
Kalau isteri komplen proses memasak jadi lambat gara-gara api dapur gas tak kuat dan berkarat, suami tak perlu pening kepala nak belikan dapur gas yang baharu.
Apa kata tunjukkan keprihatinan anda sebagai suami servis dapur gas sendiri. Nak buatnya mudah, hanya menggunakan empat bahan sahaja.
Caranya dikongsikan oleh Abdul Ghopar Zakaria Ansari menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Jom ikuti perkongsiannya.
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
Alat-alat yang perlu disediakan
1. Playar
2. Paku saiz seinci setengah
3. WD-40 (Spray anti karat)
4. Pisau
Cara-cara servis
1. Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas).
2. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti).
3. Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang).
4. Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu).
5. Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal).
Sharelah jika bermanfaat pada uolss??
Tip Buat Klaim Cermin Kereta Pecah Akibat Terkena Batu Kontraktor Pemotong Rumput

Sebagai pengguna jalan raya pastinya anda akan pernah lihat pekerja kontraktor yang ditugaskan untuk mesin rumput terutamanya di jalan persekutuan.
Tapi pernahkah anda tertanya apakah yang perlu dilakukan jika cermin kereta pecah terkena serpihan objek atau batu? Apa yang perlu anda buat dan adakah anda boleh meminta ganti rugi?
Pertama sekali anda harus bertenang dan jangan panik. Perlahankan kenderaan dan berhenti ke tepi.
AMBIL GAMBAR
Selepas turun dari kenderaan perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah ambil gambar kerosakan cemrin kenderaan anda. Ambil beberapa keping foto dari tiga atau empat sutu berbeza.
DAPATKAN NAMA
Anda juga jangalah turun marah-marah atau maki hamun pekerja kontraktor yang memotong rumput. Sebaliknya rapatilah mereka dengan baik. Minta maklumat seperti nama syarikat kontraktor atau majikan mereka. Ambil foto mereka sekali.
ANDA BOLEH KLAIM
Tahukah anda bahawa setiap syarikat yang mendapat kontrak untuk melakukan penyelenggaraan seperti memotong rumpur mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.
BUAT LAPORAN POLIS
Selepas mendapatkan maklumat tentang pihak kontraktor bertanggungjawab, anda boleh buat laporan polis dalam tmpoh 24 jam. Selepas selesai membuat laporan, bawa laporan polis itu ke bengkel panel insurans syarikat kontraktor untuk mendapatkan cemrin baru.
Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.
Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.
7 Sebab Mengapa Tidur Awal Bagus Untuk Kesuburan Lelaki

Tidur awal memang banyak kelebihannya buat kesihatan terutamanya kesuburan lelaki. Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat.
Menurut sahabat-sahabat Rasulullah SAW, Baginda selalu tidur awal selepas daripada solat Isyak dan bangun awal sebelum Subuh. Abu Barzah (RA) berkata, “Rasulullah SAW tidak menyukai tidur sebelum solat Isyak, dan berborak selepas solat Isyak,” (Hadis Riwayat Muslim).
Melalui kajian saintifik
Sains moden telah mendedahkan bahawa organ badan kita menyahtoksin ketika waktu malam. Untuk proses menyahtoksin yang ideal, seseorang itu perlu menghabiskan kerja hariannya selepas pukul 9 malam dan masuk tidur sekurang-kurangnya pukul 11 malam hingga 5 pagi.
Ini kelebihan lain jika tidur awal
1. Berat badan turun
“Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya.
Menurut Rafael Pelayo, MD, Clinical Professor dari Sleep Medicine di Stanford University, tidur lewat malam mengakibatkan tenaga akan berkurangan dan anda cenderung untuk makan berlebihan pada siang harinya.
2. Tidur lebih mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?
3. Lebih produktif pada pagi hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi.
Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa apa aktiviti anda dengan lebih produktif. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.
4. Lebih bertenaga
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benarbenar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute.
Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang.
5. Boleh bersukan dengan lebih baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu.
Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan meningkat. Kalau begitu, anda tidak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan anda kan?
6. Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak.
“Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas anda meminumnya,” kata Gromer.
Dengan tidur lebih awal anda akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.
7. Jantung yang lebih sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal.
Sumber: lelakisihat.com
Solat Tarawih Tidak Boleh Dilakukan Secara Online, Ini Jawapanya Mengapa…

Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya bolehkan melakukan solat tarawih secara online memandangkan sekarang ni musim PKP dan bagi sesetengah negeri sudah mengamalkan ‘nikah secara online’.
Menurut Menteri di Jabatan Pedana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan tarawih yang dilakukan secara dalam talian tidak dibolehkan kerana syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.
“Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.
“Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah,” katanya kepada wartawan Sinar Harian.
Sejak pelaksanaan PKP, semua aktiviti dan program di masjid serta surau dihentikan buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata, satu Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan turut bersidang hari ini bagi mendapatkan pandangan para ulama berhubung beberapa perkara.
“Hari ini kita akan lihat pandangan ulama mengenai solat tarawih, nikah online, jarak sosial dalam solat dan sebagainya. Kita nak dengar pandangan negeri-negeri lain berhubung perkara ini.” Katanya.
Namun, lain bezanya dengan akad bagi zakat fitrah secara online jika dibandingkan dengan sistem nikah dan sebagainya.
“Akad zakat ini lebih kepada kita berniat untuk beri zakat dan bila mana kita membuat tindakan (bayaran zakat) itu, maka itulah zakat.
“Di Malaysia kita bergantung kepada prosedur di mana Ulul Amri telah menjelaskan bahawa zakat perlu dibayar kepada badan dilantik oleh kerajaan.
“Bila zakat secara fizikal, kebiasaannya amil akan membaca doa selepas akad dibuat. Oleh itu, dalam sistem online ini, kita akan turut sertakan doa di dalam resit buat para pembayar.” Katanya lagi.