Gaya Hidup

Bukan Tak Sudi Hadir ABPBH 32, Tapi Fattah Amin Ada Alasannya Sendiri

Share

Semalam telah berlangsung acara ABPBH 32 yang telah menobatkan dan meletakkan penanda aras populariti artis-artis tempatan.

Ini merupakan sebuah majlis penganugerahan populariti yang semenangnya cukup dinantikan oleh peminat dan pengikut setia industri hiburan tanah air. Seperti dijangka, Mira Filzah telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada tahun ini.

Di antara kategori yang paling mendapat perhatian ialah Pelakon Filem Lelaki Popular. Dan pemenang tahun ini tak lain tak bukan Fattah Amin.

Fattah kini giat menjalani penggambaran filem berjudul ‘Miimaland’.

Namun anda pastinya sudah sedia maklum bahawa kelibat Fattah pada majlis tersebut tidak kelihatan. Ramai yang tertanya-tanya ke manakah gerangannya pelakon yang pernah menjadi juara Hero Remaja itu pergi.

 

Sebenarnya Fattah ada alasannya yang sendiri dan memang tak dapat dielakkan. Menerusi sebuah entri di Instagram kendaliannya, Fattah berkongsi rasa terkejut dan bersyukur selepas mengetahui dia memenangi anugerah tersebut.

“Assalamualaikum buat semua. Dalam kesibukan serta fokus dalam tugas lakonan… Saya dikejutkan dengan rezeki kemenangan Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular di ABPBH 2019 semalam.

“Alhamdulillah… Saya amat bersyukur di atas kurniaan rezeki Allah swt ini. Ucapan terima kasih saya juga buat semua peminat yang mengundi saya.

“Buat pengetahuan semua, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran filem terbaru saya “Miimaland” disertai dengan pelbagai tugas-tugas lain. Jadual padat saya telah membuatkan saya kurang sihat dan tidak bermaya justeru tidak dapat hadir ke Majlis ABPBH semalam namun, Anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus bekerja keras dalam memberikan persembahan yang terbaik untuk filem yang ditugaskan sekarang dan masa-masa akan datang”.

Fattah juga tidak ketinggalan merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur dan paling istimewa buat peminatnya tang selama ini ikhlas menyokong kerjayanya walau apa pun keadaan.

Tahniah MASKULIN ucapkan kepada Fattah Amin. Semoga kerjaya Fattah terus sukses dan berjaya di masa akan datang.

IKLAN