Kita sering tertanya-tanya chek up COVID-19 ni apa proses yang diperlukan dan beranggapan ia boleh mengambil masa dalam beberapa minit sahaja.
Tetapi sebenarnya apa yang kita tidak tahu, ia mengambil proses masa yang agak lama untuk doktor sah kan seseorang itu positive COVID-19.
Hal ini telah di sahkan sendiri oleh salah seorang doktor yang bertugas merawat penyakit virus ini, Dr. Izyan Hanisah di Facebook miliknya.
Katanya dia sering di datangi pesakit yang meminta dirinya untuk merawat adakah mereka telah dijangkiti Covid-19 atau tidak.
Menurutnya dia sukar untuk tentukan sama ada seorang pesakit telah dijangkiti COVID-19 atau sebaliknya. Namun apa yang boleh dia kongsikan adalah seperti ini…
“Okay, meh baca betul2 ye semua.” Tulisnya di Facebook.
“Tolong pesan dekat ahli keluarga, kawan2, geng2 motor, geng2 bawang jangan pergi hospital/klinik kalau tiada urusan. Hanya pesakit sahaja pergi, tak perlu bawak seisi keluarga. Nanti lagi mudah dapat penyakit.” Katanya sebelum menghabiskan kata-kata
Kesimpulannya, Izyan juga berharap dalam masa tempoh arahan Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac orang ramai boleh menambah ilmu tentang kesihatan dan jangan hanya melayan game atau menonton tv sahaja.
Dia berpesan jangan sesiapa pergi ke hospital jika tiada urusan penting untuk mengelakan penularan virus yang tidak diingini. Malah, dia turut menasihati orang ramai untuk rujuk ke Kementerian Kesihatan Malaysia dan CPRC Kebangsaan untuk sebarang update tentang COVID-19.