan lebih cekap (immunomodulatory properties).
Enzim angiotensin-I converting enzyme (ACE) telah dikenal pasti sebagai enzim utama yang membawa kepada peningkatan tekanan darah melalui aktiviti produk tindak balasnya iaitu angiotensin II. Disebabkan itulah terdapat beberapa ubat antihipertensi yang tertumpu kepada penekanan enzim ini seperti ubat captopril dan juga ubat perindopril.
Dalam satu saringan tumbuh-tumbuhan dan herbal di Indonesia, para pengkaji menemui bahawa penggunaan ekstrak cincau daripada spesis palustris dalam kepekatan 100 bahagian per sejuta (100 ppm) berupaya untuk menekan aktiviti enzim ACE sebanyak 36.25%.
Walaupun kebolehan untuk menekan aktiviti enzim ini tidaklah sekuat keupayaan ubat antihipertensi seperti captopril, ia merupakan satu penemuan yang berpotensi tinggi untuk menjanjikan kesan yang lebih baik dengan kajian susulan. Secara tidak langsung, pengambilannya mampu untuk bertindak sebagai kaedah atau intervensi tabiat yang mudah dan murah dalam mencegah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi.
Jadi amalkanlah minum dan mengambil cincau ya. Jangan lupa untuk follow IG MASKULIN!
Mr P ataupun kemaluan yang berbau merupakan salah satu masalah yang membelenggu kaum lelaki. Bayangkan bau yang tak enak menusuk hidung terutama ketika sang suami ingin bersama isteri. Nah 4 faktor penyebab masalah ini :
Jika anda tidak membasuh zakar anda setiap hari, satu bahan yang dipanggil “smegma cheesy” akan menempel. Smegma adalah pelincir semula jadi yang melembapkan zakar. Ia ditemui pada kepala zakar dan di bawah kulup. Jika smegma membina dalam kulup, ia boleh:
• Menimbulkan bau
• Menyukarkan pergerakan kulup
• Menjadi tempat pembiakan bakteria
Ini boleh menyebabkan kemerahan dan bengkak (keradangan) kepala zakar anda, yang dipanggil balanitis.
Tabiat mengabaikan kebersihan merupakan punca utama balanitis. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan, seperti
• Seriawan
• Keadaan kulit seperti psoriasis
• Kerengsaan pada kulit, sebagai contoh, yang disebabkan oleh sabun, ubat atau kondom.
Lihat doktor anda jika anda fikir anda mungkin mempunyai tanda-tanda balanitis. Mereka boleh mendiagnosis keadaan anda dan merawat punca asas.
Jangkitan kelamin kadang-kadang boleh menyebabkan sakit dan zakar berbau. Beberapa contoh jangkitan kelamin dan gejala-gejala mereka termasuk:
• Gonorea: ini boleh menyebabkan terhasil lelehan putih, kuning atau hijau luarbiasa dari hujung zakar anda, kesakitan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil dan radang kulup.
• Chlamydia: ini boleh menyebabkan keputihan, kusam atau berair dari hujung zakar anda, sakit semasa kencing dan sakit di buah zakar.
Urethritis keradangan uretra (tiub yang bermula dari pundi kencing ke hujung zakar). Urethritis biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin tetapi jika puncanya tidak diketahui, ia dipanggil urethritis tidak spesifik. Urethritis tidak spesifik boleh membuat zakar anda sakit.
Gejala urethritis tidak spesifik termasuk:
• Keputihan atau kusam dari hujung zakar anda
• Rasa terbakar atau rasa menyakitkan apabila anda membuang air kecil
• Hujung zakar anda mungkin merasa jengkel dan sakit
• Keperluan kerap membuang air kecil
Jika Mr P anda masih berbau dan berpanjangan sila dapatkan nasihat perubatan jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan kelamin atau urethritis tidak spesifik, seperti sakit atau pelepasan yang luar biasa, pergi ke klinik kesihatan seksual secepat mungkin.
sumber : lelaki sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Karakter Thor merupakan salah satu watak yang sangat penting dalam dunia Marvel Cinematic Universe. Malah dia merupakan salah seorang daripada ‘the original six’ team Avengers.
Kini Thor muncul sekali lagi dengan aksi terbarunya bersama rakan-rakan dalam ‘Avengers: Endgame’ yang kini sedang hangat diperkatakan. Anda mungkin sudah sedia maklum akan kehebatan bentuk badan pelakon yang membawakan watak Thor iaitu Chris Hemsworth.
Lihat sahaja lengannya. Ramai lelaki yang mengidamkan otot lengan seperti itu. Tapi tahukah anda bahawa ia tak mustahil untuk dimiliki jika anda melakukan senaman yang MASKULIN kongsi kali ini.
Sebanyak empat latihan yang anda bpoleh lakukan secara rutin untuk membantu anda untuk membentuk otot lengan. Dan nada juga tak harus pandang remah akan diet pemakananan, pastikan ambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan.
Berikut merupakan cara untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.
Latihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.
Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.