Big Sean Memberi Nafas Baru Kepada Koleksi PUMA. Anda Harus Memilikinya Hari Ini

Share

Dari seorang pemuzik, Sean Anderson a.k.a Big Sean melangkah setapak kehadapan dengan memberi sentuhan untuk koleksi kasut sulungnya bersama PUMA disamping menjadi duta kreatif jenama kasut lelaki terkemuka itu. Rekaan itu mencerminkan gaya klasik yang memenuhi gaya Luxe. Jika anda lihat pada kasut yang bertapakkan warna hijau ini, anda pasti tidak sabar untuk memilikinya.

Dalam pada masa yang sama, Sean membawa nafas baru kepada Jaket Track T7 Klasik dengan memberikan campuran kampung halamannya. Kolaborasi PUMA x Big Sean T7 merupakan set pakaian yang diberi sentuhan fabrik satin lebut yang dijahit kemas. Ia menonjolkan kolar, pinggang yang menggabungkan warna hijau, biru dan putih. Pastinya anda akan tertarik dengan rekaan terbaru ini.

 

Pihak PUMA tidak menyangkakan bahawa kempen PUMA X Big Sean ini mendapat sambutan hangat kerana mempamerkan koleksi dan hasil yang unik yang diinspirasikan daripada clasical look.

Anda boleh dapatkanThe PUMA x Big Sean Suede 50 Pack drops di pasaran seluruh dunia bermula bulan Mac ini. Kepada anda yang berminat dengan kasut rekaan khas ini boleh ikuti @PUMASportstyle dan @bigsean untuk maklumat lanjut.

 

IKLAN