Mendidik ibu bapa mengenai barah pornografi lebih sukar berbanding mendidik anak-anak, demikian pendapat yang dikongsikan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Menurut hantaran itu, seorang ibu kepada murid perempuan darjah enam di sebuah sekolah telah dipanggil gara-gara anaknya membawa telefon bimbit ke sekolah.
Ads
Lebih parah, guru mendapati telefon bimbit berkenaan mengandungi banyak video lucah saat dirampas.
“…Tengok Seorang-Seorang Dekat Rumah Dah Lah!”
Bagaimanapun, reaksi ibu berkenaan terhadap anaknya sangat menghampakan guru yang turut berada di situ
Ads
“Kenapa bawa handphone pergi sekolah? Kan dan kantoi! Tengok seorang-seorang dekat rumah dahlah!” kata ibu berkenaan melalui penceritaan Akhi Fairuz di hantaran tersebut.
Reaksi tersebut bukan sahaja menunjukkan ibu berkenaan seolah-olah tidak risau mengenai anaknya menonton video lucah seawal usia 12 tahun, malah seperti menormalisasikan perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang sepatutnya dilakukan ketika bersendirian.
Dalam masyarakat kita, isu kemandulan sering dikaitkan dengan wanita.
Namun pelakon popular, Hun Haqeem tampil memecah norma apabila menyeru kaum lelaki supaya tidak takut untuk menjalani ujian kesuburan sebagai satu usaha adil dalam usaha mendapatkan zuriat.
Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 27, ujian kesuburan seharusnya menjadi tanggungjawab bersama, bukan beban yang ditanggung sebelah pihak sahaja.
Tambahnya, tidak wajar jika lelaki hanya ‘suruh’ wanita jalani pemeriksaan, sedangkan mereka sendiri enggan berbuat perkara sama.
“Kalau tanya saya, sudah pasti saya akan buat ujian kesuburan. Saya rasa lelaki lain pun patut ambil pendekatan ini. Bukannya tunggu pasangan je yang check. Baru adil untuk kedua-dua pihak dan kita tahu di mana punca sebenar kalau ada masalah,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Thariq Ridzuwan: His Treasure dan Mandul Bukan Pilihan, baru-baru ini.
Hun turut menegaskan bahawa komunikasi yang baik antara pasangan sangat penting dalam menangani isu sebegini.
“Benda macam ni sensitif, tapi penting. Kalau ada masalah, jangan salahkan satu sama lain. Duduk bincang elok-elok, cari jalan penyelesaian sama-sama. Komunikasi tu asas rumah tangga yang sihat.”
Pelakon Dua Wajah itu kini muncul dalam drama terbaru Mandul Bukan Pilihan yang menggandingkannya bersama pelakon hebat seperti Mira Filzah, Ayda Jebat dan Ashraf Muslim.
Drama ini secara tidak langsung mengangkat topik yang sering diselindungkan dalam masyarakat masalah kesuburan lelaki.
Dalam masyarakat yang masih menganggap kesuburan sebagai isu ‘wanita semata-mata’, kenyataan Hun ini dianggap satu langkah berani.
Ia bukan sahaja membuka ruang untuk kesedaran, tapi juga menyeru lelaki agar buang ego dan mula bertindak lebih bertanggungjawab.
“Kesuburan bukan isu gender. Bila kita nak bina keluarga, dua-dua kena main peranan. Jangan malu untuk tahu tentang kesihatan diri sendiri,” ujarnya.
Apa yang diketengahkan oleh Hun Haqeem ini sepatutnya menjadi pemula kepada perbualan yang lebih terbuka dalam kalangan masyarakat terutamanya di antara pasangan muda yang sedang merancang untuk berkahwin atau menimang cahaya mata.
Langkah pertama selalunya sukar, terutama bila berkait dengan ego dan stigma.
Tapi jika lelaki berani untuk ambil tahu dan bertindak lebih awal, ia bukan sahaja mampu menyelamatkan rumah tangga, malah dapat mengurangkan tekanan emosi yang sering ditanggung secara senyap oleh isteri.
Bila dua-dua pihak main peranan, barulah impian untuk membina keluarga itu menjadi realiti bukan sekadar angan-angan.
Sumber : OhBulan!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa excited untuk tonton The Avengers April ini?
Sebelum anda menonton filem gabungan superhero itu nanti, anda perlu menonton movie-movie berikut bagi memahami penceritaan The Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Ingin diingatkan bahawa semua filem yang disusun tidak berdasarkan tarikh tayangan, ia lebih kepada susunan jalan penceritaan.
1) Captain America: The First Avengers
Filem ini belatarbelakangkan tahun 1941 yang menceritakan bagaimana Captain America mendapat nama dan kuasanya. Jadi tidaklah anda tertanya-tanya tentang sejarah Captain America nanti.
2) Iron Man
Filem ini tidak begitu banyak unsur Captain America, namun sewajarnya anda menonton filem ini selepas Captain America demi mengelak sebarang persoalan. Filem ini ditayangkan pada 2008.
3) Iron Man 2
Jangan pula anda menonton filem ini dahulu, mahu pecah kepala anda.
4) The incredible hulk
“HULK! SMASH! Filem ini ditayangkan pada tahun 2008. Filem ini dibintangi oleh Edward Norton, namun watak Hulk telah digantikan kepada Mark Rufalo dalam siri The Avengers.
5) Thor
Siapa yang tak kenal dengan jejaka yang membawa penukulnya kemana-mana sahaja kan? Kisah pergelutan tahta adik-beradik ini ditayangkan pada tahun 2011 seangkatan dengan Captain America: The First Avengers.
6) The Avengers
Pasti ramai yang terlepas scene ini ketika di pawagam bukan? The Avengers menggabungkan hampir kesemua superhero Marvel untuk melawan musuh. Biasanya, kepada yang bukan fanatik Siri Marvel pasti akan menonton filem ini dahulu. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan filem ini, sila rujuk pada filem yang telah disenaraikan terdahulu.
7) Iron Man 3
Iron Man 3 ditayangkan pada tahun 2013 selepas The Avengers. Namun filem ini berunsurkan kesinambungan Iron Man 1&2. Jika anda masih belum tonton dua filem awal, maka “haram” bagi anda untuk menonton Iron Man 3.
8) Thor (The Dark World)
Walaupun filem ini mendapat review negatif, namun peminat setia Siri Marvel masih mengikuti perkembangan Thor. Kepada peminat setia Natalie Portman yang memengang watak Jane Foster, ini kali terakhir anda menonton beliau kerana wataknya telah dimatikan.
9) Captain America : Winter Soldier
Winter Soldier merupakan kesinambungan Captain America. Penting untuk anda menonton filem ini, kerana ia menceritakan tentang kemusnahan S.H.I.E.L.D dan diserahkan 100% kepada Stark Industries.
10) Guardian Of The Galaxy
Filem wajib tengok! Anda akan terpinga-pinga jika anda terlepas Guardian Of The Galaxy. Ini kerana, watak jahat di dalam The Avengers: Infinity War lahir dari filem ini.
11) Guardian Of The Galaxy Vol. 2
Dah tengok Guardian of the Galaxy, tak kan tak tengok Vol. 2 kan? Ini kesinambungan filem pertama.
12) The Avengers Age Of Ultron
Filem ini menceritakan sikit kesinambungan Captain America: Winter Soldier, dan Iron Man.
13) Ant Man
Superhero baru Marvel diperkenalkan ke Industri perfileman. Tiada paksaan untuk menonton filem ini, tapi jangan tanya rakan sebelah pula jika anda tak faham ketika menonton The Avengers: Infinity War nanti.
14) Captain America: Civil War
Filem ini PALING PENTING! Filem ini menggabungkan Captain America dan Iron Man. Filem ini juga pengenalan bagi Spider Man yang ketika ini masih belum ditayangkan.
15) Black Panther
Filem ini baru saja ditayangkan di pawagam. Wataknya diperkenalkan ketika di dalam Captain America: Civil War. Dijangkakan ia akan turut muncul di dalam The Avengers: Infinity War.
16) Spider Man: Homecoming
Filem ini berbentuk santai. Seperti yang kita tahu, watak Spider Man yang nakal, filem ini diubahsuai kepada keadaan semasa, dimana Peter Parker bercita-cita untuk menyertai pasukan The Avengers dengan bantuan Tony Stark.
17) Doctor stranger
Namanya disebut-sebut dalam filem Captain America: Winter Soldier. Wataknya juga penting di dalam The Avengers: Infinity War. Jangan terlepas filem ini pula ye.
18) Thor Ragnarok
Filem ini ditanyangkan sebelum Black Panther. Bagi yang belum menonton filem ini, diharapkan anda dapat mengikut urutan yang telah disenaraikan. Sekali lagi adik-beradik Planet Asgard ini, bergelut demi merebut tahta. Jika anda peminat Bruce Banner aka Hulk, ini merupakan platform untuk anda mengenali raksaksa hijau ini dengan lebih dekat.
Berikut merupakan sususan filem-filem terbitan Marvel. Tak sabarkan nak tunggu semua superhero ini berlawan dengan kuasa masing-masing April ini kan? Masih sempat lagi kalau anda nak tonton kesemuanya.
Selamat menonton.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkongsian lelaki ini yang berjaya menurunkan 37kg dalam masa 6 bulan mungkin boleh dijadikan rujukan dan inspirasi buat korang di luar sana. Terdapat beberapa tips penting yang kita selalu terlepas pandang dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Assalamualaikum!
Di atas permintaan ramai (macam ramai sgt ?) untuk pertama kalinya saya share kan tips & cara saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 37 kg selama 6 bulan kepada public setelah hampir 2 tahun memikirkan susunan ayat2 power ?
Pertama sekali kita kena faham apa itu DIET. Ramai yg silap termasuk sy, igt DIET tu bermaksud tak makan. Itu tanggapan yg sgt2 salah. DIET sebenarnye bermaksud PEMAKANAN YANG SIHAT. Selebihnya boleh rujuk dgn pakar pemakanan ye ?
Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT ? ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit ooo so bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu…itu la jadi motivasi kepada saya untuk kurus.
Nasi tak menggemukkan cuma…
So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT ?.
15 PUASA. Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yg terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramdhan mulalah berazam nak diet utk kurus. Puasa juga bagus utk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau bole buat semua puasa2 sunat yg ada lg bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!
Diharap dgn sedikit ilmu dan pengalaman yg saya kongsikan ini dapat membantu anda semua untuk mencapai berat badan yg ideal untuk jangka masa yg panjang dan kekal sihat in shaa Allah.
Akhir kata, terima kasih kepada coach online saya iaitu Mr. Kevin Zahri & terima kasih juga kpd anda semua kerana sudi membaca coretan saya.
Kredit : Ahmad Zulzaidi Zulkarnain
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.