Beberapa Jenis Kesilapan Utama Ketika Melakukan Jump Rope & Bagaimana Untuk Perbaikinya

Share

Nampaknya pada bulan ini agak kerap juga MASKULIN menulis tentang jump rope. Melihatkan respons yang cukup baik daripada anda memang terbukti inilah antara aktiviti kecergasan yang cukup popular pada masa kini.

Begitu juga ramai yang mula menunjukkan minat untuk melakukan senaman ini. Tapi MASKULIN faham mungkin ada yang seakan takut-takut untuk mencubanya. Jump rope pun sebenarnya bukanlah satu perkara baru dalam hidup kita. Cuba ingat semula ketika di bangku sekolah rendah. Pasti di dalam bilik peralatan sukan terdapat jump rope.

Kini ia telah berevolusi menjadi bentuk senaman yang bukan hanya sekadar ‘lompat tali’ semata. Malah skilnya telah berkembang dengan pesat dengan kadar kesukaran berbeza-beza. Apa yang pasti senaman menggunakan tali seperti jump rope ini telah terbukti mampu membakar lemak dengan efisien, membantu meningkatkan stamina seta daya tumpuan.

Tapi ada beberapa jenis kesilapan dalam melakukan senaman jump rope yang biasa orang lakukan. Kali iniMASKULIN ingin kongsi jenis-jenis kesilapan tersebut dan bagaimana untuk mengatasinya.

TALI TERLALU RINGAN

Antara kesilapan yang rsmai beginner lakukan ialah memilih tali atau jump rope yang sangat ringan. Kebiasaannya jump rope yang ringan ini diperbuat daripada material PVC yang terdapat di pasaran biasa dan dijual pada harga sangat murah.

Menggunakan tali yang ringan menyebabkan ia sukar dikawal dan digunakan untuk belajar melakukan lompatan dengan betul. Ia juga tidak memberikan sensasi yang baik lalu menyebabkan anda tidak pasti kedudukan tali ketika melompat.

Jadi pilihlah jump rope yang mempunyai berat sesuai untuk anda. Jump rope yang lebih berat boleh memberikan sensasi serta feedback untuk lebih mudah anda pelajarinya.

Summer photo created by freepic.diller – www.freepik.com

PERGERAKAN TANGAN KETERLALUAN

Pergerakan tangan dalam melakukan aktiviti jump rope adalah sangat penting. Dan salah satu kesilapan biasa yang ramai orang lakukan termasuklah yang berpengalaman ialah pergerakan tangan yang keterlaluan.

Di kalangan beginner anda boleh saksikan bagaimana mereka lebih banyak menggunakan siku dan bahu. Ini bukan sahaja tidak efisien malah boleh menyebabkan lebih cepat rasa penat.

Untuk elak perkara ini berlaku anda boleh cuba melakukan lompagan di hadapan cemrin. Lihat bagaimana pergerakan tangan anda. Lompatan yang baik ialah menggunakan lebih banyak pergelangan tangan dan kurangkan pergerakan tangan dan bahu.

Paling penting elak daripada menggerakan siku sehingga berpusing-pusing. Ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius!

Sports photo created by Racool_studio – www.freepik.com

MELOMPAT LEBIH TINGGI

Kadang-kadang mungkin anda berasa teruja melakukan aktiviti jump rope. Sebab itulah anda mungkin meompat lebih tinggi. Atau mungkin juga risau melakukan kesilapan dan risau tali tersangkut di kaki, lalu anda pun melompatlah lebih tinggi.

Untuk lompatan asas cuba lakukan lompatan pada ketinggian 1 atau 2 inci dari permukaan tanah. Lutut anda juga tidak perlu dibengkokkan terlalu banyak. Cuba rapatkan dan luruskan kaki sebaik mungkin. Jika mula selesa dapatkan ritma anda tersendiri dan terus lakukannya.

Semoga beberapa tip ini mampu menjadikan aktiviti jump rope anda lebih baik! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video senaman seperti di bawah.

IKLAN