Setiap manusia pasti akan mempunyai masalah badan berbau. Dari manakah punca bau badan kita? Bagaimanakah ianya terjadi?
Sebenarnya bau badan datang dari dua kelenjar yang bertugas untuk menghasilkan peluh, iaitu Eccrine dan Apocrine. Terma sains yang digunakan ini mungkin agak susah untuk difahami, jadi admin mudahkan pemahaman anda iaitu Eccrine yang bertanggungjawab terhadap proses peluh yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Yang tujuan utama untuk mengawal suhu badan selain daripada membuang bahan buangan badan. Eccrine pada dasar sifatnya tulen dan jernih seperti air, tidak menghasilkan bau.
Manakala untuk kelenjar Apocrine, cecair yang dikeluarkan lebih likat dan keruh. Selalunya kelenjar peluh Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut. Seperti ketiak, serta tempat sulit seperti kemaluan. Di sini terdapat terma sains digunakan.
Untuk memudahkan lagi pembaca, protein yang pecah masuk ke dalam peluh oleh bakteria, boleh menyebabkan ketiak, kaki, badan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Ads
Pencernaan
Proses pencernaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan bahan buangan terkumpul dan seterusnya menyebabkan bau badan. Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin. Tetapi oleh kerana system pembuangan tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar untuk terus kekal di dalam badan.
Pemakanan
Ads
Individu yang dikenalpasti banyak makan daging, telur, ikan dan kacang/kekacang menyumbang untuk mendapat bau badan yang busuk. Ini kerana makanan ini mengandungi banyak Choline (tidak mudah melalui proses metabolism). Tahukah anda kopi dan minuman berkafein dan makanan berempah juga menyumbang bau badan? Makanan berempah mempunyai bawang putih memberi bau pada badan terutama di pelipatan seperti ketiak.
Penyakit
Ads
Dinasihatkan juga pada anda yang merasakan badan anda berbau, walaupun dah pelbagai wangian anda cuba. Mandi pula selang sejam, tetapi masih berbau. Sila mendapat rawatan nasihat doctor. Bimbang kerana bau badan juga boleh datang dari penyakit. Seperti masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), kencing manis, dan toroid. Jangan ambil mudah ya?
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang perlu dipelajari.
Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi ditolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.
Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang, pastikan anda memilih jalan terbaik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah sebagai panduan untuk anda menyelesaikan hutang anda.
ANTARA TIPS TERBAIK UNTUK BEBAS HUTANG
1. BELI SECARA TUNAI
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, beli dulu bayar kemudian atau skim bayaran mudah. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang
2. BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.
Selepas itu barulah digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni langgan Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, downgrade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
3. MENABUNG
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka.
Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda.
Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.
4. BUAT DUIT SAMPINGAN
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu, gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran, berusahalah untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya . Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan
5. BERSEDEKAH & BERZAKAT
Berzakatlah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini sangat diberkati.
Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain.
Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.
STRATEGI UNTUK BEBAS HUTANG
6. JANGAN BERHUTANG LAGI
Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk tidak memulakan hutang baru untuk menyelesaikan hutang lama.
Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.
Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup anda ?
7. LANGSAIKAN HUTANG YANG INTEREST RATENYA PALING TINGGI DAHULU
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!
8. BUKA DANA “FULL-SETTLEMENT HUTANG”
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, tapi dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.
Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
9. SIMPAN DUIT LEBIHAN SELEPAS SELESAI BAYAR HUTANG
Contohnya, bila dah bayar full-settlement loan lereta yang ansurannya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sesekali anggap duit tu sebagai duit berjoli, apatah lagi untuk tukar kereta baru! Jauhkan pepatah biar papa asal bergaya dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan.
Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang.
Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lima daripada 10 orang lelaki biasanya pandai bermain apa sahaja alat muzik terutama gitar. Wanita atau si gadis pula akan tertarik dengan lelaki yang pandai bermain gitar atau muzik ini. Ada wanita di luar sana menyatakan hati keras mereka mudah cair apabila dipujuk dengan muzik gitar. Benarkah? Maskulin mencungkil rahsia ini.
MENGAPA WANITA MUDAH JATUH HATI?
1-Nampak lebih ‘ sweet’ Lelaki yang pandai main gitar kebanyakannya berjiwa sentimental. Mereka lebih sensitif dengan perasaan yang ada pada wanita. Jika wanita merajuk, mereka ada cara mereka sendiri untuk memujuk. Bunyi petikan dengan soft tunes memang sangat menyentuh hati. Itu bagi wanita Nampak ‘sweet’ bagi mereka.
