“Badan Berbau Bukan Gaya Hidup” – Dr. Say Tegur Lelaki Malas Pakai Deodorant

Share

Bagi Dr. Say Shazril, isu badan berbau sebenarnya bukanlah perkara besar kalau semua orang ada common sense.

Tapi sayangnya, masih ramai yang tak ambil serius tentang perkara yang sepatutnya asas kebersihan diri.

Bila isu ni mula jadi bahan bualan di media sosial, baru ramai tersedar dan tersentak.

“Saya rasa benda ni sepatutnya tak perlu jadi perbahasan pun. Kalau kita jaga diri, tahu tanggungjawab jaga kebersihan diri sendiri, isu ni tak wujud pun,” kata Dr. Say secara terus-terang.

@maskulinmy Bau badan yang kurang menyenangkan boleh menjejaskan imej dan reputasi, lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan. Pemilihan deodorant yang betul adalah langkah asas penjagaan diri yang ramai lelaki masih abaikan. #Maskulin
#MajalahMaskulin #IsuLelaki #DrSay ♬ original sound – Maskulin

Nak Bergaya Tak Salah, Tapi Bersih Dulu Baru Bergaya

Komen Dr. Say ni tercetus apabila isu baru-baru ini tentang seorang pelakon yang dikatakan kurang senang dengan pelakon gandingannya yang mempunyai masalah bau badan.

Bagi Dr. Say, tak kiralah siapa pun pelakon ke, pekerja pejabat ke, kawan gym ke kalau kita tahu kita akan berinteraksi rapat dengan orang lain, jagalah kebersihan badan.

Benda macam ni bukan mahal, bukan susah. Tapi ramai masih buat-buat lupa.

“Kalau tahu kita nak berlakon, jumpa orang, rapat-rapat atas set, kenapa tak jaga kebersihan? Ini basic. Common sense. Especially kalau kerja kita melibatkan ramai orang,” tambahnya lagi.

Pengalaman Sendiri Dekat India

Dr. Say turut berkongsi pengalamannya semasa belajar di India, di mana isu bau badan agak normal dalam kalangan masyarakat lelaki di sana.

Katanya, memang ramai tak pakai deodorant dan bau peluh dah jadi satu kebiasaan.

Tapi bagi Dr. Say, itu bukan alasan untuk normalisasikan budaya yang sama di sini.

“Dekat India, saya naik train, kiri kanan semua bau sama bau kepam, bau bawang. Tapi kita faham budaya. Tapi kalau kat sini, kita ada akses, ada kesedaran, takkan masih nak abaikan?” katanya dengan nada sinis tapi jujur.

Jangan Salahkan Bawang, Salahkan Diri Sendiri

Menurut beliau lagi, pemakanan seperti bawang putih, bawang merah dan makanan berempah memang boleh menyumbang kepada bau badan, tapi itu bukan lesen untuk abaikan kebersihan.

“Ada orang suka makan bawang, makanan pedas. Tak salah. Tapi kalau dah tahu badan kita cepat berbau, jangan diam. Do something. Mandi, pakai deodorant, jaga pemakanan. Itu je,” pesan beliau.

Bagi Dr. Say, punca sebenar isu ni bukan sebab tiada deodorant di pasaran tapi sebab ada lelaki yang masih tak anggap ia sebagai keperluan.

Selagi kita tak sedar, selagi tu bau badan akan jadi ‘topik hangat’ yang memalukan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain