Gaya Hidup

Bersihkan Harta Dengan Bayar Zakat Fitrah, Hari Terakhir Ramadan Pun Masih Boleh

Share

Umum sedia tahu bahawa membayar zakat termasuk dalam rukun Islam yang kelima dan zakat itu merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur.

Pengertian tersebut termasuklah dengan perkara-perkara bersih, berkat, berkembang serta baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Mengikut syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Berikut adalah tujuan kenapa syarak wajar ditunaikan :

  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Sumber : Zakat Selangor 

IKLAN