Berbuka & Solat Atas Jalan Tar, Pengorbanan Ahli Bomba Bertugas Buat Ramai Terharu

Share

Tahun lalu pelbagai dugaan yang telah melanda Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Dengan rentetan tragedi 6 orang ahli bomba mati lemas sehinggalah kepada kes arwah Adib, dugaan cukup besar keluarga bomba di Malaysia cukup dirasai.

Maka tidak hairpanlah jika MASKULIN katakan bahawa pasukan bomba di negara kita merupakan badan beruniform paling dekat di hati rakyat Malaysia.

Begitu juga di bulan puasa bulan mulia ini. Ketika kita sedang bersenang berbuka puasa bersama keluarga dengan selesa, mereka tetap harus berkorban dan bertugas demi keselamatan dan kesejahteraan orang awam. Wira-wira negara ini tidak pernah sedikit pun teragak-agak untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.

Itulah realiti yang dihadapi oleh pasukan bomba dan penyelamat negara. Dua hari lalu sebuah posting menarik telah dimuat naik oleh page Facebook, Friends of Bomba Malaysia.

Biar foto ini berbicara. Terima kasih pasukan penyelamat dan bomba sekalian!

BACA: Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Perkongsian tersebut menampilkan beberapa keping foto ahli bomba yang bertugas memadamkan kebakaran ketika waktu senja. Mereka berhenti seketika untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib di atas jalan dengan beralaskan baju kalis api sebagai sejadah.

Berbuka puasa dengan ala-kadar,

Foto tersebut asalnya dimuat naik oleh Tengku Mhd Ihsan sebelum dikongsi semula di Facebook Friends of Bomba Malaysia.

Mereka sentiasa bersedia tak kira masa, tak kira tempat.

Walaupun berbuka puasa dalam keadaan serba kekurangan dan berada di lokasi tempat kebakaran namun mereka sentiasa tersenyum dan ceria menikmati juadah berbuka puasa.

Ternyata perkongsian ini telah membuat ramai pengguna Facebook berasa sangat terharu dengan pengorbanan ahli-ahli bomba ini. Malah ada juga yang melahirkan kata-kata penghargaan di ruangan komen posting tersebut.

Menariknya ada juga beberapa ahli bomba yang lain turut berkongsi pengalaman unik mereka bertugas ketika di bulan Ramadan.

Terima kasih brader bomba sekalian. Pengorbanan anda mmembuatkan ramai warga berasa lebih selamat dan tenteram. Hanya Allah dapat membalas jasa anda semua.

Kredit: Friends of Bomba Malaysia & Tengku Mohd Ihsan

IKLAN