Gaya Hidup

Boleh Buat Sendiri, Lelaki Kongsi Cara Buat Air Nescafe Ala Starbucks Yang Sedap & Berlemak!

Share

Buat penggemar air Nescafe, memang tak sempurna kalau satu hari tak dapat hirup secawan air Nescafe ni. Memang nampak mudah nak buat tapi kalau tak kena dengan cara bancuhan, air Nescafe anda boleh jadi terlebih pahit atau terlebih susu.

Kalau nak buat air Nescafe yang paling sedap dan berlemak ala-ala kafe mahal, ikuti cara bancuhan yang dikongsikan bekas pekerja Starbucks bernama Wan LuQman menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Bila dah expert buat air ni, tak perlu dah anda nak beli kat luar lagi. Boleh jimat duit!

Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya

Salam 1 jemaah Nescafe. Kander tak pandai masak.

Tapi reti buat air Nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum Nescafe. Tahap ketagih dah. Boleh la sikit2, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera kander.

Kalau korang nak rasa macam Almond Latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!

Tapi Nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Ini resepi bancuhan untuk seorang minum.

Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya.

Mintak maaf ya, kite paling tak suka 3 in 1 tu. Kite menci 3 in 1.

Kepada penagih sekalian alam. Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah. Jangan gelas besar. 280-325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih, sebab tu perut kau buncit tak kempis2. Yang disalahkan, nasi. Kesian nasik.

Resipi untuk segelas air Nescafe

1. Sesudu kecik Nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.

2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil.

3. Susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil.

4. Campurkan dan kacau sekali.

5. Warna bila dicampur dan dikacau. Waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Hahah. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku x suka minum manis2. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.

6. Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul2 panas mendidih!

7. Dah siap. Memang sedap. Jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya. Warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya Macam tu lah Nescafe. Hahaha. Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.

IKLAN