Dalam nada bergurau nakal sebut sahaja tentang gambir Sarawak, kebanyakan lelaki akan tersenyum sampai ke telinga dan kadangkala mungkin tertawa kecil.
Jarang mereka melihat gambir Sarawak sebagai bahan yang boleh menjadi penawar kepada bisa gigitan atau patukan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit.
Masing-masing lebih gemar membayangkan gambir Sarawak adalah bahan yang boleh mengebaskan zakar dan memberi kepuasan kepada isteri secara maksima.
Apa itu gambir yang sebenarnya?
Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mempunyai daun lebar selain bunganya berwarna kuning.
Gambir juga lebih dikenali sebagai herba yang mengandungi astrigen dan ia kebiasaannya mudah ditemui di kawasan hutan di Asia Tenggara, India dan juga China.
Ads
Kepercayaan masyarakat terhadap gambir
Masyarakat Cina purba mempercayai gambir boleh digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser selain berkhasiat untuk membuang angin dari dalam badan.
Bagi penduduk kepulauan Nusantara pula, mereka memakan gambir bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan yang agak mengkhayalkan.
Ads
Namun demikian, gambir Sarawak tidak dijadikan sebagai bahan untuk dimakan tetapi kaum Adam kebanyakannya percaya gambir mempunyai kehebatan yang tersendiri.
Ini kerana menurut cakap-cakap orang, gambir Sarawak mampu ‘meneguhkan’ senjata lelaki ketika menjalin hubungan kelamin yang sah bagi pasangan yang sudah berkahwin.
Biasanya, batang gambir akan dikerat bagi mendapatkan getahnya. Kemudian, ia dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.
Ads
Kesan buruk penggunaan gambir secara berlebihan
Penggunaan gambir Sarawak yang berlebih-lebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah. Kemaluan si lelaki boleh melecet serta berasa kebas yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan luka, keradangan dan jangkitan bakteria.
Lebih teruk lagi, lama-kelamaan, penggunaan bahan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kerosakan saraf terutama pada kawasan yang sensitif.
Selain itu, rasa nikmat ketika melakukan hubungan intim juga boleh hilang terjadi sekiranya gambir Sarawak digunakan terlalu kerap untuk tujuan tersebut.
P/s : Persepsi awam menyatakan orang-orang Sarawak hanya menggunakan gambir tersebut untuk menghilangkan rasa sakit gigi namun buat orang-orang di Semenanjung Malaysia, gambir itu memang untuk ‘tujuan’ tersebut. Benarkah?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak sewaktu anda sedang bersembang, duduk dalam lif atau naik bas yang berpenghawa dingin, tiba-tiba bau sesuatu yang sangat busuk menerjah hidung anda.
Ada yang nak muntah, ada yang kembang-kuncup hidung menahan bau yang sedang tersebar di udara itu, bau yang datangnya daripada punggung seseorang.
Lebih mengharukan, sudahlah kentut itu tidak berbunyi, nak kenal pasti siapa suspek pun jadi susah. Semua buat muka tak bersalah dan konon-kononnya tutup hidung.
Terjadi kerana makanan berprotein
Dalam hal ini anda perlu tahu bahawa makan makanan yang berkanji dan berfiber boleh membuatkan anda kentut dengan sangat kerap, mungkin lebih 10 kali sehari.
Tetapi ia sekadar mengeluarkan angin tanpa bau yang kurang menyenangkan. Paling malu pun, bunyinya sedikit kuat atau merdu bak malu-malu ‘kentut nak sembunyi’.
Namun jika anda makan makanan yang memiliki protein yang tinggi seperti daging, potensi untuk anda kentut tanpa bunyi tersangatlah tinggi.
Tetapi disertai dengan bau yang ada kalanya cukup busuk kerana protein tersebut bercampur dengan makanan-makanan yang lain.
Busuk itu adalah kerana gas sulfur
Dalam masa sama, kajian membuktikan daging dan sumber protein mempunyai kandungan sulfur yang sangat tinggi.
Maka, memang tidak akan ada sesiapa yang tahu siapakah suspek yang telah mencemari ruang udara buat seketika dengan kentut yang busuk kerana tiada sebarang bunyi.
Apa lagi punca kentut?
Pakar gastroenterologi berpendapat selain makanan berprotein, makanan tinggi karbohidrat turut menghasilkan gas yang banyak di dalam usus besar.
Oleh sebab itu mereka yang jenis vegetarian dikatakan lebih kerap membuang angin berbanding orang biasa.
Menahan najis
Risiko orang lain terbau kentut yang busuk adalah suspek dikatakan sedang menahan najis untuk dibuang.
Mungkin kerana faktor kerja atau tiada tandas yang berdekatan. Angin terus menolak keluar dan walaupun sakit, itulah kentut yang terpaksa dilepaskan.
Cara terbaik untuk kurangkan kentut
Sehubungan itu, untuk mengatasi permasalahan kecil ini anda tidak digalakkan makan dengan gopoh atau terlalu laju. Kunyah makanan perlahan-lahan sebelum ditelan.
Dalam masa sama, makan dalam saiz hidangan yang kecil dan kurangkan bercakap ketika makan selain kawal minuman bergas.
