Gaya Hidup

Lelaki Ini Kongsi Kisah Menyentuh Hati Dibantu Lelaki Berbangsa Cina Selepas Terlibat Kemalangan

Share

Kalau anda perasan sejak kebelakangan ini masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa diuji dengan pelbagai ujian terutamanya di laman media sosial.

Isu-isu melibatkan sensitiviti kaum sebenarnya tidak harus dijadikan sebagai perkara yang boleh memecahkan perpaduan kita rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup aman dan damai.

Perpaduan rakyat Malaysia sebenarnya menjadi contoh yang sangat besar kepada komuniti antarabangsa

BACA: Umur 23 Tahun Sudah Miliki Rumah Sendiri, Lelaki Ini Kongsi Caranya

Tak salah untuk mempunyai pendapat, pandangan atau ideologi politik berbeza namun janganlah kita menyeret sentimen bangsa sehingga ia menyemarakkan api perkauman yang tidak memberi apa-apa faedah kepada negara.

Namun di sebalik pelbagai keriuahan ini di laman media sosial, MASKULIN tertarik dengan perkongsian bebenang Twitter oleh seorang lelaki dikenali dengan username Ali Babad Express dengan tweethandle, @ChinBabad.

Menerusi perkongsiannya yang dilakukan pada 20 Ogos, beliau menceritakan pengalamannya berdepan kesukaran selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal yang ditungganginya.

Jom ikuti kisah yang cukup memberikan inspirasi kepada kami dan anda semua.

Terlibat kemalangan

Tak sempat brek

Di bawa ke hospital

Seorang lelaki Cina tampil membantu

Tolong tolak kerusi roda & beli makanan

Bagi MASKULIN perkongsian seperti inilah yang sepatutnya tular di kesemua medium laman media sosial kerana ia memberikan mesej yang sangat positf.

Sayangi Malaysiaku!

Kredit: @ChinBabad

IKLAN