Kalau dulu polo shirt dikenali sebagai pakaian golongan elit sukan. Antaranya ialah sukan golf, tenis dan equestrian. Tapi kini ia menjadi satu item fesyen yang cukup versatil.
Terbaru trend yang sedang popular dengan satu evolusi gaya yang menarik, polo dengan versi buttonless.
Dan sekarang lihatlah gaya selebriti dan pempegaruh terkenal penggemar fesyen menjadikan buttonless polo berada di tempat di barisan hadapan almari lelaki mereka.
Buttonless polo kini bukan sekadar trend, tapi satu penyataaan gaya atau fesyen yang harus diberikan perhatian.
APA ITU BUTTONLESS POLO?
Buttonless polo pada asasnya ialah interpretasi minimalis kepada polo shirt klasik. Ia masih mengekalkan elemen asas, kolar dan material yang lebih berat dari T-shirt biasa. Tapi untuk versi ini ia hadir tanpa sebarang butang pada bahagian leher.
Hasilnya? Kemeja-T dengan potongan yang lebih bersih, lebih sofistikated dan jauh lebih versatil. Bayangkan gabungan antara polo shirt Italian knit dengan simplicity Scandinavian.
Ads
Dan sebab itu ia jadi pilihan ramai lelaki yang mahukan gaya effortless tanpa kelihatan terlalu formal atau terlalu santai.
KENAPA IA JADI PILIHAN?
1. Minimalisme Itu Seksi
Dalam dunia fesyen lelaki hari ini, less is more. Buttonless polos memberi satu siluet yang clean tanpa gangguan detailing seperti butang atau logo besar. Ia sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya “diam-diam tapi bergaya”. Satu bentuk keyakinan yang tidak perlu berlebihan.
2. Versatil Gila
Nak keluar lepak minum kopi, meeting klien, atau even date malam Sabtu? Buttonless polo boleh digayakan dalam semua situasi. Padankan sahaja dengan seluar tailored dan loafer, anda terus nampak macam karakter filem Perancis tahun 70an.
Ads
3. Sesuai Dengan Cuaca Malaysia
Dengan material breathable seperti cotton knit atau pique, ia sangat sesuai untuk iklim panas-lembap kita. Versi lengan pendek dengan fabrik ringan sangat ideal untuk gaya smart-casual harian.
Nama-nama seperti Jacob Elordi, Timothée Chalamet, dan ramai model serta fashion influencer sering dilihat menggayakan buttonless polos. Brand seperti Zegna, COS, Uniqlo U dan Sunspel turut menjadikan rekaan ini sebahagian daripada koleksi tetap mereka.
Ads
GAYA MASKULIN, TENANG DAN TAJAM
Buttonless polos adalah simbol lelaki moden—yakin, praktikal, tapi tetap mementingkan detail. Ia tidak menjerit “aku bergaya”, tapi cukup subtle untuk dihargai oleh mereka yang tahu.
Dalam dunia penuh noise visual dan trend cepat basi, buttonless polo berdiri sebagai timeless essential. Tak kisah kau streetwear bro, yuppie city guy, atau minimalis tegar—satu helai dalam rotation kau cukup untuk bawa gaya ke level seterusnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dari seorang pemuzik, Sean Anderson a.k.a Big Sean melangkah setapak kehadapan dengan memberi sentuhan untuk koleksi kasut sulungnya bersama PUMA disamping menjadi duta kreatif jenama kasut lelaki terkemuka itu. Rekaan itu mencerminkan gaya klasik yang memenuhi gaya Luxe. Jika anda lihat pada kasut yang bertapakkan warna hijau ini, anda pasti tidak sabar untuk memilikinya.
Dalam pada masa yang sama, Sean membawa nafas baru kepada Jaket Track T7 Klasik dengan memberikan campuran kampung halamannya. Kolaborasi PUMA x Big Sean T7 merupakan set pakaian yang diberi sentuhan fabrik satin lebut yang dijahit kemas. Ia menonjolkan kolar, pinggang yang menggabungkan warna hijau, biru dan putih. Pastinya anda akan tertarik dengan rekaan terbaru ini.
Pihak PUMA tidak menyangkakan bahawa kempen PUMA X Big Sean ini mendapat sambutan hangat kerana mempamerkan koleksi dan hasil yang unik yang diinspirasikan daripada clasical look.
Anda boleh dapatkanThe PUMA x Big Sean Suede 50 Pack drops di pasaran seluruh dunia bermula bulan Mac ini. Kepada anda yang berminat dengan kasut rekaan khas ini boleh ikuti @PUMASportstyle dan @bigsean untuk maklumat lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk pentas fesyen kali ini, trend dunia fesyen lelaki kian mencabar dengan penggunaan warna yang kontra, lebih terang, kuat dan bold. Bukan itu sahaja, malah trend kali ini mempersembahkan potongan siluet yang lebih besar dan unik, jelas menunjukkan seni futuristik. Contohnya jenama Balenciaga dalam memperkaryakan sentuhan baru dalam rekaan bahagian bahu yang lebih besar. Ini adalah trend terbaik untuk gaya menswear yang anda wajib cuba!
