Bukan Sahaja Faktor Genetik, Tetap Tekanan Hidup Juga Boleh Menyebabkan Uban!

Share

Sering kali dengar orang kata rambut cepat beruban bermakna dia
Sentiasa tertekan? Jika ya, memang benar perkara ini memang terbukti benar dan bukannya mitos.

Menurut kajian sekumpulan penyelidik di Universiti Harvard mendapati hormon norepinephrine dibebaskan ketika badan berada dalam keadaan fight or flight.

Di petik dari portal Astro Awani, di bawah tekanan yang luar biasa, norepinephrine dibebaskan ke dalam saluran darah di mana ia meningkat kadar denyutan jantung dan menyediakan tubuh bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Keadaan ini akan merosakan sel stem melanocyte (MSC) di mana ia akan merosakan sel kulit yang memberikan warna pada rambut.

Melalui buku terbitan jurnal Nature mendapati bahawa tekanan menyebabkan sistem saraf mengeluarkan norepinephrine ke salur darah dan akan menyebabkan sel stem mati sehingga folikel rambut diaktifkan secara berlebihan. Akhirnya rambut menjadi keputihan.

Manakala, kebanyakkan mereka yang beruban pada usia remaja, kebiasaannya disebabkan oleh faktor genetik.

Sumber: Awani

IKLAN