Bengkak Bawah Mata & Kerap Cramp Di Kaki Punca Ada Terlebih ‘Sodium’ Dalam Badan

Share

Sungguhpun garam adalah penambah rasa dalam masakan, namun tahukah anda garam juga sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.

Garam berlebihan terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi. Hipertensi atau tekanan darah tinggi antara penyakit senyap yang boleh membunuh kerana ia mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain tanpa tanda amaran.

Kajian Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan penduduk Malaysia mengambil 8.7 gram garam sehari. Ia adalah 1.7 kali lebih tinggi daripada lima gram garam sehari yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tekanan darah tinggi adalah faktor terbesar menyumbang kepada kematian pramatang iaitu mati pada usia yang lebih muda. Kebarangkalian mereka yang meninggal dunia berusia antara 30 hingga 70 tahun daripada empat penyakit tidak berjangkit utama (NCD) iaitu diabetes, kardiovaskular, penyakit pernafasan kronik dan kanser adalah kira-kira 20 peratus.

Sodium biasanya terdapat dalam garam, tetapi ia juga boleh didapati dalam penambah rasa, makanan proses serta makanan dalam tin.

Ini adalah beberapa keburukan garam buat kesihatan anda…

#1: Kerap Haus

Jika anda kerap haus, dahagakan air masak, ini bermakna tubuh badan anda sudah terlebih garam. Kandungan garam mempunyai 40% sodium dan 60% klorida yang menarik air dalam badan anda.

Jika anda mengambil makanan yang mempunyai garam yang tinggi seperti pizza,burger pastikan anda minum air secukupnya. Seeloknya minum air masak sebelum anda memulakan aktiviti harian.

#2: Selalu ke tandas

Tentulah jika dah selalu minum air, pasti anda akan ke tandas setiap masa. Tentu anda akan rimas jika anda terpaksa ke tandas ketika anda sedang dibuai mimpi kan?

Kerap ke tandas boleh menyebabkan kalsuim dalam badan anda berkurang. Jika kalsium dalam darah anda berkurang, badan anda akan meminta dari tulang anda.

Bila dikaitkan dengan garam, pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan peluang anda untuk dapat osteoporosis sangat tinggi.

#3: Kaki cramp

Jika anda kerap sakit kaki, cramps sana sini, tapi anda jarang bersukan mungkin anda boleh salahkan pengambilan garam anda.

Kenapa ini berlaku? Seperti yang kita tahu, garam mempunyai sodium dan klorida. Sodium dan kalsium menguatkan otot anda, walhal potassium membantu untuk menaturalkan badan anda.

Jadi dengan pengambilan berlebihan, ia akan menjadikan badan anda mudah sakit-sakit.

#4: Sakit kepala

Anda mungkin tidak perasan yang garam punca anda sakit kepala. Garam yang berlebihan boleh mengurangkan hidrat dalam tubuh badan anda.

Kurangkan pengambilan garam, dan mulalah makan makanan yang seimbang.

#5: Badan bengkak di tempat tak sepatutnya

Salah satu bengkak yang paling umum jika anda terlebih garam adalah pada bawah mata.

Ini terjadi kerana badan anda tidak boleh menampung jumlah garam berlebihan dalam badan anda, jadi ia akan membengkak di mana-mana sahaja. Kalau tak di bahagian mata, mungkin dibahagian kaki.

#6: Anda kurang fokus

Ini merupakan perkara paling rare sekali untuk seseorang mengesan puncanya daripada garam. Tahukah anda jika anda tidak fokus dalam melakukan setiap tugasan, ini bermakna kandungan garam dalam badan anda sebenarnya tinggi?

Pada tahun 2011, kajian dijalankan ke atas pelajar di Kanada menunjukkan 1200 orang dewasa yang terlebih garam dalam badan berkait dengan produktiviti badan.

Kurang hidrat dan sodium berlebihan boleh membuatkan anda murung dan mengelirukan anda dalam membuat keputusan. Anda akan menjadi lesu.

IKLAN