2-Seorang yang ‘ kool’ Biasanya lelaki yang bermain gitar ini seorang yang santai. Mereka jarang sekali mudah marah. Bermain gitar ibarat melepaskan tekanan dan luahan perasaan. Lagu-lagu yang dimainkan mengikut mood mereka itu sendiri. Mereka senang dibawa berbincang dan wanita jadikan mereka tempat untuk luahkan perasaan.
3-Seorang berjiwa romantik Bayangkan ketika anda (wanita) sedang menikmati makan malam, seorang lelaki mendedikasikan sebuah lagu yang dipetik melalui gitar kepada anda. Wah! pasti bahagia bukan? Anda bukan sahaja tersenyum sepanjang hari, tetapi termimpi hingga tidak tidur malam.
4-Ada aura tersendiri Lelaki yang serius tetapi rajin bermain gitar kepada pasangan mereka akan lebih didekati dan disayangi kerana ada stail tersendiri dalam kehidupan mereka. Wanita lebih suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik. Itulah sebabnya jiwa mereka juga lebih terdorong untuk berdamping dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.
5-Pemikiran lebih teliti Lelaki yang suka bermain gitar tidak ada masa untuk bersembang tentang perihal orang lain. Mereka biasanya gemar bercampur dengan kelompok mereka yang sama minat, berbincang perkara baru mengenai muzik atau sekali sekala berkongsi perasaan tentang hati dan apa yang dimahukan oleh seorang wanita.
BAGAIMANA MENARIK PERHATIAN WANITA? (Untuk bacaan lelaki)
-Belajarlah bermain gitar walaupun ‘ basic’
-Rajin-rajinlah berteman dengan kumpulan gitar
-Jangan asyik bermain gitar sehingga lupa tanggungjawab
-Elak sesekali bermain gitar untuk ‘memancing’ lebih ramai wanita
Tidak dinafikan kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di Palestin telah banyak membuatkan ramai di antara rakyat Malaysia terkesan. Namun dalam apa tindakan sekali pun, kita harus mungkin tidak terlalu dibawa emosi. Itulah satu kesilapan yang mungkin dilakukan lelaki ini yang tampal bendera negara haram, Israel di sebuah restoran makan segera terkenal.
Seorang lelaki berusia 25 tahun telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM100 oleh Mahkamah Majistret di Kajang kerana menampal pelekat bendera Israel.
Memetik laporan Sinar Harian, lelaki bernama Tariq Hazim Mohd Yusri berkata, “Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah, selepas ada keluarga saya meninggal dunia di Palestin”.
Lelaki tersebut yang merupakan pekerja sambilan sewa kereta ini dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah di hadapan Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz atas pertuduhan yang dikenakan.
Mahkamah juga memerintahkan Tariq dipenjara selama sehari sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Majistret Nurul Hafzan memberikan nasihat sebelum menjatuhkan hukuman, “Kalau kamu buat begitu, adakah ia akan menjadi keadaan yang lebih baik?”
Mengikut pertuduhan, Tariq yang memakai baju kemeja didakwa meletakkan pelekat bendera Israel di sebuah restoran makanan segera di Batu 10, Jalan Hulu Langat pada jam 4.42 petang, 29 Mei lalu, yang boleh mengganggu ketenteraman pekerja di sana.
Pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, seorang pekerja wanita di restoran tersebut menyedari pelekat Israel ditampal pada lantai, kaki lima dan pintu masuk premis ketika hendak ke tandas.
Dia kemudian memaklumkan kepada pengurusnya dan hasil pemeriksaan CCTV menunjukkan Tariq melakukan perbuatan tersebut sebelum beredar dengan kereta.
Dalam pembicaraan peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabilla Rosli, merayu agar Tariq dikenakan hukuman minimum dengan alasan tertuduh menyesal dengan perbuatannya.
“Dia insaf dan perlu menyara isteri yang juga seorang suri rumah termasuk mentuanya yang merupakan ibu tunggal. Ibunya pula mempunyai penyakit gout sementara bapanya mengalami penyakit jantung,” katanya.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran memohon agar Tariq dikenakan hukuman setimpal demi kepentingan awam agar dia tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.