Kalau boleh, teguk air minuman perlahan-lahan dan jagalah pemakanan dan kurangkan makanan yang tinggi sulfur seperti telur, daging dan produk tenusu untuk mengelakkan kentut berbau.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menurut kajian terdapat di suatu tempat di tubuh manusia, jika diletakkan degan ais pada titik tersebut selama beberapa saat, ianya berupaya memberikan impak positif terhadap kesihatan tubuh badan kita.
Insha-Allah, teknik ini akan dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera dan akan menyebabkan tubuh badan kita akan terasa ringan dan bertenaga. Melakukan terapi ini secara berterusan dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat yang dimaksudkan adalah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur masyarakat Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud ‘rumah angin”. Menurut rawatan perubatan tradisional masyarakat Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi ianya dapat mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi tubuh badan kita. Selain itu juga, ianya dapat memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh badan kita.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita meletakkan ais pada Titik Feng Fu tersebut. Cubalah lakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau apabila kepala terasa pening. Ianya akan menjadikan badan kita akan menjadi lebih ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. Menurut kajian, beberapa pengidap maslah migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif dan berkesan untuk mengatasi masalah migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi ini juga dapat memebantu meningkatkan mood dan membangkitkan perasaan segar, ini adalah kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah anda.
Cara untuk melakukan teknik ini mudah sekali, hanya letakkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk seketika selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Meletakkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi masalah sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualiti tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi masalah asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semasa proses turunkan berat badan sangat digalakkan kita untuk mengambil 2 kali snek. Snek yang paling berkesan untuk turunkan berat badan adalah snek dengan buah-buahan. Jadi dalam post kali ini, saya akan senaraikan buah-buahan yang boleh diambil untuk bantu cepatkan proses turun berat badan
PISANG
Pisang buah yang paling senang kita jumpa di pasaran Malaysia. Ingat lagi topik Sarapan Ini Bantu turunkan Berat Badan. Saya nyatakan pisang bantu untuk aktifkan signal dalam badan untuk menukarkan lemak kepada tenaga. Selain itu pisang sangat membantu untuk menurunkan tekanan darah dan mengelakkan sakit jantung kerana kandungan potassium yang tinggi dan garam yang rendah.
Selain berfungsi untuk memberi tenaga segera, pisang juga sangat membantu untuk mengelakkan kekejangan otot selepas bersenam. Pisang juga sangat membantu dalam sistem penghadaman kerana tinggi nilai serat.
KURMA
Walaupun kurma kecil tetapi kurma sangat tinggi dalam kandungan nutrisi. Sebab itu Rasulullah SAW juga mengamalkan kurma dan ia adalah salah satu dari makanan sunnah. Kandungan serat yang tinggi sangat membantu dalam melancarkan sistem penghadaman. Kurma membantu usus untuk berfungsi dengan lebih efisien.
Kandungan magnesium dan potassium yang tinggi juga sangat membantu untuk kesihatan jantung. Kanak-kanak juga sangat digalakkakn untuk amalkan kurma kerana kurma meningkatkan fokus dan baik untuk kesihatan otak.
Tambahan pula kita semakin menghampiri bulan puasa. Saya akan kongsi tips kurus dibulan puasa dalam post yang akan datang.
LEMON
Salah satu perkara yang penting semasa proses turun berat badan adalah proses detoksifikasi atau dalam bahasa mudah proses untuk buang toksin dalam badan. Selain pengambilan air kosong yang cukup untuk badan, kita juga boleh amalkan minum air lemon dalam untuk proses detoksifikasi secara natural.
Amalan air lemon sangat digalakkan untuk kehidupan seharian. Pengambilan air lemon membantu dalam membuang toksin secara natural dalam bentuk air kencing. Lemon juga membantu menahan lapar. Ia sangat bagus untuk mereka yang serius untuk turun berat dalam mengawal pengambilan kalori berlebihan semasa berdiet.
STRAWBERI
Kandungan vitamin C yang sangat tinggi dalam buah strawberi sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C baik untuk kulit dan membantu mengekalkan imunisasi badan kita. Dalam konteks turun berat badan, buah ini sangat baik untuk mengawal kolestrol dalam badan kita. Kolestrol yang jahat akan membuat salur darah jadi sempit dan hasilkan boleh menyebabkan sakit- sakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung.
Selain itu kandungan fiber atau serat dalam strawberi boleh membantu melancarkan sistem penghadaman. Sistem penghadaman yang sihat sangat membantu semasa proses turunkan berat badan. Kandungan gula dan garam, kalori yang rendah sangat membantu untuk proses pengurusan berat badan.
TEMBIKAI
Buah tembikai antara buah yang mempunyai kandungan air yang sangat banyak. Kandugan air yang banyak dan fiber yang tinggi sangat membantu dalam proses penghadaman dan juga dipercayai boleh mengurangkan sembelit. Kandungan air yang tinggi sangat berkesan untuk mengekalkan hidrasi dalam badan kita.
Semasa proses turun beratkan kita akan cepat rasa lapar. Jadi pengambilan buah- buahan selain mengawal pengambilan kuantiti air yang secukupnya sangat membantu proses turun berat. Ingat jangan biarkan perut berlapar semasa proses turun berat. Selain makan begitu sahaja, anda juga boleh buat jus atau “ice blended” untuk mengalakkan kita makan buah bukan snek yang tidak sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.