OVERSIZED SHOULDERS
Rekaan bahu yang lebih besar ini mungkin antara trend terhangat di kalangan golongan lelaki yang mahukan sesuatu kelainan dalam gaya formal mereka. Walaupun tampak sedikit elemen 80-an, namun rekaan ini menunjukkan “bigger is better”. Lebih kemas dan lebih sophisticated. Antara barisan pereka yang mula menghidupkan trend baru ini adalah Balenciaga dan Vivienne Westwood.
RAINWEAR
Hujan di pentas fesyen kali ini! Siapa bilang kot hujan hanya dipakai bila waktu hujan? Bukan untuk tahun 2017 ini! Trend ini menyaksikan gabungan inovasi serta kreativiti pereka dalam menghasilkan kot panjang yang menggunakan fabrik ala kalis air untuk disarungkan pada mereka yang mempunyai sifat gentleman yang tinggi. Contohnya seperti jenama mewah Gucci. Pereka Alessandro Michele mencedok elemen kembara perjalanan dalam koleksi rekaanya lalu menghasilkan helaian rainwear yang menggambarkan cuaca yang tidak menentu di kala perjalanan namun masih mampu menyarung helaian serba mewah, biarpun di kala hujan ribut. Nah! Jelas terbukti, fesyen hari ini begitu menitik beratkan tentang gaya yang mewah, eksklusif dan selesa walaupun di mana anda berada!
YELLOW IS A NEW BLACK!
Tahun ini bukanlah untuk rona hitam beraksi ligat di pentas trend kali ini. Tolak ketepi helaian hitam di wardrobe anda. Gantikan ia dengan warna kuning yang menyerlah! Ya! Warna kuning ini dilihat sebagai pengganti untuk warna hitam. Rata-rata pereka menjadikan warna kuning ini sebagai lambang kepada sifat yang lebih bold, agresif dan berani. Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menyarung sepasang sut kuning?
AYUH BERSANTAI!
Sesuai dengan konsep trend kali ini, ini adalah trend pilihan terbaik untuk musim ini. Ketepikan dahulu helaian kot panjang mahupun kemeja kosong dalam penggayaan anda, cuba pula dengan konsep yang lebih longgar, mudah, bercorak dan semestinya santai. Inilah masanya untuk anda merehatkan diri di tepi lautan luas, namun masih dalam gaya yang bijak! Motif floral yang sarat juga warna yang ceria menjadikan gaya anda lebih cool!
LUT SINAR
Masih ingat dengan trend lace dahulu? Pernah menjadi antara trend terbaik tahun 2016, kali ini pereka menghasilkan rekaan yang lebih berani, berahi dan straightforward dengan menggunakan fabrik lut sinar dalam rekaan mereka. Mungkin tampak sedikit androgini, but come on! Kita masih lagi berdiskusi dalam musim kala ini. Why not? Y/Project dan Walter Van Beirendonck antara jenama yang menghasilkan trend ini. Tidak salah bukan jika mengenakan konsep seksis dalam gaya fesyen harian kamu?
Tak best langsung jadi lelaki dengan perut berisi dan perut buncit. Paling membosankan bila keseluruhan bentuk badan nampak okey, tetapi yang tak okey bila perut pula buncit.
Jangan lepaskan peluang untuk anda bergaya dengan skinny jeans yang sememangnya menjadi kegilaan lelaki untuk nampak lebih tinggi dan kurus. Jom ikuti 4 tip pemakaian skinny jeans ini untuk lelaki berisi atau perut buncit.
Pastikan anda pilih skinny jeans daripada warna gelap seperti ungu untuk menyembunyikan bahagian-bahagian tertentu pada tubuh. Elakkan warna cerah seperti merah sebab ini akan membuatkan kaki anda nampak besar.
Kalau nak pilihan yang mudah dan selamat, belilah warna hitam sebab ia sesuai dipadankan dengan mana-mana baju T. Malah ia juga akan menampakkan kaki anda lebih kecil.
Pastikan anda mengambil tahu jenis potongan skinny jeans yang sesuai untuk lelaki berbadan besar atau buncit. Untuk lelaki seperti ini, potongan skinny jeans mestilah di bawah paras pinggang dan tidak terlalu ketat.
Jika anda memakai seluar jeans yang terlalu ketat, bimbang akan menampakkan perut anda tersembul ketika berjalan mahupun duduk.
Elak membeli skinny jeans yang diperbuat daripada fabrik getah yang ketat. Nanti anda akan kelihatan seperti mahu beriadah di padang.
Elak daripada memakai seluar skinny jeans yang mempunyai banyak poket kerana ia akan membuatkan kaki anda kelihatan lebih besar dan gemuk.
Begitu juga dengan jaket, jangan memadankan dengan jaket bersaiz besar kerana ia bakal menampakkan badan anda tidak seimbang dan pendek. Cukup sekadar baju T biasa atau kemeja dengan corak garis menegak.
Mudah kan tip pemilihan skinny jeans? Kalau mahukan inspirasi, anda boleh meniru fesyen daripada pelakon filem dan pelawak Hollywood, Black Jack yang pandai memilih skinny jeans untuk tubuhnya yang besar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.