BMW Group Financial Services Malaysia mengumumkan komitmennya ke atas usaha penghutanan semula di Borneo. Ia merupkan usahasama bersama Animal Projects and Environmental Education (APE Malaysia), sejajar dengan matlamat kelestarian BMW Group untuk mengurangkan emisi karbon secara global.

Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia berkongsi, “Kami sedar bahawa usaha untuk melindungi iklim merupakan tanggungjawab bersama. Dengan memainkan peranan kami dalam mendukung inisiatif penghutanan semula yang dirancang di Malaysia, kami berharap ia dapat menangani fenomena perubahan iklim.

“BMW Group Financial Services Malaysia akan menyalurkan sumbangan secara langsung kepada program Restore Our Amazing Rainforest (ROAR) oleh APE Malaysia, yang bertujuan untuk mewujudkan dan menghubungkan koridor-koridor hutan bertaraf penting yang telah terhakis akibat kegiatan pembasmian hutan. Sebagai sebuah syarikat, kami semakin menumpukan fokus terhadap inisiatif yang ketara untuk menyokong kelestarian alam sekitar, bermula dengan inisiatif kendiri untuk mengurangkan penggunaan kertas melalui proses digitalisasi.”

Inisiatif ini bakal menyaksikan sumbangan bernilai RM100 disalurkan bagi pihak pelanggan BMW dan MINI, untuk setiap kontrak yang dibiayai bagi model-model* berikut: BMW 330e M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e M Sport, serta MINI Cooper SE Countryman ALL4. Kesemua kontrak pembiayaan dari 1 Mei hingga 31 Julai 2021 layak menyertai inisiatif ini.

IKLAN

BMW Group Financial Services Malaysia Sertai Usaha Penghutanan Semula Di Borneo

Setiap RM100 yang terkumpul akan digunakan untuk menanam lima benih pokok di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan. Para pelanggan dengan kontrak yang terlibat dalam inisiatif ini akan menerima e-sijil yang mengandungi koordinat GPS bagi pokok mereka berserta dengan gambarnya daripada APE Malaysia.

Program ROAR juga berfungsi untuk memulihkan habitat bagi haiwan yang terancam dan ia meliputi orang utan dan Gajah Kerdil Borneo, di samping menangani isu jejak karbon.

IKLAN

BMW Group Financial Services Malaysia Sertai Usaha Penghutanan Semula Di Borneo

Pada awal tahun ini, BMW Group Financial Services Malaysia juga telah berjaya mengumpul lebih daripada RM20,500 melalui BMW Engage untuk fasa program subsidi BMW Safety 360° yang selanjutnya.

IKLAN

Fasa ketiga program ini bakal menyaksikan penambahan 300 subsidi kerusi kereta kanak-kanak disediakan buat para ibu bapa dalam komuniti B40. Lebih daripada 500 kerusi kereta kanak-kanak telah diserahkan melalui program subsidi ini sejak ia diperkenalkan pada lewat tahun 2019.

“Sokongan yang diberikan kepada program subsidi BMW Safety 360° adalah sinonim dengan BMW Group Financial Services Malaysia, dimana kami sentiasa berusaha untuk menjadikan keselamatan jalan raya sebuah keutamaan buat semua. Meskipun ramai yang tidak dapat balik ke kampung halaman pada tahun ini, kami masih ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia,” simpul Eismann.

Terokai BMW Engage di https://www.bmwfs.my/, dan dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti APE Malaysia dengan melayari https://apemalaysia.com/.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI