Baju Raya Istimewa Untuk Barisan Hadapan Dari Rizman Ruzaini

Share

Malaysia tanah tumpahnya darahku. Mungkin itulah semangat istimewa yang tersemat di setiap sanubari anak bangsa Malaysia pada ketika ini. Tatkala negara berdepan krisis yang cukup mencabar semakin ramaipihak tampil untuk membantu mereke yang memerlukan dan juga barisan hadapan kita berdepan ancaman COVID-19.

Beberapa hari lalu kita telah menyaksikan pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwil mengambil inisiatif menjahit pakaian perlindungan untuk pasukan perubatan. Beliau juga menyeru lebih ramai tukang jahit untuk sama-sama menaburkan bakti dengan melakukan perkara sama.

Dan terbaru, pereka fesyen duo popular Rizman Ruzaini turut megambil langkah yang lebih kurang sama bagi menghargai barisan hadapan negara.

Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil yang merupakan pengasas jenama Rizman Ruzaini pada mulanya memuat naik pengumuman di Instagram rasmi mereka untuk menghadiahkan 3 set baju rata buat pemenang paling kreatif.

Jelas mereka, pemenang dipilih daripada kalangan barisan hadapan yang memuat naik foto mereka ketika bertugas untuk negara. Bagi Rizaman Ruzaini ini adalah usaha kecil yang boleh dilakukan mereka yntuk menceriakan hati barisan hadapan negara.

Namun semalam, Rizman Ruzaini telah melakukan kejutan apabila mengumumkan kesemua wira-wira barisan hadapan yang memuat naik foto dan menyertainya merupakan pemenang.

β€œTerima kasih kepasa setiap wira yang mengambil bahagian dengan tagging foto anda semua. Pada awalnya kami ingin memberikan kepada 3 pemenang sahaja. Tapi kami ingin maklumkan anda semua adalah pemenang!

β€œKami akan hadiahkan setiap orang dengan sepasang baju raya! Tidak banyak yang Rizaman Ruzaini boleh lakukan untuk membantu tatapi diharapkan token kecil ini boleh menceriakan anda barisan hadapan negara!”

Β 

Rata-rata follower Rizman Ruzaini tersentuh dengan sumbangan dan penghargaan yang diberikan mereka kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak wabak COVID-19 menimpa negara.

Semoga lebih banyak pereka fesyen dan dalam apa jua industri tampil ke hadapan bagi membantu mereka.

Sumber: Instagram Rizman Ruzaini

IKLAN