Keibubapaan

Barah Pornografi: Lebih Sukar Didik Ibu Bapa Berbanding Anak – Akhi Fairuz

Share

Mendidik ibu bapa mengenai barah pornografi lebih sukar berbanding mendidik anak-anak, demikian pendapat yang dikongsikan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Pendapat itu dikongsikan menerusi sebuah hantaran di laman Facebooknya minggu lalu.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Menurut hantaran itu, seorang ibu kepada murid perempuan darjah enam di sebuah sekolah telah dipanggil gara-gara anaknya membawa telefon bimbit ke sekolah.

Lebih parah, guru mendapati telefon bimbit berkenaan mengandungi banyak video lucah saat dirampas.

“…Tengok Seorang-Seorang Dekat Rumah Dah Lah!”

Bagaimanapun, reaksi ibu berkenaan terhadap anaknya sangat menghampakan guru yang turut berada di situ

“Kenapa bawa handphone pergi sekolah? Kan dan kantoi! Tengok seorang-seorang dekat rumah dahlah!” kata ibu berkenaan melalui penceritaan Akhi Fairuz di hantaran tersebut.

Reaksi tersebut bukan sahaja menunjukkan ibu berkenaan seolah-olah tidak risau mengenai anaknya menonton video lucah seawal usia 12 tahun, malah seperti menormalisasikan perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang sepatutnya dilakukan ketika bersendirian.

Hantaran Akhi Fairuz itu sudah menerima sebanyak 1,300 perkongsian semula dan 740 komen di laman Facebook.

IKLAN