Fesyen

Buttonless Polo, Trend Fesyen Terkini Mampu Lengkapkan Gaya Macho Lelaki

Share

Kalau dulu polo shirt dikenali sebagai pakaian golongan elit sukan. Antaranya ialah sukan golf, tenis dan equestrian. Tapi kini ia menjadi satu item fesyen yang cukup versatil.

Terbaru trend yang sedang popular dengan satu evolusi gaya yang menarik, polo dengan versi buttonless.

Dan sekarang lihatlah gaya selebriti dan pempegaruh terkenal penggemar fesyen menjadikan buttonless polo berada di tempat di barisan hadapan almari lelaki mereka.

Buttonless polo kini bukan sekadar trend, tapi satu penyataaan gaya atau fesyen yang harus diberikan perhatian.

APA ITU BUTTONLESS POLO?

Buttonless polo pada asasnya ialah interpretasi minimalis kepada polo shirt klasik. Ia masih mengekalkan elemen asas, kolar dan material yang lebih berat dari T-shirt biasa. Tapi untuk versi ini ia hadir tanpa sebarang butang pada bahagian leher.

Hasilnya? Kemeja-T dengan potongan yang lebih bersih, lebih sofistikated dan jauh lebih versatil.  Bayangkan gabungan antara polo shirt Italian knit dengan simplicity Scandinavian.

Dan sebab itu ia jadi pilihan ramai lelaki yang mahukan gaya effortless tanpa kelihatan terlalu formal atau terlalu santai.

KENAPA IA JADI PILIHAN?

1. Minimalisme Itu Seksi

Dalam dunia fesyen lelaki hari ini, less is more. Buttonless polos memberi satu siluet yang clean tanpa gangguan detailing seperti butang atau logo besar. Ia sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya “diam-diam tapi bergaya”. Satu bentuk keyakinan yang tidak perlu berlebihan.

2. Versatil Gila

Nak keluar lepak minum kopi, meeting klien, atau even date malam Sabtu? Buttonless polo boleh digayakan dalam semua situasi. Padankan sahaja dengan seluar tailored dan loafer, anda terus nampak macam karakter filem Perancis tahun 70an.

3. Sesuai Dengan Cuaca Malaysia

Dengan material breathable seperti cotton knit atau pique, ia sangat sesuai untuk iklim panas-lembap kita. Versi lengan pendek dengan fabrik ringan sangat ideal untuk gaya smart-casual harian.

BACA: Levi’s x Nike 2025, Gabungan Gaya Ikonik Dalam Koleksi Edisi Terhad

4. Dipakai Oleh Lelaki Bergaya

Nama-nama seperti Jacob Elordi, Timothée Chalamet, dan ramai model serta fashion influencer sering dilihat menggayakan buttonless polos. Brand seperti Zegna, COS, Uniqlo U dan Sunspel turut menjadikan rekaan ini sebahagian daripada koleksi tetap mereka.

GAYA MASKULIN, TENANG DAN TAJAM

Buttonless polos adalah simbol lelaki moden—yakin, praktikal, tapi tetap mementingkan detail. Ia tidak menjerit “aku bergaya”, tapi cukup subtle untuk dihargai oleh mereka yang tahu.

Dalam dunia penuh noise visual dan trend cepat basi, buttonless polo berdiri sebagai timeless essential. Tak kisah kau streetwear bro, yuppie city guy, atau minimalis tegar—satu helai dalam rotation kau cukup untuk bawa gaya ke level seterusnya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim