Lihat sahaja wajah pelakon ini rasanya sudah ramai yang mengenalinya. Terkenal dengan watak bawaannya menerusi karakter Thor di dalam Marvel Cinematic Universe, Chris Hemsworth merupakan di antara pelakon lelaki yang sentiasa mencuri perhatian.
Penampilannya yang segak yang hadir dengan bentuk badan yang menarik untuk membawakan watak tersebut menuntut Chris untuk pastikan dirinya sentiasa fit.
Jadi tidak hairanlah mengapa ramai menjadikan Chris sebagai di antara selebriti yang cukup dikagumi dan menjadi idola dalam penjagaan badan. Mengekalkan bentuk badan sepertinya tidaklah mudah.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Chris menerusi laman media sosialnya. Pada byulan lalu, Chris telah mula berkongsi beberapa siri cabaran senaman yang sentiasa dilakukannya kepada peminat dan pengikutnya di Instagram.
Jelasnya, sebanyak lapan siri senaman akan dikongsi olehnya bersama pasukan kecergasan dari Centr, pembangun aplikasi kecergasan. Dalam perkongsian pertama Chris melakukan siri cabaran senaman di atas sebuah kapal.
Siri senaman tersebut diberikan gelaran ’50-rep Challange’ di mana dia melakukan lima jenis senaman dengan setiap satunya sebanyak 10 reps. Rutin senaman itu dilakukan dengan tahap paling sukar hingga ke tahap paling mudah.
“Jangan berhenti sehingga anda capai 50 reps!”, jelas Chris.
Berikut luma jenis rutin gerakan senaman yang dilakukannya.
Dumbbell burpee curl
Squat curl press
Alternating reverse lunge and curl
Bicep curl
Standing shoulder press
Lakukan lima senaman dengan 10 reps setiap satu. Apabila sudah selesai 50 reps, rehat selama 60 saat atau seminit dan kemudian ulang semula sebanyak lima kali!
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda tahu bahawa diet yang sihat adalah penting untuk kesihatan, tetapi anda rasa anda sudah mendapatkan nutrien yang mencukupi daripada makanan harian anda? Mati pucuk, pemulihan otot selepas senaman, kemurungan, kemerosotan kognitif, kemandulan, dan banyak lagi – Mari kita lihat makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan lelaki.
Tiram
Tiram mengandungi lebih banyak zink dalam setiap hidangan berbanding mana-mana makanan yang lain. Seperti yang kita tahu, zink adalah mikronutrien penting untuk kesihatan prostat: Tahap zink yang rendah terkait dengan masalah kesuburan dan prostat. Badan kita tidak mempunyai kuantiti zink yang mencukupi. Jadi adalah penting untuk mencukupkannya dalam setiap hidangan atau melalui suplemen. Jumlah disyorkan setiap hari bagi lelaki adalah lebih kurang 11 mg.
Salmon liar
Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan mati pucuk (ED). Jadi pegambilan vitamin D yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko ED dengan mengurangkan kerosakan pembuluh darah yang dicetuskan oleh keradangan, menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2012.
Biasanya lelaki yang mengalami disfungsi erektil mempunyai peluang yang lebih besar mendapat keradangan endothelial berbanding orang lain, dan ia dipercayai bahawa mengurangkan keradangan ini boleh meningkatkan aliran darah. Sekeping kecil salmon liar mengandungi sehingga 112 peratus vitamin D daripada keperluan harian yang disyorkan.
Kacang walnut
Kacang walnut adalah antara sumber terbaik asid lemak omega-3, antioksida, dan phytochemicals, yang sangat baik untuk kesihatan otak. Super-nutrien ini telah terbukti berkesan dalam mencegah kemurungan dan mengekalkan fungsi kognitif. Walnut juga terbukti mampu melawan tekanan oksidatif dan keradangan yang berlaku disebabkan penuaan, menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2014 dalam The Journal of Nutrition. Satu perempat cawan walnut mengandungi 2.7 gram lemak omega-3. Dan ini sudah melebihi jumlah harian yang disyorkan.
Susu coklat
Susu coklat boleh menjadi minuman segar yang berharga oleh banyak atlet sukan lasak, menurut penyelidik Central Washington University di Ellensburg, Washington, yang diterbitkan pada tahun 2012.
Susu coklat rendah lemak mengandungi nisbah karbohidrat:protein sebanyak 4:1, iaitu setanding dengan pelbagai minuman sukan komersial. Ia juga membekalkan cecair dan sodium yang disyorkan untuk membantu dalam pemulihan selepas senaman. Kajian ini menasihatkan pengambilan susu coklat langsung selepas senaman dan dua jam kemudian.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat dan mengandungi phytonutrien yang boleh membantu melindungi jantung anda, melawan keletihan, dan memberikan anda perasaan yang menyenagkan. Walaupun lelaki memerlukan lebih banyak campuran ini berbanding wanita, Mereka dinasihatkan supaya mengambil 2 cawan buah-buahan dan 2.5 hingga 3 cawan sayur-sayuran setiap hari.
Penuhkan separuh pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Isi bahagian yang berbaki dengan bijirin dan protein berkualiti tinggi, seperti kacang, sesuaikan kuantiti ikan dan ayam. Kadangkala ambil daging merah dan tenusu.
Tumpukan pada kepada warna, kepelbagaian, dan kesegaran. Semakin lama diet anda akan menjadi lebih baik dan lazat serta sihat. Mulakan dnegan langkah kecil. Sebagai contoh tambah salad sekali sehari. Memandangkan ia adalah tabiat yang baik, anda boleh terus menambah kuantitinya lebih banyak.
Anda tidak perlu untuk menjadi sempurna dan anda tidak perlu meninggalkan makanan kegemaran anda untuk jadi sihat. Kehidupan yang sihat dan bertenaga adalah perjalanan jangka panjang, bukan hanya semalaman. Jangan berhenti berusaha.
Waktu bersahur adalah masa yang paling penting dalam menentukan menu apakah yang sesuai untuk dijamah bagi mengekalkan kesegaran tubuh.
Bukan apa, sekurang-kurangnya tidaklah dipandang lembik selain tetap boleh aktif untuk melakukan pelbagai kerja harian.
Sehubungan itu, umat Islam disarankan untuk mengalas perut dengan makanan yang sihat serta air yang berkhasiat.
Ini kerana cuaca di Malaysia ada kalanya panas dan menerusi simpanan air yang berkhasiat, daya tahan tubuh juga menjadi semakin baik.
Sebelum ini, khasiat buah kurma sering menjadi sebutan orang ramai pada bulan Ramadan kerana ia bersifat manis buah dan tahan lama.
Memasuki era moden, buah kurma sering dicampurkan ke dalam adunan susu segar atau coklat untuk dijadikan sebagai bahan minuman.
Namun jika merungkai cara pemakanan Rasulullah S.A.W, beruntunglah umat Islam kerana baginda pernah memperkenalkan sejenis minuman yang digelar sebagai air nabeez.
Caranya adalah dengan merendam buah kurma dalam air masak pada sebelah malam dan boleh minumnya pada waktu sahur keesokan harinya.
Dengan menyediakan air nabeez ini, Insya’Allah perut boleh rasa kenyang dan sesiapa yang meminumnya bertahan dalam masa yang panjang.
1. Ambil kurma dalam bilangan yang ganjil.
Sediakan anggaran air dalam 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campurkan. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.
2. Rendam isi kurma dalam air masak
Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Untuk kebersihan, tutup bekas air tersebut dan jangan biarkan ia secara terbuka.
3. Sahur esok air itu sudah boleh diminum
Rasa manis kurma akan sebati dengan air kosong dan khasiatnya lebih baik berbanding minum air yang bergula.
4. Amalkan semasa lapar
Air ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi pada hari-hari yang lain walaupun bukan di bulan Ramadhan. Amalkan semasa perut kosong.
Sumber: ihsbaby
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelawak Abam Bocey semakin bersemangat meneruskan program diet untuk turunkan berat badan yang kini berjaya mencecah 170 kilogram.Memang bagus usaha yang dilakukan oleh Abam ni, Yelah obesiti ini lubuk kepada pelbagai penyakit dan masalah Kesihatan.
“Ikut kontrak selama 3 bulan, saya lakukan diet untuk turunkan badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan pantau saya menerusi mesej di group WhatsApp,”
Tambahnya, ada 40 orang dalam kumpulan aplikasi WhatsApp itu termasuk Abam yang berkomunikasi menerusi mesej.
“Apa yang saya makan setiap hari akan dihantar ke dalam kumpulan itu dan mereka akan menilai sama ada makanan itu okey, tidak, menepati citarasa atau kalori yang diperlukan setiap hari.
“Mengikut teori diet mereka, 80 peratus merujuk aspek pemakanan manakala senaman sebanyak 20 peratus,” katanya
Selain itu Abam juga turut pergi ke gimnasium dan bermain badminton untuk aktivti senaman dalam usaha untuk kurus ini.
“Sasaran saya selepas 3 bulan adalah lebih kurang 150 kilogram tapi sasaran sebenar saya sehingga hujung tahun untuk turunkan 80 kilogram, kalau dapat lebih bawah lagi bagus,” katanya.
Achey dan Fad juga memberi sokongan padanya untuk turunkan berat badan.
“Pada mulanya, mereka ketawakan saya sebab dah lebih 10 kali saya cerita pada mereka nak turunkan berat badan sehingga pada satu malam mereka ‘order’ seafood tapi saya tak makan. Mereka kemudian faham dan bagi sokongan moral pada saya,” katanya.
Sumber : Astro Gempak
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Abdul Latif Romly mengharungi hujan lebat untuk menjuarai lompat jauh T20, sekali gus melengkapkan sasaran lima emas Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026.